4 langkah mudah buat Live Disk Xiaopan OS

Xiaopan OS adalah salah satu daripada veris Tiny Core Linux (TCL) yang boleh digunakan untuk manguji kelemahan sistem keselamatan rangkaian anda. Ia boleh di install dalam hard disk sebagai boot disk atau di install dalam USB drive sebagai live Disk atau digunakan bersama dengan VMware. Di sini akan diceritakan tutorial langkah-langkah untuk menginstall Xiaopan OS dala USB disk dan gunakannya sebagai Live Disk.


Mula-mula sekali, sila berkenalan dengan Xiaopan di website rasmi  Xiaopan. Secara ringkasnya, Xiaopan dibina untuk memudahkan penggunaan perisian untuk menguji rangkaian berasaskan Linux yang ia mempunyai antaramuka pengguna dan adalah lebih mesra pengguna.

Sekarang, download  fail “bootable Xiaopan OS” di laman web sourceforge Xiaopan OS ( ISO ) ~70mB.
Fail ISO yang didownload tidak perlu diectract tapi pastikan anda tahu di mana lokasi fail yang didownload.

2. Download Linux Live USB Creator (LiLi) ~5.86mB. Kemudian install fail LiLi. LiLi adalah tool untuk membuat Live Disk bagi sebarang OS berasakan Linux.
3. Bukak program LiLi
How to install Xiaopan into USB disk
LANGKAH 1 : CHOOSE YOUR KEY
Pilih USB drive anda. Klik pada butang refresh jika anda baru memasukkan drive dan ianya tidak kelihatan
LANGKAH 2 : CHOOSE A SOURCE
Klik pada ISO/IMG/ZIP dan cari fail ISO Xiaopan OS yang didownload tadi
STEP 3 : PERSISTENCE
Langkah ini sepatutunya digunakan untuk menentukan berapa banyak RAM dan ruang dalam USB Disk yang diperuntukkan untuk OS ini. Jangan usik apa-apa. Lampu isyarat kecik tu akan menunjukkan lampu hijau menunjukkan tidak ada maslah untuk menginstall Xiaopan OS dalam USB disk.
STEP 4. : Options
Hide created files on key : Tanda jika anda tidak suka melihat fail system
Format the key in FAT32. Tanda ni akan format disk anda. Semua data akan hilang kecuali fail untuk Xiaopan OS sahaja. Tanda jika anda hanya mahu gunakan disk semata-mata untuk Xiaopan.
Enable launching LinuxLive in Windows(requires internet to install) . Tanda jika nak pakai Xiaopan dalalam VM.

STEP 5 :CREATE
Tekan pada butang petir untuk memulakan proses menginstall Xiaopan OS dalam USB disk.
Tunggu sehingga proses ini siap. Gunakan windows explorer dan bukak USB disk tadi. Sort file by date dan cari jika terdapat  fail yang baru dihasilkan. Jika ada, bermakna anda telah berjaya. Jika tidak ada perubahan pada USB disk anda, ulang semua proses dan pastikan untuk RUN AS ADMIN dan click ALLOW pada prompt UAC
Sekarang restart PC/laptop anda, masukkan USB disk tadi  dan pilih USB pada menu boot disk selection (F2) untuk kebanyakan BIOS atau masuk je setuo BIOS dan pilih USB Disk sebagai  Boot Disk Priority yang paling tinggi.
Kemudian ..
VOILA Xiaopan OS akan mula dihidupkan
Di sini tidak akan diberitahu apa yang Xiaopan OS ni boleh buat sebenarnya. Sila explore sendiri. Cuba gunakan feeding bottle dan mindwepgtk. Tengok pun boleh tahu cara nak guna. Apa yang boleh diberitahu di sini, ia kecil tapi amat berkuasa. Pastinya anda akan terpegun apabila mengetahui apa yang boleh dilakukan dnegan Xiaopan OS ni.
Disclaimer:
Blog ini dan penulis blog ni tidak bertanggungjawab di atas dan ke atas sebarang penggunaan tutorial ini untuk menembus masuk ke mana-mana network atau digunakan untuk mencuri sebarang password WIFI. Sila gunakan hanya untuk menguji WIFI anda sendiri. Blog ini dan penulis blog ini tidak bertanggungjawab di atas dan ke atas sebarang kerosakan pada PC atau Laptop anda semasa mengaplikasikan tutorial ini. Tutorial ini ditulis hanya bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan langkah-langkah untuk menginstall Xiaopan OS dalam USB disk dan menjadikannya LIVE USB Disk.

Tak semua WIFI adapter boleh digunakan dalam Xiaopan OS. Currently compatible WIFI adapter : Check sini . Kebanyakan adpater Atheros adalah compatible. Untuk yang lain, sila cuba sendiri. Takdenye meletup PC korang kalau tak compatible.
Selepas berjaya dengan Xiaopan, untuk mengelakkan kesesakan, gunakan satu PC atau laptop sahaja untuk connect ke network lepas tu share connection tu dengan hosted network. Boleh belajar kat  sini (English)

Leave a Reply

%d bloggers like this: