Gempar : Jambatan kaca di China retak, pengunjung bertempiaran lari

Satu bahagian dari jambatan kaca di Yuntai Mountain Geological Park, di wilayah Henan, China dilaporkan retak kira-kira jam 5 petang hari Isnin waktu tempatan. Pelancong-pelancong apa lagi, semuanya bertempiaran lari. Takut beb. Naik jambatan kaca dah seram sejuk, ketar lutut. Tambah lagi retak, memang lari lintang-pukang la selamatkan diri.

retak
Retak. Sumber: mashable/LIDONGHAISHUOHEZAINIHAOWODEHAI/WEIBO

Lee Dong Hai, pelancong yang sedang berjalan di atas jambatan kaca tersebut, dalam post beliau dalam Weibo “Saya dah dekat dengan hujung jambatan tiba-tiba terdengar bunyi krakkk-krakkk, bila saya tengok bawah saya nampak ada crack kat kaki saya”

Jambatan kaca tersebut berada di ketinggian 1080 meter atau 3540 kaki di atas udara. Lebih 1 kilometer tinggi. Kalau jatuh memang berkecailah.


“Orang ramai mula menjerit” tulis Hai lagi “Saya menjerit, ‘Crack, betul ada crack!’ kemudian saya terpaksa menolak-nolak orang di hadapan saya supaya kami boleh menyelamatkan diri” Nasib baik takde orang jatuh kena tolak. Diorang ni kalau dah panik dah tak kira apa kat depan, langgar je.

Jurucakap Yuntai Mountain Tourism dilaporkan sebagai berkata, keretakan tersebut berlaku disebabkan terdapat seorang pelancong telah menjatuhkan sebiji gelas stainless steel di atas jambatan tersebut. Hanya 1 daripada 3 lapisan jambatan kaca tersebut retak. Jadi keselamatan pelancong masih terjamin. Kata-kata tersebut boleh mengembalikan ‘keyakinan‘ pelancong. Boleh percaya ke tidak? Apa orang tu buat bawak gelas atas jambatan kaca, mungkin dia sangkut kat beg, tiba-tiba tali putus.

Ada plan nak ke China? Pilih hotel di Guangzhou di sini

Bagaimanapun, jambatan kaca berbentuk U tersebut ditutup kepada semua pengunjung sehingga diberitahu.

Kita semua dah sedia maklum dengan kualiti barangan Made In China. Kalau dapat dari kilang jujur, dapatlah yang kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dapat dari kilang tak jujur, dapatlah harga murah dengan kualiti tinggi pada pandangan mata sahaja. Hakikatnya hampeh. Saya sendiri, kalau bayar 1 juta pun rasanya saya takkan memperjudikan nyawa jalan atas jambatan kaca tinggi macam ni, Apa lagi jambatan kaca MADE IN CHINA.



6 thoughts on “Gempar : Jambatan kaca di China retak, pengunjung bertempiaran lari

Leave a Reply