SHAMS takkan luput di ingatan.

smka sheikh abdul malek

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, lampu dorm sudahpun dipadamkan. Doa tidur dibacakan oleh pengawas bertugas. Tiba-tiba teringat, kerja sekolah tak siap lagi. Macam mana ni? Saya terus bangun dari tidur dan bergegas ke bilik study di tingkat bawah sekali. Sampai jam 2.00 pagi barulah siap kerja sekolah tu. Esoknya saya terbangun lepas bermimpi basuh kereta, air terpercik ke muka. Rupanya warden dah sembur air ke muka nak kejutkan saya. Mulalah tergopoh-gapah ke masjid, balik dari solat Subuh barulah mandi, siap-siap ke sekolah.

Sampai di sekolah, ketua pengawas buat pengumuman, hari ini hari Ahad, perhimpunan mingguan akan diadakan seperti biasa. Alamak, saya terlupa bawak tali leher. Macam mana ni. Redah jela. Habis perhimpunan, kena tahan, cikgu datang bawak rotan. Papp Papp.

Tiba-tiba terdengar bunyi muzik, makin lama makin kuat. Rupanya bunyi alarm. Rupanya itu semua adalah mimpi. Saya pun tak faham kenapa saya selalu bermimpi seolah-olah saya masih lagi di sekolah menengah. Selepas 15 tahun meninggalkan SMKA Sheikh Abdul Malek atau singkatannya SHAMS, saya masih lagi bermimpi.

Bercuti ke Langkawi? Cari hotel di sini



Mungkin sebab saya tinggal di asrama 5 tahun dari tingkatan satu sampai habis SPM, jadi memori tu memang susah nak tanggal. Yelah, setiap hari rutin kami sama je. Bangun pagi, solat subuh, baca Quran, siap-siap ke sekolah, roll call pagi, jalan kaki ke sekolah, balik sekolah makan tengah hari kat dewan makan, mandi siap-siap , pergi study, balik solat Asar, riadah petang, makan malam, mandi siap-siap, solat Maghrib, kuliah, solat Isyak, baca asma ul husna, study, supper, tidur. Esok ulang lagi rutin sama sampailah habis SPM.

Saya pun tak tahu sampai bila saya akan terus bermimpi akan kehidupan di asrama dan sekolah menengah. Kadang-kadang saya mimpi, saya dalam kelas semua orang berdiri sebab tak boleh jawab soalan. Kadang-kadang saya mimpi saya round asrama, cari orang ponteng kelas. Tapi yang peliknya, apa yang saya mimpikan tu bukannya flashback. Tak pernah berlaku pun masa sekolah dulu.

Kadang-kadang saya terfikir nak buat satu program kembali ke sekolah, semua orang tidur di asrama, buat balik rutin harian di asrama, di sekolah. Mungkin lepas tu barulah saya tak termimpikan lagi pasal asrama dan sekolah menengah. Sebab terlalu bayak kenangan pahit dan manis waktu saya sekolah menengah ni. Saya kenal wife saya pun masa kat sekolah menengah. Tapi masa sekolah tak ngorat la. Habis sekolah baru ngorat.

Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada cikgucikgu yang pernah mengajar saya di SMKA Sheikh Abdul Malek dari tahun 1996-2000, warden-warden, cikgu-cikgu penghuni kuarters guru dan penyelia-penyelia asrama. Saya tak senaraikan nama-nama cikgu kat ini sebab takut tertinggal nanti ada yang kecik hati. Sesugguhnya kehidupan di sekolah menengah dan di asrama betul-betul membentuk saya hari ini. Walaupun saya pernah terlalai seketika, tapi asas yang ditanamkan di SMKA Sheikh Abdul Malek membuatkan saya kembali ke landasan yang betul sebelum terlalai lebih jauh. Alhamdulillah.

Leave a Reply