Sewa atau beli movie original di Google Play

Semalam aku bukak Google Play kat phone aku, sebenarnya secara tak sengaja sebab tertekan masa bukak notification lepas update google play. Aku tak ‘on‘kan auto-update sebab kadang-kadang aku pakai USB broadband aku kat office, buat hotspot cara hosted network. Aku pernah tak sedar auto-update jalan masa pakai USB broadband tu, sekelip mate je habis 3.5GB quota aku. Lepas tu aku terus offkan auto-update. Semalam update pun sebab anak aku yang kakak ni download game.

Sebenarnya nak bagitau aku terkejut sebab nampak kat Google Play ada menu untuk movie. Tak tahulah aku baru sedar atau memang baru roll out untuk Google Play Malaysia.

beli movie di google play
Lepas klik kat menu tu , keluarlah list movie yang boleh dibeli atau disewa. Hmm.. teringat zaman sewa video tape dulu. Siapa yang seangkatan dengan aku fahamlah bile aku sebut video tape. Bile dah rosak, tape tu kami buat main-main lepas tu lekat kat tangan hitam die.
pilihan movie google playTengokkan pada list movie yang ade tu, bukanlah movie yang baru release sehari due ni. Tapi OK lah sebab boleh download. Kalau sewa, die tulis kat situ start within 30 days, finish within 48 hours. Sefahaman aku, maksudnya kite boleh start tengok dalam masa 30 hari dari tarikh sewa tapi mesti habiskan dalam masa 48 jam. Kalau orang pandai boleh je buat yang sewa tu jadi beli. Opps.. Google sendiri ye caranya. 
Kita ambil movie Cinderella 2015 sebagai contoh, die tulis kat situ sewa dari RM14.00, beli dari RM29.00. Bile klik kat button rent dan buy tu, rupanya harga tu untuk yang SD je. Kalau sewa SD dengan HD takdelah beza sangat, RM14.00 dengan RM17.00 je. Tapi kalau beli, memang berbeza harganya. SD RM29.00, HD sampai RM43.00. Kalau beli blue-ray disk  lagi mahal ke lagi murah? Aku pun tak tahu sebab tak pernah beli. Tambahan pada beli yang HD tu, kite boleh tengok pakai Chromecast, jadi boleh download kat henset then tengok kat chromecast sambung kat TV. Yang SD tak boleh ChromecastChromecast kalau ade siapa tak tahu lagi, boleh beli kat Maxis Center
cinderella 2015 download
sewa cerita cinderella 2015

beli cinderella 2015

Movie yang dah beli dan sewa tu boleh ditonton guna apps Play Movies & TV. Aku pun tak sedar bile mase apps ni ade dalam henset aku. Rase macam dah lame tapi aku tak tahu ape function die. Lepas dapat tahu Google Play ade movie-movie ni baru aku faham function apps ni.

play movies and tv iconplay movies and tv show menu

Lepas update Google Play apps ni install secara automatik kot. Aku dah lupa dah bile mase apps ni start wujud dalam henset aku. Mengikut pembacaan aku, kat negara maju, bukan setakat movie je tapi TV show pun boleh beli/sewa kat Google Play tapi kat Malaysia, movie je boleh sewa/beli kat Google Play. Setakat hari ni lah.Esok lusa mungkin boleh sewa/beli TV Show.

So, pade sesiapa yang masih tak update atau dah update tapi tak sedar, bolehlah sewa atau beli movie original di Google Play lepas ni ye. Siap ade subtitle Malay, English, Indonesia dalam movie yang disewa/beli kat sini. Tak payah susah-susah cari subtitle, hidup pun tenang sebab tak takut kene tangkap sebab memiliki pirated movie. Nak free boleh, kene usaha la sikit. Nak belajar macam mana tengok movie free, ade subtitle? Rajin-rajinlah jenguk blog ni ye. Sampai masanya aku akan ajar dalam ni. Nak senang Like je page RadioSenyap kat Facebook, atau click je Like kat bawah ni.

Bacaan rahsia : Pelajari 6 cara mudah dan percuma buat duit di Internet

Leave a Reply

%d bloggers like this: