Display Rectangle Ads Nuffnang Dalam Mobile

Zaman sekarang ni kebanyakan pengguna internet guna smartphone untuk layan Facebook, browse Internet dan macam-macam lagi. Bagi seorang blogger, adalah amat penting untuk mengambilkira faktor penggunaan smartphone dalam melariskan blog dan menambahkan ads impression bagi blog korang. Setuju tak?

Boleh dikatakan majoriti blogger di Malaysia enroll dalam Nuffnang ads sebagai publisher untuk letakkan iklan Nuffnang dalam blog masing-masing tapi buat masa sekarang ads yang ditawarkan oleh Nuffnang untuk mobile view adalah yang jenis leaderboard sahaja. Tu pun bukan semua yang dapat keluarkan ads tu kat mobile. Jadi macam mana nak dapat CTR dan CPUV yang tinggi? Aku pun sebenarnya dah macam-macam cara buat nak keluarkan leaderboard ni kat mobile tapi masih tak dapat-dapat. Dah submit ticket kat Nuffnang pun takde respon lagi.

Oleh sebab aku ni graduan UTM yang dilatih untuk berusaha menyelesaikan masalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak sekadar mengharapkan jawapan dari orang lain, maka aku pun mula mencari kot-kot ada cara untuk show widget dalam mobile view. Cari punya cari , maka jumpalah akan penyelesaian untuk permasalahan yang aku alami. Aku percaya korang pun sedang mencari jawapan untuk masalah ni. Teruskan membaca, aku akan terangkan macam mana nak display rectangle ads Nuffnang dalam Mobile.

Mula-mula, macam biasa login, pastu klik manage blog, update survey kalau dah lama takde iklan keluar lepas tu klik add ad unit. Ingat tu, add ad unit bukan mobile unit. Lepas tu select large rectangle dan copy code yang diberikan

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

Lepas tu login blogger, pergi kat dashboard blog korang kemudian pegi ke menu layout, klik add a gadget kat footer 2-2 atau 2-1 atau apa-apa footer yang sama sifatnya dengan contoh di bawah

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

Pilih HTML/Javascript kemudian pastekan code nuffnang tadi. Lepas tu tekan save

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

Next step, klik edit kat kotak gadget yang dimasukkan tadi dan cari widget ID gadget tu dekat address bar gadget tersebut

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

Sekarang pergi ke template, edit template dan cari widget id tadi

display rectangle ads nuffnang dalam mobile

Code asal pada setiap widget adalah seperti di bawah :

<b:widget id=’HTML6′ locked=’false’ title=” type=’HTML’>


Untuk menjadikannya keluar pada mobile view, tambahkan mobile=’yes’ kalau nak keluarkan pada desktop/PC dan juga mobile. Kalau nak keluarkan di mobile sahaja tambahkan mobile=’only’ seperti contoh di bawah

<b:widget id=’HTML6′ locked=’false’ mobile=’only’ title=” type=’HTML’>

Lepas tu save template , kalau ada error check balik kot ada ejaan salah atau tertinggal apa-apa. Kalau takde error boleh test pakai mobile browser emulator seperti diceritakan dalam post Google Analytics  dan Blogger sebelum ni atau tambah ?m=1 di hujung address blog korang. Contohnya http://learningtoolcheap.blogspot.com/2015/09/google-analytics-for-blogger.html?m=1

display rectangle ads nuffnang dalam mobile


Kalau korang set mobile=’only’ gadget tu takkan kelihatan lagi kat layout setting blog korang. Kalau nak ejas atau buang, cari dalam template. Jangan panik pulak kalau tak jumpa widget tu kat layout setting.

Diharap post ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan dan persoalan ramai kawan-kawan blogger. Kalau baik dan bermanfaat sila share dan sebarkan ilmu nak display rectangle ads nuffnang dalam mobile ni sebanyak mungkin. Sebenarnya teknik ni juga boleh diaplikasikan untuk display widget/gadget lain yang secara defaultnya tidak di display dalam mobile browser. Selamat mencuba. Jika ada masalah sila tinggakan komen. Aku akan cuba untuk jawab sedaya-upaya yang boleh.

Bacaan selanjutnya : Aktifkan google analytics untuk blog

4 thoughts on “Display Rectangle Ads Nuffnang Dalam Mobile

Leave a Reply

%d bloggers like this: