Trick untuk post dalam semua group FB dengan satu klik

Aku mule kenal blog dari tahun 2009 lagi. Mase tu zaman blogspot lagi. Zaman tu banyak website paid to click, paid to share, paid to browse. Sape-sape yang pernah join mesti tersengih bace ni. Aku percaya dan confident gile dengan program-program macam ni. Itulah yang membuatkan aku siap buat blog. Dalam tu aku letakkan referral link untuk semue program yang aku join. Siap berazam nak jadi jutawan dalam masa 2 tahun. Lawak betul.

blog list menuDalam duk sibuk-sibuk main mende ni, tiba-tiba aku terfikir betul ke program ni. Siap ada yang ribu riban punye payout. Mula rasa macam kene scam dah.. Apa lagi aku pun goggle lah pasal program-program ni. Banyaklah result yang cakap program ni seme menipu. Actually aku dah pernah dapat USD$1.50 tapi tak boleh cash out sebab minimum cashout USD$10.00. Siap beli referral lagi tu. Last-last En. Safwan Ghani bagitau beliau dah lame main mende ni tapi takde dapat 1 sen pun lagi. Terkuburlah cita-cita dan azam aku nak jadi jutawan bersama-sama dengan blog aku tu.

2011 pulak zaman kebangkitan online shopping, aku ni dalam tak sedar rupenye terpengaruh jugak dengan trend semasa. Huhu. Siap daftar syarikat lagi tu, barang ambik dengan kakak ipar, tak sampai setahun hilang semangat. Akak aku tu dah ade kedai fizikal kat Melaka. Kedai nama anakibushop. Orang Melaka silalah ke kedai beliau ye. Dijamin hanya yang terbaik dijual di sana.

2014 aku cari balik e-book yang aku pernah beli dengan harga USD$1.00 untuk 99 e-book dengan PLR right maksudnya aku boleh tukar nama pengarang dan jual balik e-book tu. aku carik balik lepas tu setup 1 blog untuk letak buku-buku ni. Aku pakai paypal untuk accept payment dan google sebagai hosting untuk e-book seme tu. Klik sini untuk setup paypal dan sini untuk guna google sebagai hosting server.



Dalam tahun 2014 juga aku mula register dalam MLM Shaklee lepas kakak ipar aku berjaya jadi Master dalam Shaklee. Mase tu aku dalam proese recovering lepas bedah tonsil. Aku duk fikir-fikir ape aku nak buat dengan internet ni, ape aku nak buat nak tambah income ni. Terfikirlah idea nak join Shaklee. Sebenarnya bukan baru join, tapi teruskan akaun nama wife aku yang kakak die ni pakai. Mase ni aku buat blog baru untuk promote barang Shaklee. Then wife aku dapat offer untuk study kat Australia start 2016, jadi aku terpaksa ‘slow‘ kan Shaklee sebab tak nak anak-anak Shaklee aku terkontang-kanting lepas aku pergi sana.


2015 aku mula bersemangat balik nak teruskan dengan blogging. Aku pun revamp balik blog lama aku dan fokuskan untuk content dalam Bahasa Inggeris kemudian aku bukak blog ni. Dalam masa 7 hari blog ni dah ada 700 lebih pageview. Aku siap belajar SEO, content marketing, join group dalam FB. Memang diakui content marketing adalah penting untuk mendapatkan jumlah pageview yang tinggi. FB merupakan platform yang paling senang untuk dapatkan visitor. Dengan tajuk yang catchy, zupp berdesup boleh dapat 300 pageview dalam masa sejam. Blog english aku dengan satu post yang betul dalam Reddit, pada masa yang betul, aku dapat 800 pageview dalam mase 12 jam. Siap masuk page 2 dalam google search kalau search keyword yang berkaitan dengan post tu. Tapi bukan senang nak dapat macam ni. Kadang-kadang berlaku tanpa sengaja.

Bila dah mula join banyak group FB, setiap kali aku buat post baru aku terpaksa submit secara manual dalam satu-satu group atau share je posting dalam page FB aku. Masalah mula timbul bila aku share link, keluar nama aku dalam link tu sebelah URL. Alamak, aku sebenarnya tak suka orang tahu aku yang empunya blog ni, Aku ni introvert, mana boleh expose sangat. Lepas mencari dan mencari dan sedikit pengubahsuaian kod dari website yang aku jumpa, dapatlah tukar nama tu. Jadi nama page FB aku, siap boleh klik, terus like page dari link tu. Macam mana nak buat? Belajar sini.  Lepas 2, 3 hari post dan share secara manual, mulalah terasa bosan dan letih maka mencarilah aku macam mana nak sharekan posting blog ke banyak-banyak group sekaligus, petang tadi jumpalah caranya. Sebenarnya dalam Facebook Developer portal ade cerite pasal ni tapi kod die tu kalau pakai die cume sharekan homepage blog je. Tak sharekan spesifik posting. Cari lagi, jumpalah kat blog brader dari India ni. Lu memang ohsem bro. Caranya:

1. Copy kod bawah ni

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>
<div style=”float:left;padding: 6px 6px 6px 0px”>
<div id=”fb-root”></div><script src=”http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1″></script><div class=”fb-send” expr:data-href=”data:blog.url” data-colorscheme=”light”></div></div><div style=’clear: both;’/></b:if>

2. Login ke akaun blogger, pergi ke blogger dashboard, pilih blog.

blog layout3. Pergi ke layout

tambah widget4. Klik add a gadget mana-mana tempat nak letak button ni

htm/javascript widget

5. Select add HTML/Javascript

paste kod iklan

6. Paste kod tadi kat sini, klik save.

7. View blog, klik kat post mana korang nak share. Kalau nak share post yang keluar kat home klik atas title post tu.

hantar 50 group fb dalam satu masa

8. Klik button send , pilih group, send. Ingat jangan lebih dari 50 group dalam satu mase. Nanti FB detect kite sebagai SPAM.

9. Tak percaya, login FB, check Activity Log.

Buat macam ni, tak perlu nak share link manual ke satu-satu group. Boleh share link ke banyak group FB sekaligus. Takdelah letih dan makan masa lagi. Fuhhh

P/S: Lepas click send, akan makan masa sikit untuk hantar ke semua group. Biarkan kat situ, boleh buat aktviti lain kat window lain. Kalau dah siap box share tu akan hilang dengan sendirinya

Bacaan tambahan :

Belajar cara nak letak link profile FB kat URL snippet dalam FB

17 thoughts on “Trick untuk post dalam semua group FB dengan satu klik

  • August 31, 2016 at 7:29 am
    Permalink

    Salam, sy try buat ikut step bagi tp xkluar kat fb sy, pastu xde pilihan untuk post kat group, cume blh post kat friend shj.
    Mcm mne ye nk post kat group?

    Tq

    Reply
    • September 8, 2016 at 1:45 am
      Permalink

      trick ni FB dah block. Dah tak boleh gune untuk group. Boleh gune untuk friends je. Saya tengah cari trick yang updated. Nanti kalau dapat saye update sini

      Reply
  • November 6, 2015 at 5:55 pm
    Permalink

    Boleh ke buat gune handfone?

    Reply
    • November 8, 2015 at 7:48 am
      Permalink

      Pakai handphone boleh tapi susah sikit. Better pakai pc

      Reply
  • September 9, 2015 at 2:46 am
    Permalink

    very nice tips. thanx. dah apply 😉

    Reply
  • September 4, 2015 at 6:22 am
    Permalink

    thanks….error dh settle….

    Reply
  • September 1, 2015 at 2:37 pm
    Permalink

    Guna PC/Laptop……bila sye try utk post dlm FB group, lps pilih group nk tekan butang send tu xblh sbb butang x kelihatan….box share tu xkuar penuh….separuh jew….

    Reply
    • September 2, 2015 at 2:21 am
      Permalink

      conflict dengan CSS style template yang digunakan.ade overflow:hidden kat css style. die tak bagi box tu kuor lebih besar dari section tepi tu. try letak kat bahagian lain kalau tak boleh modify CSS style tu.

      Reply
    • September 2, 2015 at 2:44 am
      Permalink

      try letak bawah pade button like, share tweet widget tu. tukar
      div style="float:left;padding: 6px 6px 6px 0px jadi
      div style="float:center;padding: 6px 6px 6px 0px

      Reply
  • August 31, 2015 at 12:43 am
    Permalink

    salam, nk tnya….nape kotak post xkuar full?ke mslh kod html template?

    Reply
    • August 31, 2015 at 9:04 am
      Permalink

      Pakai phone ke PC? Post yang kat mane ek. Sye x berape faham soalan encik.

      Reply

Leave a Reply