6 cara mudah dan percuma untuk buat duit di internet

Zaman sekarang nak cari duit dah tak perlu bersusah payah nak naik tren, sewa teksi, jalan kaki atau terbang. Zaman sekarang zaman orang duduk rumah sambil buat kerja aktif dan kerja pasif. yang penting duit masuk. Di sini disenaraikan beberapa website yang boleh digunakan untuk mendapatkan kerja secara online. Yang penting tak perlu keluar duit 1 sen pun selagi tak dapt kerja. Tak perlu register kat third party yang mintak bayaran pendaftaran. Bukan confirm dapat keje pun. Diorang pun sebenarnya link dengan platform sama jugak.

1. Freelancer

Cara buat duit online

Antara Website yang mula-mula wujud dalam menawarkan perkhidmatan mencari pekerja dan mencari pekerjaan secara Online. Setiap pendaftaran adalah percuma dan akan diberi 10 bids point. Sistem yang digunakan adalah sistem bidding. Macam bidding project tender kerajaan la. Setiap bidding akan memakan 1 bids point. Semasa proses pendaftaran, anda akan diminta untuk setup profile dan senaraikan kebolehan dan jenis pekerjaan yang anda boleh buat. Freelancer.com akan mencadangkan senarai pekerjaan yang boleh dibid.


Ada 2 jenis projek yang ditawarkan dalam portal ni, fixed price dan hourly rate. Untuk mendapatkan kerja, tawarkan harga yang sesuai dan gunakan ayat-ayat pemanis untuk menarik hati pengiklan. Terdapat juga jenis akaun berbayar yang lain yang menawarkan bids point yang lebih banyak dan senarai skill yang lebih banyak. Cubalah dan dapatkan job pertama anda. Lepas tu mudahlah untuk dapat job seterusnya. Bids point akan sentiasa bertambah selepas 80 jam. Cubalah apply untuk kerja yang senang seperti kerja menterjemah dokumen, memasukkan data atau menaip dari dokumen pdf ke microsoft word.

2. Upwork

Cara buat duit online

Sebelum ni dikenali sebagai oDesk. Antara platform pekerjaan online terbaik dan mendapat sambutan. Pendaftaran untuk akaun basic adalah percuma. Setiap akaun basic akan diberikan 60 connects setiap bulan. Bilangan connects akan ditolak 1 hingga 5 untuk setiap job yang anda apply. Bilangan connects ini akan direset ke 60 connects setiap awal bulan. Terdapat juga akaun berbayar yang memberikan 70 connects setiap bulan dan bilangan yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya hingga maksimum 140 connects. Upwork menggunakan sistem yang hampir sama dengan freelancer cuma ia kelihatan lebih professional di mana pengiklan boleh berinteraksi dengan anda dan memasukkan anda ke dalam interview list.

3. Fiverr

Cara buat duit online

Fiverr menampilkan sedikit kelainan dari platform kerja online yang lain. Ia menggunakan konsep iklaneka tetapi yang mengiklankan adalah pencari kerja. Pendaftaran adalah percuma. Selepas mendaftar anda akan diberi satu ruang iklan yang dipanggil gig untuk mengiklankan kebolehan dan servis yang anda tawarkan. Contohnya servis menterjemah dokumen, servis menulis blog, servis memasarkan produk.

4. Pay per post

Cara buat duit online

Pay per post lebih kepada perkhidmatan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengiklan. Method yang digunakan termasuk website, blog, facebook, twitter atau google Plus. Pendaftaran adalah percuma. Setiap pendaftaran akan diberi 5 bids sebulan. Akaun berbayar bernilai $1.00 dan $5.00 sebulan juga ditawarkan dengan unlimited bids. Pengiklan akan menilai website, blog atau media sosial anda dan harga yang ditawarkan sebelum memilih calon yang sesuai untuk mempromosikan produk atau perkhimatan mereka.

5. MicroWorkers


Cara buat duit online

Microworkers menawarkan pekerjaan yang paling simple dan merupakan cara yang paling senang untuk dapat duit. Tapi memerlukan kegigihan dan kecekalan hati yang amat tinggi. Job yang ditawarkan di microworkers, tidak memerlukan apa-apa kemahiran. Boleh baca, boleh klik, boleh faham english. Bolehlah buat duit. Contoh job seperti daftar akaun percuma di mana-mana website, komen dalam facebook, test website, klik iklan dan macam-macam lagi kerja-kerja yang teramatlah senang. Bayarannya, memang padanla dengan tahap kesimple’an job, $0.10, $0.05, $1.00. Kalau rajin mengadap komputer dari pagi sampai petang tip-tiap hari bolehlah buat beli topup seminggu sekali dapat duit dengan microWorkers ni.

6. Sertai Program Affiliate Lazada Malaysia


Lazada Malaysia merupakan portal jualan online yang terbesar di Malaysia. Lazada Malaysia menawarkan beribu-ribu pilihan barangan yang boleh dibeli secara online di laman web Lazada Malaysia. Lazada Malaysia juga memberi peluang kepada usahawan dan SME di Malaysia untuk menyertai mereka sebagai penjual berdaftar. Lazada Malaysia juga menawarkan program affiliate dengan kadar komisen antara 6-10% mengikut kategori barangan. Daftar sebagai affiliate Lazada Malaysia di sini

7. Pengiklanan di blog atau website

Cara buat duit online

Adsense merupakan agensi pengiklanan yang paling besar pulangannya. Tetapi proses untuk diterima masuk amat rumit dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ketat. Blog yang diterima untuk menyertai program adsense biasanya mempunyai 50 post ke atas. Dengan kata lain website atau blog yang memohon mestilah yang sudah sempurna dan sudah mempunyai trafik.

Cara buat duit onlineBidvertiser merupakan platform pengiklanan yang wujud tidak lama selepas adsense diperkenalkan. Bidvertiser akan menganalisa website atau blog anda dan mencadangkan category pengiklanan yang sesuai untuk website atau blog anda. Iklan dari bidvetiser disahkan selamat dan bebas dari virus atau malware. Bidvertiser sesuai untuk website atau blog yang lebih pada professional dan mesra pengguna. Jika traffik lebih kepada pengguna dari negara seperti US, UK, dan belah-belah sana, Bidvertiser menawarkan kadar bayaran yang lebih tinggi. Pendaftaran adalah percuma dan proses kelulusan adalah segera.

Cara buat duit onlineChitika menawarkan alternatif kepada adsense. Konsep iklan yang ditawarkan oleh chitika adalah mirip kepada adsense. Jika trafik ke website atau blog lebih kepada pengunjung dari negara Asia, Chitika adalah merupakan pilihan yang lebih baik berbanding agensi pengiklanan yang lain. Click through rate (CTR) yang ditawarkan juga lebih tinggi dari provider lain. Pendaftaran adalah percuma, proses kelulusan juga cepat dan senang.

Cara buat duit online

Nuffnang memfokuskan pengiklanan mereka di blog-blog yang berdaftar. Sebagai permulaan , anda bolehlah mendaftar di nuffnang. Pengiklan akan menilai kandungan blog anda dan jika mereka berkenan iklan mereka akan dipaparkan di blog anda. Setiap kali iklan mereka keluar di blog anda, setiap kali itulah anda akan dibayar. Tetapi harga bagi impression biasanya dikira per million impression. Harga yang lebih mahal akan dibayar jika ada yang klik iklan di blog anda



Cara buat duit online

Revenue Hits diakui oleh ramai pemilik laman web dan blog sebagai alternatif terbaik untuk Adsense. . Revenue hits menggunakan sistem peformance based yang mana rate untuk setiap iklan berubah-ubah mengikut trafik ke website atau blog anda. Sistem ini membolehkan setiap orang mendapat bayaran dan prestasinya boleh dilihat serta-merta selepas iklan berjalan. Kebanyakan peserta dalam program boleh dapat sehingga $100 dalam bulan pertama penyertaan(bergantung pada trafik).

Selepas mendaftar dan memasukkan iklan ke dalam website atau blog anda, sila buat eksperimen dengan melawat sendiri blog atau website anda menggunakan pelbagai peranti untuk memastikan iklan yang keluar tidak menghalang pandangan, tidak memaka pengguna download apa-apa software , tidak downoad file secara automatik dan yang paling penting tidak menyakitkan hati pengguna kerana trafik yang berteruan adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang. Blog ini juga telah melalui pelbagai eksperimentasi dan pandangan dari rakan-rakan. bagi yang pernah mengunjungi blog ini sebelum ini pasti dapat mengenalpasti perubahan yang sentiasa berlaku di sini.

Kaedah pembayaran biasanya melalui wire transfer, cek atau paypal. Pakai cek boleh makan masa sampai sebulan untuk duit tu masuk dalam akaun anda. Kalau pakai wire transfer dalam masa 15-30 minit duit dah masuk tapi ada caj dan tak banyak yang ade option ni. Yang paling cepat dan boleh dikatakan semua ada, pakai paypal, takde caj untuk masuk ke paypal tapi untuk transfer masuk ke akaun bank di Malaysia ada caj tapi caj tu takdela mahal sangat.

Register akaun di paypal pun free je. Boleh register di sini. Kalau ada produk sendiri nak jual dalam blog atau website boleh jugak guna paypal untuk accept credit card payment. Detailnya ada di sini(English) . Lazada, e-bay sekarang dah accept paypal untuk buat payment. Kebaikan guna paypal, die bagi sikit cool off period untuk setiap transaksi, kalau ada masalah seller tak hantar barang ke, boleh open dispute dan paypal akan refund balik duit anda. Satu lagi, anda boleh link kan credit/debit card ke akaun paypal dan pilih paypal untuk pakai masa shopping online. Lebih senang dan bank pun tak banyak soal, kalau pakai direct credit card gateway untuk website yang base di US , perlu call pusat kad dulu sebelum buat transaction.

Bagi yang masih tidak mempunyai blog, mulakan blog anda sekarang. Asas untuk buat blog ada diceritakan di post sebelum ni. Simple je.

Cubalah 6 cara mudah dan percuma untuk buat duit di internet ni. Tak rugi pun kalau cuba. Bukan kene bayar pun. Ad rezeki adalah masuk duit. Ada orang hidup dengan buat kerja online je. Betul. Tak perlu register untuk program berbayar. Diorang pun link dengan platform ni jugak.

Nak tahu lebih lanjut cara paling efektif Buat Duit Dari Rumah? Klik sini


Bacaan penting : Jangan terpedaya dengan taktik mencuri password ini

8 thoughts on “6 cara mudah dan percuma untuk buat duit di internet

Leave a Reply

%d bloggers like this: