Road to Australia Episod 1 : Medical checkup Visa Australia

Jumaat lepas saya, wife dan anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan (medical checkup) untuk Visa Australia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak imigresen Australia.

Panel yang diberi kebenaran untuk menjalankan medical checkup visa Australia di Malaysia hanya terdapat di Kuala Lumpur , Penang, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja. Kami pilih yang terdekat iaitu di Kuala Lumpur (Life Care Diagnostic Medical Centre) di Bangsar South.

Perjalanan yang memenatkan

Kebetulan pulak hari Rabu petang sehari sebelum kami cadang nak bertolak berlaku kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Karak-Lentang-Kuala Lumpur area Lentang.

Jadi kami terpaksa menggunakan laluan alternatif. Laluan yang dicadangkan pihak JKR dan konsesi lebuhraya ialah LPT2-LPT1-Exit Tol Karak-Pelangai-Juasseh-Pilah-Seremban-KESAS-KL tapi bila tengok dalam google maps, lagi dekat kalau lalu ikut Muadzam.



Lagipun kami bertolak petang Khamis jadi kami akan sampai area tu tengah malam. Jadi kami guna laluan LPT2-LPT1-exit Gambang-Muadzam Shah-Pilah-Seremban-KESAS-KL.

Perjalanan kami lancar, takde jam tengah jalan cuma jalan dari simpang yang masuk ke jalan Bahau,Kuala Pilah ke simpang Pelangai agak kecik, jadi kalau bertembung dengan lori memang kena slowkan kereta.

Kami bertolak jam 5 petang, sampai di Kuala Lumpur jam 2 pagi. Malam tu kami tidur di rumah abang ipar saya di Taman Permata. Kebetulan pulak ada kematian di kawasan rumah abang ni, jadi kereta kena parking jauh dari rumah.

Proses Pendaftaran Medical Checkup Visa Australia

Esoknya jam 9 pagi kami bertolak ke Life Care di Bangsar South, sampai lebih kurang jam 9.30 pagi. Daftar, ambik borang kat receptionist lepas tu naik atas ambil nombor.

Receptionist kat sini bukan sebarang receptionist, diorang akan check betul-betul satu-satu borang yang dihantar, dah puas hati semua dah betul barulah diorang lepaskan untuk naik atas.

Dapat voucher Subway dan kedai sushi kat bangunan Life Care tu. Naik atas, ambil nombor lepas tu hantar borang tunggu diorang proses. Kaunter panggil sorang-sorang untuk verify muka kami dengan passport yang diberi.

Kat sini IC tak laku, semua urusan untuk medical check up Visa Australia menggunakan passport sahaja. Sementara tunggu tu, kaunter pesan kat anak yang sulung umur 6 tahun suruh minum air banyak-banyak sebab nak buat urine. Yang kecik umur 2 tahun tak perlu urine.

Medical Checkup Visa Australia

Dalam 5 minit lepas tu, diorang bagi botol urine siap dengan nama kitorang masing-masing. Lepas kencing, tinggalkan botol tu kat kaunter tepi lab lepas tu pergi ke kaunter kat dalam untuk buat bayaran dan ambil blood sample.

Blood sample ni wife saya je yang terlibat sebab course dia ni melibatkan praktikal di hospital. Lepas buat payment wife saya ambil blood sample kemudian kami ke bahagian dalam ikut nurse yang dah di assign untuk kami.

Kat sini nurse takde pakai baju putih, semua pakai blazer. Sampai kat bahagian dalam tu, kami tunggu bilik kosong lepas tu masuk untuk check berat badan, tinggi dan tekanan darah.

Kena Ulang Ujian Tekanan Darah dan Urine

Malangnya tekanan darah saya masa tu lebih daripada paras normal. Mungkin disebabkan oleh kurang tidur. Lepas tu dapat result urine wife saya, kena repeat balik sebab ada darah dalam air kencing.

Mungkin sebab baru je lepas period. Nurse tu pun ajar wife saya minum air banyak-banyak, flush dulu 3 kali, kali yang keempat barulah ambil sample. Tambah lagi 15 ringgit. Tadi taknak ajar. Hampeh tul.

Pemeriksaan Penglihatan Medical Checkup Visa Australia

Seterusnya kami ke bilik pemeriksaan penglihatan. Kami tutup mata sebelah lepas tu baca huruf-huruf dan nombor-bombor kat depan tu. Saya, wife dan si kakak. Si adik pun nak jugak.

Nasib baik nurse tu sporting, layanlah jugak si adik , tutup mata, tengok nombor, huruf kat depan. Yelah kan, dah bayar seribu lebih untuk medical checkup Visa Australia ni.

Lepas settle kat bahagian tu, saya dan wife dipanggil untuk buat chest x-ray bergilir-gilir. Anak-anak tak perlu buat X-ray.

Selesai X-ray masuk jumpa doktor, doktor tu periksa perut, abdomen, leher dan pernafasan.

Tekanan Darah Masih Tak Normal

Lepas tu check tekanan darah secara manual, masih lagi tinggi. Doktor tu cakap kalau tak cukup tidur memang biasanya akan naik. Dia suruh rehat dulu, lepas tu check balik , kalau tak turun lagi, rehat lagi, check lagi.

Mereka akan buat sampai dapat bacaan normal. Kalau tak turun-turun, mereka akan bagi pilihan untuk balik tidur dulu secukupnya lepas tu datang balik esok untuk ambil tekanan darah.

Yang terakhir, balik jumpa doktor lain, makan ubat dulu lepas tu ambil tekanan darah lepas makan ubat. Diorang memang akan submit result medical checkup yang normal sahaja pada pihak imigresen Australia.

Keluar dari bilik doktor, saya tenangkan diri, pejam mata, kemudian teringat ustaz cakap ayat Al-Quran boleh menjadi penenang. Sambil-sambil rehat tu saya baca beberapa ayat Quran yang saya ingat.

Lulus Ujian Tekanan Darah

Lepas tu datang nurse bawak alat check tekanan darah, check tekanan darah. Masih lagi atas paras normal tapi dah turun. Memandangkan waktu pun dah 12 lebih, saya mintak wife bawak anak-anak pergi makan dulu, saya tak berani nak makan sebab takut tekanan darah lagi naik.

Lepas tu saya duduk atas sofa, sambil pejam mata, sambil mengaji lepas tu tertidur. Dalam 20 minit lepas tu, nurse datang kejutkan untuk check tekanan darah sekali lagi.

Masa tu rasa segar dan ringan je tubuh, hilang semua tegang-tegang kat bahu. Masuk dalam bilik tu, pejam mata sambil baca lagi ayat Quran, nurse check tekanan darah. Keputusannya, normal, Alhamdulillah.

Wife saya pun dah flush 3 kali, pergi buat bayaran kat kaunter depan, ambil sample sekali lagi. Dalam 5 minit lepas tu dapat result, semua dah normal. Alhamdulillah.

Dari jam 9.30 sampai hampir 2.30 petang baru siap. Lepas tu kami check in di The Zone, dekat dengan KLCC. Berehat dan tenangkan fikiran kat sini.

Selesailah satu lagi step sebelum ke Australia. Tinggal tunggu visa approved kemudian tunggu kerajaan bagi tiket, duit poket.

Lepas tu berhijrahlah kami sekeluarga ke Australia selama 2 tahun. Semoga Allah permudahkan segalanya.

klcc
Lepas semuanya selesai kami check in The Zone. Dekat KLCC

Road to Australia Episod 2 : VISA sudah diluluskan
Road to Australia Episod 3 : Beli insurans OSHC Australia

4 thoughts on “Road to Australia Episod 1 : Medical checkup Visa Australia

Leave a Reply