Cerita 3 minggu sebagai Freelance

Minggu ni minggu ketiga saya bercuti untuk menghabiskan baki cuti tahunan kerana meletak jawatan di PFCE. Mula-mula rasa janggal jugaklah , biasanya bangun pagi Ahad, terus drive ke Paka, Selasa balik, Rabu pergi Paka balik, Khamis balik. Itulah rutin saya selama 7 tahun sebelum ni.

Sekarang ni bangun pagi, sarapan , tolong isteri siapkan anak sulung pergi sekolah, hidupkan enjin kereta isteri, sarapan, lepas tu anak sulung pergi sekolah sekali dengan maknya. Saya pula naik atas, masuk bilik layan anak lelaki ni pulak tengok YouTube pakai Chromecast sampai jam 10 pagi lepas tu turun tidurkan dia. Waktu dia tidur bolehlah bukak laptop cari job.

Sekarang ni, saya buat kerja Online sebagai Freelance. 3 platform yang saya gunakan untuk cari kerja iaitu Freelancer , Upwork dan PeoplePerHour. Setakat ni, dah ada 2 job kecik-kecik saya dapat di Freelancer dan banyak interview dapat melalui Upwork. Satu je saya lepas, job long term sebagai Apps Tester dengan satu agensi ni. Minta maaf saya dah sign agreement untuk rahsiakan nama company diorang jadi tak bolehlah nak beritahu. Setakat ni, job dengan agensi ni tak pernah putus lagi. Kalau ada job diorang akan hantar borang, kalau kita nak apply isi borang tu. Kalau terpilih diorang akan hantar email detail tentang test dan link untuk download apps tu. Nak jadi tester bawah diorang kena buat test dulu. Lulus test tu diorang akan masukkan kita dalam team yang diorang tentukan. Biasanya saya dapat maksima 2 job dalam satu-satu masa. Payment dari diorang akan dapat dalam masa 14 hari dari tarikh tutup testing. Setakat ni dah ada 2 payment masuk tapi jumlah kecik je, malu pulak nak post sini. Actually saya silap report sebab tu jadi kecik. Setiap report akan di review oleh 2 orang moderator utnuk menentukan kesahihan report tersebut. Kalau tersilap ke arah lagi murah diorang biarkan je. Kalu ke arah lagi mahal pandai pulak diorang tukar. Kadang-kadang ada yang jenis strict, setakat error sikit-sikit diorang cancel je. Saya pernah dicancelkan 10 report sekaligus.  Untuk next payment kalau tidak memalukan, saya post kat sini.

Ada satu lagi agensi yang saya lulus ujian dan diterima sebagai tester. Yang ni tak classified, testbird nama agensi ni. Buat ujian pun diorang dah bagi duit. Tapi dah 2 minggu lepas lulus test, masih takde job lagi. Nak withdraw minimum USD10.00.



Itulah aktiviti dan sumber pendapatan saya sekarang. Kalau ada nak pakai khidmat translate artikel atau website atau apa-apa dari English-Malay atau Malay- English bolehlah bincang dengan saya ye. Rate saya murah je. USD0.03 per word.Kalau lebih 10000 words boleh bincang rate lain. Kalau nak mintak saya buatkan drawing autoCAD simple-simple pun boleh jugak. Nak saya test apps windows, android atau website pun boleh bincang. Tinggalkan e-mail kat komen. Nanti saya follow-up.

One thought on “Cerita 3 minggu sebagai Freelance

Leave a Reply