Tukar tayar

tayar
Ferrariku
Tayar depan dah sampai masa nak kene tukar.  Tak sempat nak snap gambar tayar lama. Selepas beberapa hari berulang-alik dari Paka – K.T dengan tawakkal dan doa,  hari Rabu lepas terpaksa ke kedai tayar sebab dah mula rasa tak sedap hati dengan keadaan tayar kereta Ferrari saya.

Tambah pula semalam kawan saya pergi Klang dari Terengganu atas urusan kerja hantar mesej tayar Hilux diorang tiba-tiba bengkak nasib baik tak pecah. Semakin bertambah rasa seram sejuk ketika memandu. 
Kali ni tukar tayar di kedai Izzah Performance, Paka. Kalau siapa-siapa yang tinggal di Paka mesti kenal kedai tayar ni. Kedai besar milik bumiputera (baca Muslim) dan kelebihannya kedai ni boleh buat 3D alignment.
izzah performance
Surau pun ada
Maslahnya saya sampai kedai ni jam 1 petang, dah ada 4 buah kereta semua tukar tayar. Turn untuk buat alignment dalam 4 jam lagi. Jadi tukar tayar dulu, masuk opis balik, datang balik jam 5 petang untuk buat alignment.
Mula-mula diorang offer tayar rovelo, lepas tu thunderer, tayar Thailand. Aii brand tak pernah dengar. Lepas tu saya mintak tayar Goodyear. Harga memang jauh berbeza banyak dengan dua brand tu. Tapi sebab saya dah memang pernah pakai Goodyear, takpelah.
Yang bestnya kedai ni, siap ada waiting lounge ada sofa, ada tv besar, siap ada Astro Beyond lagi. Satu lagi kedai ni takde nak psiko-psiko kene tukar tu tukar ni. Kalau kedai belah sana biasanya kalau harga tukar tayar 400 nak kena standby 600 la bahagian tukar tu tukar ni.
izzah performance
Waiting Lounge
izzah performance
Astro Beyond
Salah satu sebab saya datang sini sebab kedai ni terima credit card. Takde caj pulak tu. Bolehlah pakai bajet gaji bulan depan. Bulan ni dah banyak belanja, pergi pulau, sambung roadtax, insurans kereta. Alhamdulillah rezeki tetap ada, tayar ni boleh tahan sampai abis cycle bulan ni akaun hutang. Jadi kalau swipe hari ni masuk akaun bulan depan, bayar gaji bulan depan. Nak pakai credit card pada saya tak salah kalau pandai manage kewangan. Yang penting swipe ikut kemampuan jangan swipe ikut nafsu. Amalkan bayar full statement amount setiap bulan jadi takde caj interest bayar lewat. Setakat ni Alhamdulillah saya tak pernah sangkut lagi.
Dengar ceritanya, kedai ni salah satu daripada kedai-kedai rangkaian pok eik yang terkenal di daerah Dungun. Nur izzah ni dengarnya anak dia. Tak tahulah kesahihan cerita ni tapi orang-orang asal Paka, Dungun memang mengesahkan cerita ni. Cuma saya ni memang jenis pendiam dan pemalu, jadi saya tak tanyalah owner kedai ni. 
Sambil tunggu ni, saya layan je tv yang disediakan kat sini. Kebetulan diorang pasang AF. Layan jelah. Tiba-tiba owner kedai datang tanya kerja kat mana,saya cakapla saya kerja kat pfce. Dia siap offer nak hantar saya pergi opis, jemput balik bila dah siap. Sebab tayar Goodyear tadi dia check dalam rekod ada lagi. Lepas check dalam stor rupanya stok tu kat Dungun. Baru nak datang hantar. Fikir-fikir, saya tukar baliklah ambil tayar thunderer jelah. Saya ni bukan jenis  duduk opis je. Bila-bila masa boleh diarahkan ke site, meeting. Google pun nampak macam ok je tayar tu. Owner tu pun cakap dia pergi Arab Saudi banyak je orang pakai tayar tu. Yelah sana lagi ekstrem cuacanya.
Jam 5 sampai sini balik. Dah siap-siap nak balik tadi boleh pulak bos ajak buat discussion. Nasib baik sekejap je. Mula-mula diorang test dulu kereta tengok tahap mana larinya tayar sebelum buat alignment.  Bawak bawah 100 ok lagi tadi, cecah 100 je terus rasa huyung hayang.
Bab tukar tayar sepasang ni ramai orang cakap tayar baru letak depan. Tapi saya ni jenis yang suka lawan arus kalau saya yakin saya tak salah. Saya beli tayar baru letak belakang, tayar belakang pindah ke depan. Sebabnya kalau saya letak tayar baru kat depannext tukar tayar belakang tu dah haus, tayar depan pun haus sama. Dah kena tukar 4 tayar. Kalau tukar tayar baru letak depan, tayar belakang yang agak baru, bunga banyak lagi letak depan, next tukar tayar belakang masih ok lagi, tayar depan je yang kena tukar. Betul tak? Tak tahulah, tapi saya punya fikiran macam tulah. Rasanya tak salah pun. Kedai tayar ni pun check dulu tayar belakang tu boleh tahan lagi ke tak.
Tepuk poket tanya duit. Kalau sanggup keluarkan duit untuk tukar 4 tayar sekaligus ikutlah arus. Kalau nak tukar sepasang-sepasang je, lawanlah arus. Tapi make sure jangan tayar expired pulak letak depan tu.
3D alignment izzah
Proses 3D alignment
3D alignment ni memang bagus, diorang buat sekali alignment je, test lepas tu terus siap. Biasanya kalau kedai yang tak buat 3D alignment, alignment, test, alignment balik, test baru siap. Cepatlah sikit dari kedai biasa. Total 1 jam 45 minit je proses tukar tayar kat kedai ni. Biasanya 3-4 jam kalau kedai lain. 
Sesiapa yang tinggal area Paka, Dungun kalau nak tukar tayar atau buat alignment, datanglah kedai ni ye. 
P/S : Ini bukan post berbayar



3 thoughts on “Tukar tayar

  • November 5, 2015 at 4:50 pm
    Permalink

    Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: