Air Asia Bloggers Community Support Kempen Travelling Beruang

Hari ni saya dapat e-mail dari staff air asia, diorang sekarang sedang menjalankan kempen travelling beruang bersama-sama dengan TV3 dan Majlis Kanser Nasional(MAKNA). Tujuan utama kempen travelling beruang ini adalah untuk mengumpul dana bagi dimasukkan ke dalam Tabung Travelling Beruang MAKNA. Tabung ini diwujudkan bagi membantu kanak-kanak penghidap kanser yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos perubatan mereka. Setiap pembelian beruang Travelling Beruang berharga RM65.00 di atas kapal terbang Air Asia akan dimasukkan ke dalam Tabung Travelling Beruang MAKNA.

Untuk ahli Air Asia Bloggers Community, kami dijemput untuk menyokong kempen ini dengan menyertai satu pertandingan ringkas yang mana 10 peserta bertuah akan mendapat seekor beruang Travelling Beruang setiap seorang. Arahan yang diberikan ialah :

1. Download poster Travelling Beruang seperti di bawah dan upload di Instagram masing-masing

aabc travelling beruang
2. Share macam mana anda boleh tingkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser di kalangan kanak-kanak dengan patung beruang ni
3. Sertakan hashtag  #TravellingBeruang #AABCTravellingBeruang kemudian post di instagram masing-masing

Mudah je kan. Dalam e-mail tu juga diberitahu ahli AABC akan mendapat hadiah istimewa jika terbang dengan Air Asia dalam bulan Oktober ni. kami diminta untuk e-mail kan je maklumat tentang rancangan travel kami kat orang tu. Tapi saya takde plan nak terbang ke mana-mana lagi. Baru je jadi member 2 hari dah terasa kelebihan jadi ahli AABC ni.

Pada sesiapa yang masih belum jadi ahli AABC dan berminat untuk mendaftar, baca caranya di sini.


4 thoughts on “Air Asia Bloggers Community Support Kempen Travelling Beruang

  • February 20, 2016 at 9:40 am
    Permalink

    Best juga kan jadi member depa. PG tak daftar lagi. InshaAllah, kot2 la daftar nanti, dapat tiket free melancong dr airasia kan. Sapa tak nak 🙂
    Tq share this 🙂

    Reply
  • September 27, 2015 at 9:24 am
    Permalink

    Patut nampak ramai bloggers share pasal ni kat ig..Saya baru apply jadik member aabc ni..tak tau la berjaya ke tak 🙂

    Reply
    • September 27, 2015 at 9:25 am
      Permalink

      Insya Allah. Diorang macam tak letak syarat apa pun.. Just tunggu e-mail dari diorang

      Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: