10K page view

Alhamdulillah.. selepas 2 bulan setengah blog radio senyap bertapak di alam maya. Hari ini, 2 November 2015 radio senyap sudah mencapai satu lagi ‘milestone‘ iaitu 10,000 page view dengan purata 133 PV sehari. Bagi blogger-blogger otai 10k pageview ni mainan harian diorang je. Bagi saya seorang blogger picisan, pencapaian ini amatlah memberangsangkan. Terima kasih kepada semua pembaca blog radio senyap.

Insya Allah saya akan terus menulis di blog ni dalam menyampaikan berita terkini, berita sensasi dan buah fikiran saya. Saya bukanlah seorang professor atau pensyarah tapi dari sekolah menengah, saya memang suka menulis. Masa sekolah dulu, saya selalu kena potong markah sebab terlebih perkataan dalam subjek penulisan. Bila dah start menulis, idea tu datang bertalu-talu. Kadang-kadang saya menulis dengan penuh perasaan, jadi orang yang membacanya pun akan baca dengan penuh perasaan.

Terima kasih juga pada tuan hasrul kerana menyenaraikan blog radio senyap dalam bloglist beliau di hasrulhassan.com . Peningkatan yang amat ketara dapat dilihat dalam kedudukan di enjin carian Google dapat dilihat selepas tersenarai dalam bloglist beliau. Trafik yang datang dari search result Google juga dilihat meningkat selepas tersenarai dalam bloglist beliau Terima kasih tuan.

Sumber

Sumber saya untuk berita datang dari laman web berita dan politik antarabangsa dan saya biasanya buat research waktu malam atau awal pagi jadi jika ada berita atau cerita terbaru, radio senyap akan cover dulu berita-berita tersebut sebelum akhbar utama cover dan saya akan credit pada sumber berita. Contohnya post pasal Christiano Ronaldo dan budak Syria, post pasal jambatan kaca di China retak dan Korea Utara show off senjata jarak jauh diorang. Berita-berita ni keluar di blog radio senyap 12 jam sebelum akhbar-akhbar utama cover



Copy Paste

Post radio senyap mengenai 5 cerita di LPT 2 yang ditulis awal September pernah di copy paste oleh seseorang yang kemudiannya jadikan sebagai mesej whatsapp tanpa credit ke radio senyap. Ramai juga blogger-blogger lain yang copy paste balik mesej tu dan jadikan entry dalam blog diorang. Saya tak kesah pun kalau mana-mana blogger nak ambil isi dalam entry radio senyap asalkan credit ke link asal post tersebut dalam blog radio senyap. Saya sedar pasal ni lepas kakak saya mesej dalam group whatsapp keluarga kami. Kakak saya dapat mesej tu dari group kerja abang ipar saya. Lepas tu barulah dapat detect beberapa blog dan page facebook yang copy paste entry tu. Saya emailkan secara personal pada pemilik-pemilik dan admin blog serta facebook yang berkenaan mintak diorang creditkan ke link asal entry tu. Kalau ada yang perasan, saya ada share balik post dalam page radiosenyap pasal link ke entry tu dalam group-group blogger dan mintak tolong mana-mana blogger yang ada copy paste entry tu supaya credit ke link asal entry tersebut. Cerita tu start naik lepas ada kemalangan maut setiap hari di LPT 2. Cerita-cerita dalam tu adalah daripada kawan-kawan saya yang mengalami sendiri beberapa kejadian aneh di LPT 2.

Target seterusnya

Milestone seterusnya, 25k view. saya akan update bila dah dapat capai milestone ni. Insya Allah.

Dapatkan voucher ekslusif Zalora untuk November 2015. Klik sini

4 thoughts on “10K page view

Leave a Reply