3 langkah mudah buat hirens boot CD USB bootable disk

Hirens Boot CD. Apa tu? Hirens boot CD adalah satu utility yang boleh digunakan untuk hidupkan PC/laptop yang mengalami masalah dan tidak boleh boot ke windows. Dalam Hirens Boot CD ni ada banyak tools dan utilities yang boleh digunakan untuk mencari punca kepada masalah PC/Laptop dan seterusnya membuat pembaikan pada PC/laptop tu.

Biasanya masalah windows tak boleh boot disebabkan oleh virus, system file hilang, partition table hilang, bad sector dalam hard disk atau hard disk tu sendiri dah corrupt. Yang bestnya Hirens Boot CD ni, ada mini windows XP yang membolehkan kita buat diagnostik atau repair hard disk menggunakan GUI. Kalau dah tak bleh buat apa-apa, terpaksa format atau delete partition, kita boleh menggunakan mini Windows XP untuk copy fail-fail penting ke external hard disk sebelum format atau delete partition.

Hirens Boot CD dinamakan boot CD sebab asalnya tool ini dibuat untuk di’burn‘ dalam CD dan dijadikan boot disk. BIOS zaman dulu tak boleh boot pakai USB, Hirens boot CD dibuat sebelum BIOS support boot dari USB. Namun begitu, kebanyakan BIOS sekarang dah support untuk boot dari USB jadi Hirens Boot CD juga boleh dimasukkan ke dalam pendrive atau external hard disk dan dijadikan boot media.

Langkah 1 : Format USB disk

1. Download USB Disk Storage Format kemudian ikut langkah dalam screenshot di bawah
(note: boleh juga menggunakan File System FAT32. Format ni tak wajib, cuba dulu tanpa format kalau tak jadi baru format)

hiren boot CD usb

hiren boot CD USB

Langkah 2 : Install GRUB4DOS dalam USB disk

1. Download grub4dos.zip dan ekstrak semua kandungan dalam fail grub4dos.zip ke mana-mana folder.

2. Buka fail grubinst_gui.exe dalam folder grub4dos yang diekstrak tadi dan ikuti langkah di bawah
(note: pastikan Run As Admin dan pilih ‘run‘ jika ada security warning)

install hiren boot cs USB
hiren boot CD

hiren boot CD

hiren boot CD

Langkah 3 : Copy fail ke dalam USB disk

1. Download fail Hiren Boot CD 15.2 (hirens.bootCD.15.2.zip) dan ekstrak ke dalam mana-mana folder.
2. Ekstrak fail Hiren’s.BootCD.15.2.iso ke dalam folder yang sama
hirens boot cd

3. Copy semua fail dalam folder yang diekstrak dari fail iso tadi ke dalam USB disk

hirens boot cd USB
4. Copy fail grldr dan menu.lst dari folder HBCD yang di copy tadi ke luar (root folder) USB disk
hirens boot cd
5. Akhir sekali, kandungan dalam USB disk akan jadi seperti di bawah
Hirens boot CD
source: http://www.hirensbootcd.org/
Siap dan boleh test. Sebelum test pastikan boot order USB disk atas sekali atau select je USB disk kat boot media selection. Kalau tak jadi ulang balik semua step dan pastikan tidak ada kesalahan. Cubalah. Kita tak tahu bila hard disk nak rosak. Tak salah sediakan payung sebelum hujan kan.
Kalau hard disk dah kong, bolehlah cari hard disk baru kat sini ye

Leave a Reply

%d bloggers like this: