Bekazon. APO dan Ujang versi digital

gila-gila
Image Credit: http://sabapersonalalbum.blogspot.my/

Generasi yang lahir zaman 80-an dan 70-an pastinya pernah melalui zaman ledakan komik seperti Gila-Gila, Ujang, APO, Lanun. Saya juga pernah melalui zaman tersebut di mana membaca komik adalah satu cara untuk menghabiskan masa lapang. Zaman saya sekolah rendah, sekolah menengah takde lagi facebook, myspace, whatsapp. Handphone yang ada pun yang jenis skrin hitam putih, kalau baling kat anjing, anjing pun boleh mati. Zaman kebangkitan komik-komik ni, minat untuk melukis di kalangan kanak-kanak dan remaja juga turut berkembang.

ujang
Image credit  : justforlaughs69.blogspot.m

Internet paling laju zaman tu 56Kbps, waktu tengah malam line tak berapa sibuk. Nak sambung internet pakai dial-up. Pakai internet telefon rumah tak boleh pakai. Bayangkan kalau facebook zaman sekarang ni wujud masa tu, sejam baru boleh update status. Zaman tu, MIRC menjadi kegilaan muda-mudi untuk bersosial. Channel macam #kampung, #mesra, channel-channel negeri memang top zaman tu. Siapa dapat tanda @ sebelah nickname memang kira otai la. Kalau dapat + pun dah boleh berlagak dengan kawan-kawan.

burger

Majalah APO dan Ujang sekarang semakin kurang dikenali sebab orang dah malas nak belek-belek buku. Malas nak keluar beli pun satu hal. Saya pun dah terlalu jarang-jarang beli komik ni. Beli pun hari tu sebab nak galakkan anak belajar membaca. Mem besar dah jeling tajam tengok saya bawak balik komik.

apo
Image credit : http://kuprum.blogspot.my/

Dalam tahun ni kalau tak silap saya, saya terjumpa page facebook bekazon setelah dicadangkan oleh kawan satu generasi. Mulanya ingatkan page ni page pasal kuih-muih. Rupanya bekazon (http://bekazon.com/) ni versi digital untuk majalah APO dan Ujang. Dalam website bekazon, setiap minggu ada komik pendek dari kartunis-kartunis APO/Ujang contonya Lambok, Manggis, Padi, Sagu dan ada juga motion comic ala-ala komik dari negara barat nukilan kartunis-kartunis ni.

bekazon

Bekazon juga adalah platform untuk pengguna membeli secara online majalah APO dan Ujang serta barangan ekslusif APO dan Ujang. Harganya kalau keluaran terbaru standard macam beli kat kedai. Untuk keluaran terdahulu dan edisi bumper lama-lama, ada diskaun dari 10%-70%. Macam yang diorang selalu buat kalau ada pesta buku tu.

Silalah berkunjung ke laman web Bekazon bagi peminat-peminat komik generasi 70-an dan 80-an bagi memudahkan korang beli komik ni secara online. Pada generasi baru, berkenalanlah dengan komik dan kartunis-kartunis tempatan. Jangan duk layan Naruto, OnePiece je Semoga komik APO dan Ujang terus wujud dan tidak tekubur begitu sahaja.

P/S : Ini bukan post berbayar. Promosi sukarela je ni.



2 thoughts on “Bekazon. APO dan Ujang versi digital

Leave a Reply

%d bloggers like this: