Air Asia Bloggers Community

Air Asia bloggers community

Dapat email dari aabc hari ni. Diorang bagi form untuk enroll dlm aabc. Lepas isi form terus keluar Page mengatakan saya dah berjaya mendaftar sebagai ahli aabc. Masih tak percaya, saya pun e-mail kat orang yang reply e-mail yang saya hantar bagitau berminat nak masuk aabc, bagitau dia dah isi form tu successfully, adakah saya ni dah jadi salah seorang ahli aabc. Dia reply “welcome aboard”. Confirm la tu kan. Terima kasih pada haffizul dan wayneharraz sebab kongsikan cara nak apply masuk aabc ni.

Kalau nak daftar, hantar email kat maa_corpcomm@airasia.com nyatakan korang berminat untuk join aabc dan sertakan sekali nama, e-mail, nombor telefon, alamat Blog dan description blog. Lepas tu akan ada orang reply e-mail korang dan dia akan bagi link untuk registration form. Link ni pakai token, jadi kalau takde token yang betul, form tu takkan keluar. Lepas isi form, tekan register dan korang dah jadi aabc. Kalau tak percaya, e-mail balik kat orang yang reply e-mail mula-mula tadi macam saya buat,confirmkan pendaftaran korang.

Air Asia bloggers community

Tapi tak dapat lagi nak update letak logo aabc sebab on phone sekarang ni. Line tm problem lagi hari ni. Nak buat hotspot quota dah tak banyak. Takut pulak ada autoupdate Windows atau apps lain dalam PC nanti tak sedar quota habis. Dahlah esok lusa cuti. Memang cantekk la timing diorang. Actually diorang dalam proses tukar semua kabel lama dalam kampung ni. Biasanya diorang reconnect balik line lepas siap kerja sehari. Hari ni boleh pulak diorang buat kerja tak cerdik. Kerja tak siap, line tak connect balik. Lepas tu esok lusa cuti. Dahlah raya haji. Kawan-kawan mak ayah saya semuanya contact diorang pakai telefon rumah. Memang pandai terlebih pandai la kontraktor yang buat kerja ni.

Dah report, tapi tindakan hanya boleh dibuat pada hari bekerja berikutnya. Kelmarin jadi macam ni, dalam 4 jam kemudian ada balik. Wife saya buat report, semalam boleh pulak kontraktor tu telefon macam tak puas hati sebab buat report. Kontraktor tu yang cakap diorang tengah tukar kabel satu kampung. Nak tukar tu tukarlah. Tapi siapkanlah kerja sebelum balik, sambung balik line tu. Ni dah jadi satu kampung takde line telefon. Line telefon, internet ni bayarannya untuk penggunaan 24 jam sehari 30 hari sebulan. Kalau ada gangguan kita berhak untuk mintak rebate dari diorang dengan syarat ada report. Bila report dah tutup, telefon 100 mintak sambung ke bahagian billing, bagi nombor report. Diorang akan bagi rebate untuk bil yang seterusnya bergantung pada tarikh report dibuka hingga report ditutup. Jadi jangan sesekali setuju untuk tutup report selagi belum pastikan masalah yang dilapor betul-betul selesai.

Ramai yang tak tahu pasal rebat ni kan? Saya pun tahu sebab tahun lepas saya pernah mengalami gangguan line telefon dan Internet selama sebulan sebab kabel dari tiang ke rumah dah uzur. Hari-hari follow up dengan 100. Jawapan sama je, dalam proses. Tapi takde pun orang datang tukar kabel.Lepas sebulan tak selesai, saya buat aduan kat cfm. Report jam 7.00 pagi, jam 11 pagi dah ada orang datang tukar kabel. Lepas tu ada lagi 2 orang call tanye rumah kat mane, nak datang repair. Orang tm sendiri datang rumah pastikan kerja dah siap, line dah ok. Lepas tu saya telefon 100 tanya diorang takkan saya nak bayar jugak bulan tu, sebulan takde line. Barulah diorang bagitau kalau cara nak mintak rebate ni.

Jadi pada kawan-kawan, kalau tm lambat bertindak lepas bukak report, lapor kat cfm ye. Cfm ni under mcmc. Service provider memang takut kat mcmc sebab mcmc boleh saman diorang bila-bila masa je. Lepas tu jangan lupa mintak rebate. Kita adalah pengguna, kita berhak untuk dapatkan apa yang kita bayar. Kalau tak dapat apa yang kita bayar, kita berhak untuk dapatkan duit kita balik.

Selamat hari raya Aidil Adha.

2 thoughts on “Air Asia Bloggers Community

  • September 24, 2015 at 8:25 am
    Permalink

    Tahniah..tadi pun saya bca ada sorang blogger berjaya jadik member aabc ni..

    oo..nk jdik member ni kena apply ke?sya ingt aabc yg offer..cri blogger yg rmai followers..

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: