Berniaga biar ikhlas bekerja biar amanah

Hujung minggu lepas, seperti biasa aku bawak famili aku jalan-jalan. Kebetulan si isteri nak tambah stok jualan dan ambik barang yang orang tempah di satu tempat yang namanya gabungan alat muzik dan binatang yang hampir pupus di Malaysia, selesai urusan di situ memandangkan matahari pun dah agak tinggi, kami terus menuju ke pasaraya yang berdekatan. Anak boleh main playground kat situ, food court pun ade. Lepas shopping boleh terus makan.
Actually, dulu kami selalu ke pasaraya tu sebab masa tu si isteri aktif menambah stok tapi sekarang beliau dah tak simpan stok. Dulu kalau kami ke sana sudah menjadi syarat sah kami untuk menjamu selera di food court tu. Kegemaran aku kat situ, sizzling yee mee ayam cendawan.


Nak dijadikan cerita, lepas shopping kami bawak anak-anak pergi main kat playground dekat dengan food court tu sambil memerhatikan anak-anak main, mata aku melilau tengok kedai sizzling tu sebab masa kitorang sampai takde orang jage lagi gerai tu. Lepas tu aku nampaklah, sorang brader tu duk depan kaunter sambil main henset. Aku terus bagi isyarat kat wifey untuk duduk kat meja dekat food court tu. Aku bangun je nak order tengok-tengok brader tu dah hilang. Aku pun pergi kat kedai ayam goreng,order ayam goreng untuk anak-anak. Siap ayam, aku duduk kat meja balik, tengok gerai sizzling brader tu takde jugak. “hmm, dah takde rezeki aku agaknya”. Aku pun pergilah round kat gerai lain, orderlah nasi goreng paprik. Tengah tunggu nasi goreng tu aku fikir, takde rezeki aku nak makan sizzling hari ni. Takpelah. Mesti ada hikmahnya. Tiba-tiba brader tu keluar balik. Aku terfikir lagi, nak ke taknak ni, biasanya ade sebab kalau aku tak boleh beli apa-apa. Ahh, tawakkal jelah. Aku pun tanyalah wifey, nak tak nasi goreng, macam tak kenyang je ayang makan ayam je. Kedai mee pun dah bukak tu. Wifey terus angguk. Aku pun bangunla, nak order..

Sampai kat depan kaunter tu, brader tadi ralik je main phone die. Aku pun beritahu dia, yee mee combo satu. Die jawab sambil mata tak tengok aku, combo takde. Aku tanye balik apa yang ade, die jawab biase je ade. Aku tanye balik die ape yang takde combo tu, nugget ke. Die jawab crab takde, nugget takde. Hmm takpelah, biasa jelah. Tambah cendawan. Brader tu tak tengok langsung muke aku mase cakap dengan die. Takpe, sabar. Die ambik yee mee, letak atas kuali,  curah kuah, pecahkan telur kemudian duduk main henset lagi. Aku cakap dalam hati macam mane die ni masak. Pakai timing je ke. Dalam 3 minit camtu die Bangun, ambik mee aku, siap. Lepas bayar aku mintak cili potong, jawapannye cili potong takde.
Makan. Mee macam dah masuk angin, keras dan liut. Tak kental macam biase. Kuah pulak ya Allah pedas gile. Lepas makan, tangan aku terkenalah sikit pan Die tu. Ambik kau, hitam tangan aku. Tak sental ke ape pan die ni.
yee mee liut
Yang buat aku tanye banyak sebab ape combo takde tu sebab… hello brader.. Lu niaga kat dalam pasaraya beb. Belilah kat belakang tu apa yang takde. Aku ingat die tak pandang muke aku sebab aku terlebih hensem ke ape. Tengok orang lain pun macam tu jugak layanan die. Henset tu memang tak lekang dari tangan die. Nasibla. Rezeki aku makan kat situ haritu. Syukurlah dapat makan. Nasik goreng pulak udang bau hanyir. Tak basuh kot..
Aku tak tahu brader yang jual mee tu tokey ke pekerje,  makcik yang masak nasi goreng tu tokey ke pekerja. Yang aku tahu kalau nak berniaga biarlah ikhlas kalau bekerja biarlah amanah. Actually aku ade ambik gambar kedai tu tapi rasanya tak perlulah aku letak kat sini. Nanti aib pulak. Kalau makcik atau brader tu baca citer ni, tolonglah.. Berniaga biar ikhlas bekerja biar amanah..

Bacaan tambahan : Kenapa aku makan sampai licin

2 thoughts on “Berniaga biar ikhlas bekerja biar amanah

Leave a Reply

%d bloggers like this: