Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan 1999

smka sheikh abdul malekMasa aku belajar di SMKA Sheikh Abdul Malek, aku pernah jadi wakil negeri dalam kuiz pengguna peringkat kebangsaan. Pertandingan peringkat kebangsaan diadakan di Kuala Lumpur. Jadi, dari Terengganu ke Putrajaya tu KPDN HEP Terengganu sponsor kitorang naik kapal terbang. Dapatlah merasa naik kapal terbang masa sekolah menengah tu.
Kuiz pengguna ni memerlukan kitorang hafal dan faham semua perkara yang berkaitan dengan pengguna. Dari nama kelab pengguna setiap negeri sehinggalah semua akta dan peraturan kepenggunaan.

Yang bagusnya kuiz pengguna ni, ia merangkumi 4 kementerian iaitu kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, kementerian kesihatan, kementerian alam sekitar dan juga kementerian pertanian. Setiap kementerian ada wakil yang dikhaskan untuk jaga dan latih kitorang sebelum kitorang bertolak ke Kuala Lumpur. Bergurulah kami selama beberapa minggu dengan cikgu-cikgu dari kementerian-kementerian yang terlibat. Yang jadi main adalah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Istilah-istilah macam inflasi, indeks harga pengguna, indeks pencemaran udara pun kami terpaksa hafal dan faham. Yang paling basic dalam kuiz pengguna tentulah hak pengguna. Selain dari tu, akta yang paling penting akta perihal dagangan dan peraturan-peraturan di bawah akta tersebut. Soalan berkaitan KKM biasanya berkaitan dengan akta-akta bawah seliaan KKM contohnya akta racun dan tanggungjawab bahagian penguatkuasaan. Jabatan alam sekitar biasanya berkisar tentang akta kualiti alam sekitar. Kementeriaan Pertanian pula berkaitan dengan akta kawalan racun makhluk perosak dan akta kawalan padi beras negara. Semua akta-akta di bawah seliaan 4 kementerian tersebut adalah bertujuan untuk menjaga hak pengguna mengikut ketetapan antarabangsa.

hak pengguna
Hak pengguna adalah soalan wajib dalam kuiz pengguna dari peringkat pemilihan hingga peringkat kebangsaan

Aku  jadi wakil negeri Terengganu untuk kuiz pengguna peringkat kebangsaan 2 tahun berturut-turut masa form 4 dan form 5. Tahun 1999 dan tahun 2000. Tahun 1999 kami dapat ke final, dapat tempat ketiga. Tahun 2000 kalah pusingan awal. Yang tahun 1999 tu aku dan kakak aku dua beradik dapat jadi wakil negeri. Masa peringkat final, satu bas student sekolah kami datang. Siap masuk tv, kalau ada yang boleh tolong dapatkan rakaman kuiz pengguna peringkat kebangsaan tahun 1999 sila tinggalkan contact di ruangan komen ye. Dah try google, result ada tapi website tu dah down.
Mak ayah kitorang tak sempat record sebab kami tak tahu tarikh siaran kuiz pengguna peringkat kebangsaan tahun 1999 tu.

Selesai kuiz pengguna peringkat kebangsaan kami balik ke tempat penginapan, esoknya barulah kitorang balik ke Terengganu. Di Airport Ssubang, lepas check in beg aku dengan kawan aku,  jalan-jalan di airport tiba-tiba dengar announcement panggil nama aku ke tempat check in beg. Sampai je kat kaunter tu, datang sorang ground crew bawak beg aku cakap beg aku dah nak terburai. Maklumlah tak pernah naik kapal terbang, aku bawak beg pakaian yang zip kat tengah tu je. Nasib baik ground crew tu baik hati, dia tolong ikatkan ketat-ketat dengan tali pemegang beg tu.

Sebelum naik flight tu aku bayangkan kapal terbang aku besar macam dalam cerita omputih. Bile dah naik kecik je rupanya kapal terbang, macam naik bas je. Dalam flight balik tu aku satu flight dengan Haji Hadi, beliau naik first class. Ade sorang lagi politician naik sekali dengan aku di kelas ekonomi. Nazri aziz. Sebenarnya aku tak perasaan tapi bila aku pandang  dia, dia senyum je. Aku terfikir macam pernah nampah dia ni dalam TV tapi masa tu aku tak ingat nama beliau. Seat beliau satu row dengan aku. Dalam diam aku macam respect la kat dia sebab naik flight economy class je.Tak sangka pulak sekarang dia dah lain. Pengaruh rakan sebaya kot.


Selang beberapa bulan lepas kuiz pengguna 1999 sekolah kami, SMKA Sheikh Abdul malek digemparkan dengan kejadian stor terbakar. Dalam stor tu ada tilam dan barang-barang flashcard. Orang yang sezaman dengan aku tahulah apa tu flashcard. Yang kitorang pakai untuk buat persembahan di stadium masa hari keputeraan Sultan Terengganu. Batch aku paling last pakai flashcard. Lepas tu cikgu-cikgu jawatankuasa flashcard buat sistem baru yang tak perlu pakai ramai student. Sistem tu diterimapakai untuk persembahan tahun-tahun selepasnya oleh sekolah-sekolah yang seterusnya. Ada giliran aku tak ingat berapa tahun sekali sekolah-sekolah dalam negeri Terengganu gilir-gilir ambil bahagian dalam persembahan flashcard. Esoknya dalam harian metro, terpampang di muka depan “Angkara sabotaj !” atas gambar sekolah kitorang. Pengetua tak puas hati siap nak saman akhbar tu. Dengar ceritanya kes tu selesai luar mahkamah. 2,3 kali jugaklah wakil harian metro datang sekolah cari pengetua. 2,3 kali jugaklah metro terpaksa cerita yang baik-baik pasal sekolah kitorang. Termasuklah cerita pasal aku dan kakak aku jadi wakil negeri kuiz pengguna peringkat kebangsaan. Aku ada simpan keratan akhbar tu tapi dah hilang. Yang ni pun kalau ada yang tahu macam mana nak dapatkan rekod ni sila tinggalkan komen ye.

Pada adik-adik yang terpilih jadi peserta kuiz pengguna, buatlah sehabis baik. Sememangnya sukar untuk menguasai semua 4 bidang yang ditanya dalam kuiz pengguna tapi percayalah. Ia bukan sesuatu yang mustahil. Banyak lagi cerita-cerita zaman sekolah menengah yang masih lagi segar dalam ingatan aku. Betullah orang cakap zaman sekolah menengah adalah kenangan yang paling diingati.

Leave a Reply

%d bloggers like this: