5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang

Sejak dari mula bekerja, saya menyewa di rumah bujang bersama-sama dengan kawan sekerja, kawan sekolah, kawan sekelas, kawan baru, kawan lama. Hingga sekarang sudah 7 kali saya bertukar rumah sewa sebab tukar tempat kerja, semua penghuni rumah dah keluar dan ada juga kes tuan rumah naikkan sewa hingga 2 kali ganda sekaligus.

Pengalaman tinggal di rumah bujang dan berjumpa dengan bermacam-macam kerenah kawan serumah menyebabkan saya sudah masak dengan perangai diorang ni terutama yang dah biasa tinggal dengan parents. semuanya orang lain buatkan. Di sini, saya senaraikan 5 pantang parang kalau nak tinggal di rumah bujang terutamanya kalau anda baru masuk dan penghuni lain sudah matang/dewasa/berkahwin.

1. Basuh pinggan mangkuk tu, sini takde orang gaji

5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang

Yang ni memang nombor 1 perlu dijaga. Orang lain pun nak pakai jugak pinggan mangkuk tu, lepas makan tolonglah basuh terus. Jangan tinggal je dalam sinki tunggu orang lain basuh. Apa kamu ingat ada orang lain tu orang suruhan kamu ke nak basuhkan pinggan mangkuk kamu? Kamu ambik pinggan mangkuk tu dalam keadaan bersih atas rak, lepas pakai basuh, simpan balik atas rak. Masa saya bujang dulu, waktu darah tengah panas, kalau ada pinggan mangkuk tak berbasuh, jawabnya atas tilam dioranglah jawabnya tempat pinggan mangkuk tu. Sekarang ni 3 step, mula-mula tengok dulu sambil perli-perli, lepas tu pesan kat orang lain suruh cakap kat diorang, last sekali memang kene sound kaw-kaw la. Kalau tak reti bahasa jugak, memang kene halau la.

2. Mandi tu agak-agak la

5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang
Duduk ramai-ramai, tandas ada satu atau dua je. Orang lain pun nak berak, kencing, mandi jugak. Awak tu sedap-sedap je mandi lama-lama sampai habis subuh, orang lain sampai biru muka tahan nak berak. Ingatlah sikit orang lain cik adik oi.

3. Earphone, 2 ringgit je

5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang

Hormati ketenangan orang lain. Jangan nak fikir tenang kita sorang je. Lain orang lain cara tenangnya. Kalau awak jadi tenang dengar lagu klasik ke rock ke, sila pakai earphone. Ada orang serabut dengar muzik, ada orang nak tidur awal. Pakai earphone, pasanglah volume sampai pecah gegendang telinga pun. Jangan ganggu orang lain.


4. Parking tu ingat orang lain sikit

Ni satu lagi pantang besar kalau tinggal menyewa ramai-ramai, kamu balik awal janganlah parking macam kamu sorang je duduk dalam rumah tu. Janganlah diblock ruang untuk orang lain parking. Jangan pulak block laluan jiran. Nanti orang lain balik nak parking jugak. Fikirlah sikit pasal orang lain. Kalau nak buat macam duduk sorang-sorang sila berhambus dan sewa rumah sorang-sorang.


5. Sewa rumah tu bayarlah, jangan buat-buat lupa je tiap-tiap bulan

5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang
Saya dah banyak kali berhadapan dengan orang yang jenis macam ni. Bila sampai masa nak bayar sewa ada je muslihat diorang. Time ni macam-macam emergency berlaku kat kampung. Tiap-tiap bulan pulak tu. Orang lain pun ada banyak lagi belanja nak guna duit terutamanya yang dah berkeluarga tapi bila dapat gaji, memang dah siap asingkan duit untuk bayar sewa. Bukannya belanja dulu baru fikir sewa rumah. Biasanya orang macam ni samada penjamin kene tanggung, atau tok penghulu tanggung dulu atau kene pulau sampai dia keluar. Kalau tak reti jugak, bungus kain baju dia letak kat luar. Kalau betul ada masalah, slow talk la dengan ahli rumah lain, diorang pun manusia, mintalah simpati, tanggung dulu ramia-ramai. Dapat duit bayarla balik , jangan buat muka tembok je. Ni ada yang jenis muka tembok tak lulus JKR, duit sewa tak bayar lepas tu bila orang tanya buat senyap je. Yang mintak simpati tu janganlah malam ni merayu , esok lusa awak beli rokok dunhill 2 hisap 2 kotak sehari. Tu memang nak kene sumbat rokok dalam hidunglah.
Yang penting sekali dalam hidup menyewa rumah bujang ni, jangan pandai-pandai suka hati nak masuk nak keluar. Kalau dah keluar tu bawak sekali semua harta benda korang keluar. Jangan nak tinggal barang-barang kamu dengan harapan kamu boleh masuk balik automatik dalam rumah tu. Kalau nak masuk balik sila tanya semua penghuni lain dulu. Kang tak pasal-pasal kene tidur dalam tandas.
Entri ini ditulis dari hati. Maaf kalau terkasar bahasa. 
Credit to respective picture owners

2 thoughts on “5 Pantang Larang Menyewa Rumah Bujang

Leave a Reply

%d bloggers like this: