7 Mitos Tempat Kerja Yang Anda Perlu Tahu

Terdapat 7 mitos yang selalunya menjadi kepercayaan pekerja dan majikan di tempat kerja. Ianya terlalu popular sehingga ramai yang menganggap mitosmitos tersebut adalah benar. Bagaimanapun kajian-kajian telah dibuat dan nampaknya mitos-mitos ini sebenarnya adalah mitos semata-mata.

Mitos 1 : Pekerja Hanya Produktif Untuk 8 Jam Sahaja

waktu bekerja ideal

Menggunakan aplikasi DeskTime (satu aplikasi boleh merekod masa bekerja), Draugiem Group merakam tabiat pekerja-pekerja yang paling produktif. 10% dari pekerja dengan produktiviti tertinggi sebenarnya tidak bekerja lebih dari masa yang direkod oleh pekerja-pekerja lain yang kurang produktif. Mereka sebenarnya tidak bekerja sepenuhnya selama 8 jam sehari tetapi pekerja yang paling produktif sebenarnya berehat selama 17 minit untuk setiap 52 minit waktu mereka bekerja. Rehat tak semestinya keluar minum kopi atau tidur. Rehat boleh jadi sekadar merehatkan badan, ambil angin dan berbual-bual. Pengalaman saya bekerja dalam site dan ofis, point ni memang ada betulnya. Lepas sejam bekerja, otak mula rasa letih, tubuh pun mula rasa letih. Kemalangan biasa berlaku bilamana otak dan tubuh mula rasa letih. Rehatlah walaupun 5 minit kalau dah rasa hilang tumpuan atau tubuh badan mula bergerak di luar kawalan.

Mitos 2 : Tonjolkan diri seboleh yang mungkin

penonjolan diri

Walaupun beberapa kajian menunjukkan penonjolan diri boleh membuahkan hasil yang memberasangkan, penonjolan diri tak semestinya memberikan hasil yang bagus. Kajian oleh Accenture mendapati 43% daripada pekerja yang menonjolkan diri sebenarnya tidak kekal lama dalam sesuatu syarikat atau organisasi. Bahasa mudahnya Poyo.

Mitos 3 : Duit adalah motivasi

motivasi

Kajian terbaru oleh O.C Tanner Institute mendedahkan sekiranya anda mahu pekerja anda membuat kerja yang terbaik, duit bukanlah jalan terbaik untuk memotivasi mereka. Apabila ditanya pada akan perkara yang menjadi motivasi responden yang terlibat, 7% memberikan jawapan “Naik gaji“. 37% menjawab “Hargai kami.” Ucapkan terima kasih atau Good Job atau sekadar thumbs up sudah lebih dari mencukupi untuk tunjukkan penghargaan. Ye, betul, saya sendiri mengalaminya. Sebab tu anak buah saya tak berkira kalau saya mintak diorang buat apa-apa kerja. 

Mitos 4 : Pencapaian peribadi menghasilkan pengurus yang hebat

bos yang baik

Sementara ramai pengurus mendapat jawatan mereka dengan dikenali sebagai hebat dalam bidang masing-masing, pengurus yang hebat sebenarnya adalah seorang yang berupaya mencungkil kebolehan terbaik anak-anak buahnya dan kemudian menggunakan kebolehan mereka dengan sebaik-baiknya. Kajian mengenai “Value of Bosses: oleh Stanton, Shaw dan Lazear” mendapati bos yang tidak berusaha meningkatkan produktiviti anak-anak buah mereka mempunyai kebarangkalian untuk pencen lebih awal dari bos-bos yang lain.

Mitos 5 : Resume menunjukkan calon terbaik

resume baik
Walaupun kebanyakan HR mengabaikan calon-calon yang tidak mempunyai semua kelulusan yang tepat, kajian dari CareerBuilder menunjukkan daripada 2134 pekerja, 47% dari graduan IPT tidak pernah bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan jurusan yang diambil di IPT. Jangan memilih kerja dan jangan telalu memilih pekerja. Bidang pekerjaan sekarang semakin sengit, permintaan sumber manusia pun makin tinggi. Cara terbaik nak dapat pekerja, inteview dan buat asessement.

Mitos 6 : Pekerja jarak jauh kurang produktif

bekerja dari rumah
Data dari State of the American Workplace oleh Gallups menunjukkan pekerja yang bekerja dari jarak jauh adalah lebih produktif dari mereka yang bekerja di ofis (32% lebih produktif). Kajian oleh Stanford University dan CTrip, laman web pelancongan dari China mendapati produktiviti meningkat apabila mereka membenarkan 250 pekerja untuk bekerja dari rumah. Produktiviti pekerja jarak jauh mengingkat sebanyak 13% dengan 9.5% disumbangkan oleh kerja lebih masa. Dah duduk kat rumah, tak kesahla nak overtime banyak mana pun kan. Kebanyakan negara maju dah mula galakkan untuk bekerja dari rumah. Boleh jimat kos elekrik, kos sewa pejabat, kos minyak, kurangkan pencemaran udara dan kurangkan masalah sosial. Malaysia pun perlu mulakan skim bekerja dari rumah ni. Barulah boleh imbangkan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.

Mitos 7 : Buat apa yang anda suka dan anda tak perlu kerja lagi

jangan menyusahkan orang lain
Anda mungkin tak perlu bekerja keras jika mementingkan kebahagiaan dan ketenangan peribadi tapi anda juga mungkin tak akan berjaya. Kajian menunjukkan jika anda mahu berjaya anda perlu buat sesuatu yang orang lain suka, Great Work Study menganalisa 1.7 juta kes daripada kerja yang paling berjaya, 88% dari projek yang paling berjaya  dan mendapat anugerah bermula dengan pekerja bertanya ” Apa yang saya perlu buat untuk buat orang lain suka?” Dengan kata senangnya, jangan menyusahkan orang lain. Kita boleh duduk silang kaki, lenggang kangkung suruh orang lain buat kerja atau tumpang kerja orang lain tapi kita tak dapat apa-apa, pengalaman, skil penyelesaian masalah, perasaan puas bila kerja siap kita tak dapat. Kita takkan dapat pergi jauh dengan sikap seperti ini. Orang-orang yang lebih suka buat kerja sendiri, tidak menyusahkan orang lain dan ambil sikap “take charge” akan lebih berjaya dan dapat belajar lebih banyak skil yang tidak diajar di IPT atau kolej.

Sumber dan image credit : http://blog.octanner.com/



2 thoughts on “7 Mitos Tempat Kerja Yang Anda Perlu Tahu

Leave a Reply

%d bloggers like this: