Butterfleye. Kamera yang boleh berfikir

butterfleye kamera

Butterfleye, dibangunkan dengan teknologi Activity Based Recording (ABR) yang mana ia boleh membezakan apa yang perlu direkod dan apa yang tidak perlu direkod. Jika sebelum ini, kamera yang mempunyai motion sensor atau IR sensor akan merekod apa sahaja yang ditangkap oleh sensor berkaitan, Butterfleye boleh membezakan haiwan dengan manusia, tumbuhan, perubahan cuaca dan juga orang-orang yang dikenali

Teknologi ABR mempunyai algorithm untuk mengenalpasti imej (image algorithm), analisa audio (audio analytic) yang mana ia boleh mengenalpasti bunyi seperti bunyi bayi menangis, bunyi anjing menyalak, sekarang mereka sedang mengusahakan untuk mengenalpasti bunyi gelas pecah. Kata Ben Nader, pengasas dan CEO Butterfleye. Dari segi video pula, ia mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti binatang peliharaan dan manusia. Kamera ini juga seolah-olah boleh berfikir dan mengingati jika terdapat binatang peliharaan di rumah, ia tidak akan merekod pergerakan biasa binatang terebut.
butterfleye notification

Teknologi begini sudah banyak digunakan oleh pembuat kamera lain tetapi mereka menganalisa imej, video, pergerakan dan bunyi selepas video di’upload ke cloud storage. Berbeza dengan Butterfleye, ia mebuat pengecaman dan analisa di peringkat hardware sebelum di’upload ke cloud storage. Jadi ruang simpanan boleh dijimatkan dan kita hanya perlu melihat apa yang dikategorikan sebagai penting sahaja.

Kamera ini juga mempunyai realtime mode yang mana pengguna berdaftar yang disahkan boleh login ke akaun cloud dan melihat melalui kamera ini. Lampu amaran kecil di kamera ini akan bernyala bagi memberi amaran kepada orang sekeliling bahawa ada orang sedang memerhati
butterfleye
Butterfleye memulakan kempen di Indiegogo Crowdfunding Campaign dengan sasaran USD$100,000.00 untuk membawa Butterfleye ke pasaran sebelum Disember 2015. Kamera ini akan dijual dengan harga runcit $249.00. Penyumbang dalam indiegogo boleh membeli kamera ini dnegan harga $199.00. Sehingga artikel ini ditulis, kempen Butterfleye sudah mencapai lebih $333,000. 333% lebih dari sasaran mereka. Nampaknya kamera ini akan menjadi kenyataan.
Kepada sesiapa yang mahu membeli kamera ini secara preorder, bolehlah ke page mereka di Indiegogo. Aku takde bahagian pun dalam kamera ni. Just sharing je. Okay. Adios
Sumber : 

Leave a Reply