Pulau Redang, Hari Pertama

[radiosenyap.com] – Pada 1- 3 Oktober lepas, saya dan keluarga telah selamat bercuti di Pulau Redang. Kami mula terfikir untuk bercuti ke Pulau Redang selepas isteri saya cakap hospital tempat beliau bertugas ada program di Pulau Redang. Kami pernah ikut program ni tahun lepas, tinggal di resort yang diuruskan penduduk kampung Pulau Redang tapi waktu tu bukan bercuti sangat, sebab wife ada jadual untuk bertugas.

Baca trip terbaharu ke Pulau Redang tahun 2021 naik bot di jeti Merang menginap di Taaras dan di Redang Lagoon.

 





 

Untuk tahun ni, pada mulanya saya bersetuju untuk ikut wife ke Pulau Redang dengan program Jabatan Kesihatan tapi setelah membuat sedikit kajian dengan menggunakan Google, kami dapati semua resort di kawasan kampung Pulau Redang jauh dari pantai. Yang dekat dengan pantai di Pulau Redang satu je, Taraas , bapak mahal. Satu lagi yang resort tepi jeti kampung Pulau Redang, nak ke pantai kena turun melalui tangga curam. Dengan anak-anak ni, tak beranilah saya.

Lagipun transport di Pulau Redang nak ke tempat program susah nak dapat melainkan sewa yang mana harga sewa motor 3 hari boleh buat bayar ansuran kereta axia. Akhirnya wife menarik diri dari program bersama penduduk Kampung Pulau Redang tersebut.

Mencari Pakej Pulau Redang

Disebabkan kami dah excited nak ke Pulau Redang, kami pun teruskan pencarian Resort murah lagi berbaloi di Pulau Redang. Kami dapati kebanyakan resort di Pulau Redang tempatnya di Pasir Panjang, bukan di kawasan kampung Pulau Redang.

Ada 2 orang kawan saya jadi ejen pelancongan yang ada buat trip ke Pulau Redang, jadi yang pertama sekali saya survey lah dengan kawan-kawan saya, dapat harga tapi macam tak berapa murah lagi. Saya pun terus mencari dalam Google, terjumpalah Wisana Village, Redang Island harga dalam 2 ratus lebih je, wife saya telefon memang harga 2 ratus lebih. Lepas tu bila nak buat confirmation, rupanya 2 ratus lebih tu harga untuk satu orang satu malam, tempat tidur dan makan sahaja. Tiket tak masuk, snorkeling tak masuk. Lagi mahal dari pakej paling mahal.

Sabtu, 2 minggu sebelum tarikh kami nak pergi, kami pergi round semua pejabat resort Pulau Redang yang ada di area Shahbandar, Kuala Terengganu dan semua pejabat ejen pelancongan yang buat pakej ke Pulau Redang. Masih lagi tak dapat harga yang berbaloi. 

Saya pun teruskan pencarian pakej Pulau Redang murah, gunakan fungsi opengraph search dalam facebook, terjumpalah dengan satu ejen, dia offer harga yang lagi murah dari 2 orang kawan saya bagi. Tapi bila tanya lokasi, dia di Kuala Lumpur , susah jugaklah kalau ada apa-apa.

Saya pun nego dengan kawan saya yang buat pakej percutian ke Pulau Redang, kot-kot dia boleh bagi harga sama dengan ejen tu. Selepas beliau buat kira-kira tambah darab tolak bahagi, dia boleh bagi kurang 5 ringgit je dari harga yang dia bagi kat saya, still ejen KL tu lagi murah.

Wife saya buat pencarian berkenaan pakej murah Pulau Redang dalam Google, ramai yang cakap kalau nak murah masuk pakej direct dengan resort. Esoknya, wife saya telefon pejabat Redang Lagoon dan minta diorang bagi harga, harga yang Redang Lagoon bagi sama dengan harga dalam Internet cuma anak kami yang umur 1 tahun 11 bulan dia bagi free.

Lepas tu saya telefon balik ofis Redang Lagoon tu dan tanya dia, betulkah prosedur kalau ambik pakej dengan ejen pakej Pulau , bayar deposit kat ejen, balance bayar di resort di Pulau sebab saya dapat harga pakej Redang Lagoon lagi murah dari harga direct dengan Redang Lagoon. Dia cakap memang itulah prosedurnya.

Last sekali Redang Lagoon offer harga yang lagi murah dari semua ejen pakej ke Pulau yang saya dapat quotation. Kalau ikutkan, kami pergi tu weekend, tapi Redang Lagoon bagi kami harga weekday, rate bilik Quad tapi kira harga 2 dewasa, 1 kanak-kanak 1 bayi percuma. Alhamdulillah. Terus setuju, esoknya Redang Lagoon hantar invois, lusanya saya bayar deposit 50%.

Senarai hotel dan resort di Pulau Redang

Oleh kerana ini kali kedua saya ke Pulau Redang dan Taman Laut berdekatan Pulau Redang, saya memang dah tahu keindahan laut di Pulau Redang dan Taman Laut Pulau Redang, jadi saya rasa rugi kalau tak ambil gambar masa snorkeling di Pulau Redang dan Taman Laut.

Telefon saya memang jenis waterproof tapi saya tetap kurang yakin dengan tahap waterproof telefon ni, jadi saya pun carilah bekas yang boleh buat telefon jadi waterproof.

Pencarian di Lazada, Superbuy dan Lelong jumpa banyak jenis, yang mahal ada murah pun ada. Saya try google tengok takut-takut ada yang branded, yang ada jaminan. Jumpalah dengan brand DiCaPac yang pernah masuk dalam The Star sebab diorang ada offer device warranty kalau barang dia rosak, telefon kita masuk air masa pakai barang diorang, diorang akan ganti balik device kita up to USD1000.00.

Saya pun carilah brand ni dalam Lelong, dan dijual oleh vendor yang sama dalam The Star tu, Shashinki. Beli hari Rabu sebelum raya Haji, hari Ahad sampai. Diorang terus pos hari Rabu tu. Memang recommended seller ni.

1 Oktober, kami bertolak dari rumah jam 8 lebih sebab nak naik feri ke Pulau Redang di Jeti Shahbandar jam 9 pagi. Sampai-sampai kat kaunter tiket di Jeti Shahbandar, bagi nama, diorang bagi tiket pergi dan balik ke Pulau Redang dan maklumkan saya untuk beli tiket taman laut kat kaunter sebelah lepas tu terus boleh naik feri ke Pulau Redang.

Feri dah sampai kat jeti Shahbandar waktu tu, Kalau naik di jeti Merang guna speedbot, dalam 1 jam 30 minit sama macam naik feri ke Pulau Redang. Baik naik di jeti Shahbandar kalau nak ke Pulau Redang.

feri pulau redang
Dalam feri ke Pulau Redang tingkat atas
Feri pulau redang
Pintu tu boleh ke open deck
feri pulau redang
pasang citer thailand subtitle tah apa-apa

Perjalanan dari jeti Shahbandar ke Pulau Redang ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit je hari tu sebab pagi lagi, laut tenang, angin pun tak kuat. Di Pasir Panjang takde jeti, jadi feri berhenti lebih kurang 50 meter dari Pantai Pasir Panjang dan kami pindah ke satu platform bergerak(macam tongkang) yang boleh rapat ke Pantai Pasir Panjang. Sampai kat tepi pantai tu, dah ada transport dari Redang Lagoon tunggu kami, yang sampai sekali dengan kitorang hari tu tak ramai, jadi semua dapat naik transport tu sekali harung.

platform terapung pulau redang
Bilik kapten platform terapung
platform pulau redang
Platform terapung
platform terapung pulau redang

 

wagon resort pulau redang
Inilah transport kitorang dari pantai ke resort

Sampai kat Redang Lagoon, kami check-in belakang satu group pak Arab datang 2 family, agak lama jugalah kami menunggu diorang siap check in. Sampai hari ni saya dan wife masih berfikir, macam mana diorang boleh sampai kat Pulau Redang ni sebab diorang tak naik feri sekali dengan kami di Jeti Shahbandar. Kami trip feri ke Pulau Redang yangpertama. Lagipun masa check in tu saya nampak diorang baru beli tiket untuk balik dari kaunter resort. Entahlah..

Proses check in, abang kaunter Redang Lagoon tu dah ada satu table harga yang kami dapat dan berapa kami bayar deposit tapi abang tu mintak juga saya tunjukkan resit pembayaran deposit untuk pengesahan. Nasib baiklah malam tu saya dah download siap-siap resit yang saya buat online transfer untuk deposit.

Kebetulan pulak line celcom di Pulau Redang waktu kitorang sampai tu problem. Kami dapat bilik betul-betul depan kantin Redang Lagoon. Memang diorang dah fikirkan kesesuaian kami dengan anak kami yang lelaki ni masih kecik. Memanglah nak duduk dekat dengan kantin, dekat dengan pantai.

redang lagoon
Banyak pangkin/wakaf kat sini
redang lagoon
kantin, bilik tv, reception dan tempat sewa alat snorkeling
hammock redang lagoon
hammock pun banyak kat sini
rehat
santai atas hammock
 
tupai pulau redang
Tupai jinak.

Itinerari Redang Lagoon

Makan tengah hari dihidangkan start jam 12 tengah hari. Makan memang kenyang kat resort Redang Lagoon ni, lauk banyak. Ayam ada 3 jenis masakan, daging ada, ikan ada, sayur ada, buah-buahan pun ada. Hari pertama ni orang tak ramai, jadi kami boleh makan dengan aman dan tenteram.

Yang bestnya resort Redang Lagoon ni, kantin diorang memang dibuat untuk orang datang makan dalam keadaan basah dan kering. Tengah hari tu ramailah yang dah hari kedua datang makan dalam keadaan basah baru lepas snorkeling.

 
Lepas Zohor, jam 2 petang kami dah siap untuk snorkeling trip pertama, snorkeling open sea area Pulau Redang. Dengar pun dah kecut perut. Tapi control berani je depan wife. Dia pun tak tahu saya pun sebenarnya takut-takut berani jugak nak ke open sea ni. Hehe.
 
Kami sewa life jacket 10 ringgit dan google sekali dengan snorkel 10 ringgit. Life jacket ambik 4, 2 untuk saya dan wife, 2 lagi untuk anak perempuan 6 tahun dan anak lelaki 1 tahun 11 bulan. Jangan terkejut, di Pulau Redang ada life jacket size budak-budak.
 
Lepas siap-siap, geng snorkeling dan beach boy pun bawak team kitorang naik bot. Ambik kau, bot diorang tak boleh rapat ke tepi. Jeti terapung ada tapi mungkin dah rosak sebab saya nampak jeti tu dah tunggang terbalik tengah laut. Saya dukung anak yang kecik, wife bawak anak perempuan. Sampai kat tengah sikit, air paras pinggang, wife saya dah nampak terketar-ketar, jalan pun macam tak jalan je.
 
Baca trip terbaharu ke Pulau Redang tahun 2021 naik bot di jeti Merang menginap di Taaras dan di Redang Lagoon.
 
Datang sorang beach boy tanya ” Akak boleh tak?” Wife cakap macam tak boleh je. Dia offer nak dukungkan si kakak, tapi si kakak pulak taknak, lepas tu dia bagi cadangan, dia dukung adik, kakak dukung dengan saya. Nasib baik si adik nak dukung dengan beach boy tu. Dia dukung sampai atas bot.
open sea
Open sea, air macam plastik

Sampai kat kawasan open sea, kami snorkeling sekali dengan group resort Pulau Redang yanglain. Memang betul open sea lah tempat tu. Tapi saya tak sempat ambil gambar  dalam air menggunakan kamera telefon xperia z dibalut dengan waterproof bag DiCaPac sebab kalut si adik nak ikut turun sama.

Beli underwater casing di sini.

Kakaknya dah tak nak sentuh air. Dah trauma. Tempat tu memang cantik, siap ada terumbu karang, ikan jinak-jinak je. Si adik ni nak turun tapi tak nak terapung, bila dia rasa kaki tak jijak apa-apa dia menangis, nak kena pijak atas peha saya. Jadi tak beranilah nak pergi tengah-tengah dengan dia, duk bergayut kat tangga je. Lepas si adik dah puas hati main air, naik atas balik barulah saya boleh snorkeling kat tengah laut. Si isteri pun turun juga lah sekejap duk kat tangga.

open sea pulau redang
Nampak tak betapa dalamnya

Balik dari snorkeling, bot diorang parking rapat sikit, air pun dah makin surut, kami turun dari bot air paras dada, beachboy tolong pegang anak dulu sebelum saya turun lepas tu paskan kat saya si adik, kakak boleh turun pakai tangga, dukung dengan wife saya. Dalam air dia jadi ringan sebab pakai life jacket. Naik je terus pergi kantin, minum petang dan makan jemput-jemput.

Lepas tu saya balik solat Asar kemudian sambung snorkeling kat pantai depan resort Redang Lagoon. Kat pantai depan ni pun dah cantik, ada batu karang, terumbu karang, ikan belang-belang, ada baby shark lagi. Memang cantik.

snorkeling
Pakai mask snorkel
ikan
Ikan belang-belang

Video snorkeling pantai depan resort :

Video lagi :

Bersambung ke hari kedua

Baca trip terbaharu ke Pulau Redang tahun 2021 naik bot di jeti Merang menginap di Taaras dan di Redang Lagoon.

Semua gambar dan video dalam ni diambil menggunakan kamera telefon Sony Xperia Z dengan waterproof bag DiCaPac. Boleh juga kalau nak pakai underwater casing.

 


9 thoughts on “Pulau Redang, Hari Pertama

  • Pingback: Tukar tayar – Radio Senyap

  • July 16, 2016 at 10:14 am
    Permalink

    Bole whatsapps saya yer sesapa yg ada buat pakaj ke redang, mmg dlm planning nk ke sana hujung bln ogos nie..tq

    wan – 012 679 3969

    Reply
  • November 25, 2015 at 8:36 am
    Permalink

    Slm..sy seorg runner pekej bercuti bbrpe resort/chalet kt pulau redang..
    Sesiape yg berminat nk ke redang boleh call/wasap kt no ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy di..
    Blackyellowholiday

    Reply
  • November 25, 2015 at 8:35 am
    Permalink

    Slm..sy seorg runner pekej bercuti bbrpe resort/chalet kt pulau redang..
    Sesiape yg berminat nk ke redang boleh call/wasap kt no ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy di..
    Blackyellowholiday

    Reply
  • October 6, 2015 at 3:34 pm
    Permalink

    Seronoknya dapat pegi Pulau Redang.
    Tingin nak pegi tempat-tempat mcm ni.
    Dapat pakej murah lagi la ok, kan.

    Reply

Leave a Reply