Rupanya ini yang berlaku dalam meeting

meeting bosan
Siapa suka meeting kat sini? Soalan ni nampak pelik bagi orang yang tak biasa pergi meeting tapi seriously saya nak bagitau, memang ada orang yang hobi dia meeting. Hari-hari kerja dia meeting je. Lepas tu assign orang buat tu buat ni, esok meeting untuk ambil report. Lusa meeting follow up. Tulat meeting lesson learnt. Meeting tu pulak bukannya sekejap, berjam-jam.  Bagi orang yang memang takde kerja lain selain di office je, memang sukalah bila ada meeting tapi bagi orang yang perlu monitor site, monitor fabrication macam saya dan kawan-kawan yang kerja di bahagian teknikal, meeting ni memang satu perkara yang membosankan. Yelah, meeting sejam bermakna hilang production time sejam.
Ada orang tanya saya, apa saya buat masa meeting. Saya pun hairan dengan orang-orang yang meeting berjam-jam. Biasanya kalau saya meeting time line-nya lebih kurang macam kat bawah nilah.

Seminit pertama

Perkenalkan diri, penuh semangat. Tumpuan 100%. Dalam kepala ada macam-macam idea, macam-macam isu nak dibawa dalam meeting
meeting bosan 2

15 minit 

Semua idea, isu dalam kepala dah dilepaskan keluar. Ada yang menyokong ada yang membangkang. Ada juga yang bos sekadar geleng kepala. Tumpuan 90%. Buku catatan masih lagi dipenuhi dengan tulisan.

30 minit 

Dah tak tahu nak cakap apa, dah malas nak bertekak, nak berbahas. Bos asyik cakap takpe, lepas ni kita bincang, takpe perkara ni tak penting. Tekak dah mula rasa kering. Okay, hmm. Mula melukis gambar-gambar abstrak dalam buku catatan. Mula bercakap dalam hati. Tumpuan 50%.

45 minit

Dah bosan dengar sorang-sorang berleter, ada yang dah macam mak nenek berleter. Mula main telefon, main whatsapp, main facebook. Kalau ada kuih-muih mula berfikir kat mana nak cari kuih ni, kenapa air ni manis sangat. Tumpuan 20%.

Sejam

meeting bosan
Dah mula fikir, kenapalah dia ni tak berhenti-henti lagi berleter. Tak lenguh ke mulut asyik bercakap je. Bilalah nak habis ni. Mula buat posting dalam facebook, selfie, ambik gambar. Mula fikir petang ni nak makan apa, nak beli kat kedai mana. Tumpuan 5%. Blurr. Waktu ni kalau orang tanya soalan, hanya dapat tangkap 4 perkataan terakhir sebelum sebut nama saya. Contohnya tadi meeting pasal tangki, Orang tanya “Kalau tangki tu letak bawah, sedut pakai pam boleh tak Mi?” Yang dapat tangkap “pakai pam boleh tak, Mi”. Macam biasa, skill cover dengan soalan agak-agak. “Tangki yang temporary ke?” sementara cari balik dalam subconscious mind apa yang diorang bincang tadi. Nasib baik kena. Ada jugak sekali-sekala jawapan yang diberi tu tak kena langsung dengan soalan. Masa tu biasanya cover dengan muka serius tahan gelak. 

Lebih dari sejam

Jiwa dah mula terbang ke rumah, ke site. Tumpuan 1%. Dalam buku catatan dah penuh dnegan lukisan abstrak. Telefon pun dah tak lepas dari tangan. Dalam hati cuma fikir bila nak habis ni, bila nak habis ni. Orang cakap pun dah mula dengar macam bunyi lalat je. Tak boleh hadam lagi. Dah mula tepu.

Bila meeting dah nak habis, part round table kalau ada yang cakap panjang-panjang lagi memang rasa macam mneyampah tahap ding-dong la. Terutamanya golongan bos-bos ni. Suka sangat bercakap. Meeting dah nak habis pun nak cakap lagi. Kita ni dahlah banyak lagi kerja nak buat. Diorang takpelah, lepas meeting boleh lepak je atas kerusi pusing-pusing. Err. ada bos ke kat sini? Sori ye.


Apa jadi pada catatan dalam buku catatan tu? Kalau piece of paper, biasanya lipat-lipat, masuk dalam poket seluar, lepas tu lupa nak keluarkan, terkorban dalam mesin basuh. Kalau dalam buku, sehari sebelum meeting seterusnya baru baca balik. Itupun kalau dapat e-mail jemputan ke meeting. Kalau tak, 5 minit sebelum meeting seterusnya baru baca balik. Saya cuma ingat apa yang ditugaskan pada saya je. Yang part orang lain memang saya tak masuk dalam kepala. Sebab tu saya dah tak baca lagi catatan dalam meeting tu. Tulis pun bukan untuk baca balik tapi untuk kuatkan ingatan je.

Encik bos dan puan bos kalau baca tulisan jangan marah ye. Lepas kalau nak meeting janganlah lama-lama sangat. Kalau nak buat lama, jangan cakap sorang-sorang je. Bagilah orang lain cakap sama. Barulah semua dapat tumpukan perhatian dari awal sampai habis meeting.

Kalau dah penat, tension kerja banyak, siapkan projek apa kata pergi bercuti di tempat-tempat sejuk sikit contohnya di Colmar Tropicale Berjaya Hill  atau Copthorne Hotel Cameron Highlands atau Strawberry Park Resort Cameron Highlands. Kalau rasa nak lari jauh dari kebingitan kota, boleh cuba bercuti di Belum Rainforest Resort Pulau Banding atau Lake Kenyir Resort, Terengganu

Leave a Reply

%d bloggers like this: