7 perangai bos yang paling dibenci anak buah

7 perangai bos yang dibenci

Menjadi seorang ketua atau bos bukanlah satu tugas yang mudah. Dari sudut agama, ketua juga memikul tanggungjawab yang amat berat terhadap jagaannya. Jika tersilap memberi arahan dan anak buahnya sampai meninggalkan solat atau melakukan perkara mungkar yang lain, bos juga akan menanggung dosa. Pengalaman saya menjadi anak buah kepada beberapa orang bos yang berlainan di samping menjadi orang tengah di antara bos dan pekerja bawahan, saya dapat perhatikan 7 perangai bos yang paling dibenci anak buah.

1. Terlalu bossy

Yang ni kalau bos yang empunya syarikat ada perangai macam ni, mungkin boleh diterima sikit tapi kalau yang jadi bos tu pun makan gaji juga, hmmm. Memang menyakitkan hati. Ya, seorang bos perlu mempunyai kebolehan dan keberanian untuk mengarah, tapi kalau dah barang depan batang hidung pun nak suruh orang ambilkan, memang mencarut-carutlah anak buah tu.

2. I am always right

Walau apa yang dibuatnya, walaupun salah walaupun tak betul dia tetap betul. Dah terang-terang dia salah pun, tetap tak mengaku salah. Tetap nak pusing-pusing spin-spin nak bagi dia betul. Bro, sis, Nabi je maksum, manusia semua tak maksum. Semua akan buat salah, buat silap. Takkan jatuh martabat seorang bos kalau mengaku salah, minta maaf dengan anak buah.

3. Mengungkit 

Bos ni kadang-kadang ada masa dia baik, dia luluskan je apa yang diminta. Tapi yang tak bestnya sampai masa bila nak paksa kita buat sesuatu diungkitnya balik apa yang diberi. Kalau macam ni, jangan nak kecik hati kalau anak buah lari bila nampak kita kat kantin. Yelah, hari ni belanja esok ungkit, depan orang ramai pula tu.

4. Ego setinggi gunung

Apa keputusan mestilah keluar dari mulut encik bos. Orang lain tak boleh buat keputusan. Bincang? tak boleh bincang. Kalau bincang pun tetap bos yang buat keputusan. Apa-apa keputusan yang bercanggah dengan pendapat bos adalah dianggap sebagai terbatal. Eh, encik bos ingat encik bos punya IQ 300 ke?

5. Tidak berperi-kemanusiaan

Kita sebagai suami, isteri, mak, ayah, anak, adik, kakak, abang kepada seseorang ada masanya mempunyai masalah keluarga yang memerlukan untuk bercuti atau masuk lewat atau balik awal. Ada sesetengah bos yang tak faham atau buat-buat tak faham masalah ni. Bila minta cuti, tidak ada pertimbangan langsung, terus  tak boleh. Teringat cerita seorang sahabat, pengasuh mereka bercuti, isterinya apply cuti tapi tak diluluskan, minta dengan bos nak bawak anak ke tempat kerja pun tak dibenarkan. Jawapan yang diberi, “itu bukan masalah saya”. Akhirnya suami yang bekerja di Terengganu ambil cuti kecemasan, travel sejauh lebih 400KM ke Perak selepas balik kerja. Malangnya suami ni terlalu letih, tertidur di kawasan plaza tol sampai jam 4 pagi. Jam 10 pagi baru sampai di Perak. Isterinya minta tolong dari jiran di depan rumah untuk jagakan anak mereka sementara suaminya sampai. Nasib baik bos si suami ni jenis yang bertimbang rasa. 

6. Aku adalah bos, semua credit adalah milik aku

Dalam mana-mana jabatan atau syarikat, tidak ada yang buat kerja seorang diri. Setiap pekerjaan pastinya ada kaki dan tangan yang mempunyai peranan masing-masing. Tetapi yang menyakitkan hati apabila bos yang memang naturenya beri arahan sambil cekak pinggang dan duduk dalam bilik layan youtube claim semua hasil kerja yang baik adalah usahanya seorang. Dahlah tak ucap terima kasih langsung kat anak buah, bila kerja siap diberitahunya bos atas, “saya dah siapkan semua kerja yang berkaitan, ye saya buat sorang je. Semua saya yang buat”

7. Emosional

Dalam bahasa Terengganu dipanggil “meccok“. Tidak ada sifat professional. Tidak boleh dibawa berunding hati ke hati. Apabila ditegur, merajuk. Kalau dibangkang mula nak hentak-hentak meja, lari dari mesyuarat, tak bertegur sapa. Professional la sikit.

Ada pepatah mengatakan lagi tinggi pangkat seseorang itu, lagi keseorangan dia akan jadi. Pepatah ni ada betulnya. Sebab tu saya sendiri kalau diberi pilihan untuk menjadi bos, jika boleh tolak, saya akan tolak dulu.Jika dah takde calon lain atau memang tak boleh tolak, barulah saya ambil tanggungjawab tu. Bos-bos sekalian, sila perhatikan kalau waktu nak beli makanan ada ramai anak buah penuh satu meja kat kantin tiba-tiba dah siap bayar, pusing sekali lagi tengok dah takde orang atau apabila anak buah korang cepat-cepat habiskan air yang masih berasap bila kita sampai di kantin atau makan laju-laju sampai nak tercekik sebab taknak jadi orang terakhir yang terpaksa temankan korang makan check balik perangai korang ada tak dalam senarai di atas. Kalau ada, jangan sekadar tersenyum atau ucapkan ‘ooooo’ je tapi ubahlah. Takkan jatuh martabat seorang bos kalau takde 7 perangai bos yang paling dibenci anak buah di atas,

6 thoughts on “7 perangai bos yang paling dibenci anak buah

  • October 29, 2015 at 3:32 am
    Permalink

    Hampir kesemua sifat di atas ada dalam bekas boss saya dulu. Nasib baik le dah pindah, dapat boss yang lebih baik, lebih memahami, lebih 'mesra rakyat'.

    Boleh saya pinjam sedikit isi di sini untuk dimasukkan ke dalam blog saya…?

    tintaberdakwat.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: