Ddos attack? Dari Israel?

Audience spike

Hari ni dalam jam 10 pagi saya terperanjat apabila mendapati pageview blog radio senyap tiba-tiba naik ke seribu lebih pv untuk hari ni. Tapi kat post view summary macam tak munasabah pulak sebab takde pun post yang sampai 1k pageview. Bila saya bukak kat detail stat ruangan audience, nampaklah traffic dari Israel lebih 1k. Tapi bila bukak kat post stat, takde pun post yang ada pv lebih dari 1k.

Traffic spike
Mungkinkah saya telah diserang dengan ddos attack? Atau godaddy, tempat saya sewa domain yang diserang dan mungkin juga platform Blogger yang menjadi sasaran. Apa motif diorang sebenarnya. Nasib baiklah godaddy dan Blogger punya server yang kukuh. Attack ni macam takde kesan pun. Tapi yang saya bimbang, spike begini nampak macam saya yang buat untuk mengelat dalam kempen cpuv. Padahal saya tak buat apa-apa pun.
Atau mungkin ada di antara platform iklan yang saya join sengaja tujukan attack ni kat blog radio senyap sebab nak cipta alasan tak nak bagi saya cash out? Bukannya banyak pun income dari iklan kat sini. Tak layak nak cash out pun lagi. 
Ada tak di antara blogger-blogger lain yang kena sama macam saya kena hari ni?
Update 4/11/2015: rupenye bukan ddos attack tapi referrer spam. Puncanya saya ada klik referrer link yang pelik dari Israel kat Google webmaster tool. Entah macam mane diorang buat dan apa motif. Saya pun tak tahu. Dalam Google analytics pun tak capture spam ni. Jadi tak tahu dari mana datangnya spam ni dan berapa lama mereka touch n go kat sini. Nasihat saya, jangan klik referrer link atau link to your site yang nampak pelik dalam Google webmaster tool atau analytics korang. 
Misteri ni terbongkar lepas saya baca dalam forum ni..

4 thoughts on “Ddos attack? Dari Israel?

Leave a Reply

%d bloggers like this: