Kadet JPAM UTM

JPA3 UTM
Lepas upacara penutup kursus asas

Waktu belajar di UTM tahun 2002-2006, saya merupakan anggota kadet Jabatan Pertahanan Awam (JPAM, waktu tu dipanggil JPA3) di bawah seliaan Jabatan Pertahanan Awam Johor Bharu. Saya mula berminat untuk menyertai kadet JPAM ni selepas mengikuti kursus pemegang biasiswa Yayasan Telekom Malaysia yang mana pegawai YTM yang bertanggungjawab dalam kursus tersebut juga merupakan pegawai berpangkat Leftenan dalam JPAM. Kami didedahkan dengan aktiviti ala-la survivor seperti flying fox, merentasi sungai dengan seurat tali, panjat halangan menggunakan tali dan macam-macam lagi.

Balik dari kursus tersebut, saya mula mencari maklumat tentang JPAM dan kebetulan pula seorang kawan satu matrikulasi di Kolej Teras Timur yang juga merupakan pelajar UTM adalah anggota kadet JPAM. Beliau memberi maklumat kepada saya supaya pergi sendiri ke bangunan N25 iaitu pusat gerakan kadet JPAM UTM Skudai dan berjumpa dengan pegawai sementara yang ditugaskan di situ. Selesai isi borang dan buat bayaran yuran, rasmilah saya sebagai anggota kadet JPAM UTM Skudai.

Aktiviti pertama saya sebagai anggota kadet JPAM ialah menghadiri majlis sambutan hari raya kalau tak silap saya. Di situ saya mula mengenali anggota-anggota yang lain dan mereka memang mengalu-alukan saya sebagai anggota baru. Kemudian saya dikenalkan pada penyelaras kami iaitu Kapten Karim. Beliau adalah penasihat undang-undang UTM dan ditugaskan untuk mnyelaras aktiviti kami di sini oleh pihak pentadbir UTM dan JPAM Johor Bharu.

Tak lama selepas itu, kami dikehendaki menyertai kursus asas yang julung-julung kali diadakan di UTM. Sebelum ini, kursus asas untuk kadet dijalankan di JPAM Johor Bharu kerana kekurangan anggota dan peralatan. Saya boleh dikatakan bertuah sebab tak lama selepas saya join, terus dapat menyertai kursus asas. Ada anggota yang terpaksa menunggu hampir setahun sebelum dapat menyertai kursus asas.

Dalam kursus asas ini, kami diajar asas-asas ilmu menyelamat sepertimana anggota JPAM yang lain. Yang masih saya ingati terdapat modul melawan kebakaran, ikatan dan simpulan, first responder, ular, menyelamat di hutan dan public speaking. Kami diajar secara teori dan praktikal. Di akhir kursus kami akan diuji dalam setiap modul. Hanya yang melepasi markah lulus sahaja diberi sijil penyertaan, kad anggota dan nombor badan. Selepas mendapat nombor badan, kami secara rasmi mengikut undang-undang Malaysia di bawah akta pertahanan adalah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan boleh dikerah bila-bila masa sahaja sekiranya terdapat bencana dan kecemasan.

Yang paling bestnya lepas dapat nombor badan ni, kami boleh ikut bertugas stand by di JPAM Johor Bharu dan mendapat pengalaman sebenar bertugas sebagai anggota JPAM. Saya sempat bertugas 3 kali, tapi waktu bertugas tidak ada kes kecemasan dilaporkan. Orang buat panggilan palsu je ada. Selain itu, kami juga bertugas di pusat gerakan JPAM UTM secara bergilir-gilir. Sebenarnya kami dibayar semasa bertugas ni. RM4.50 sejam, waktu tu nilai tu dah cukup besar bagi kami. Sebenarnya semua kadet under Jabatan Kerajaan dibayar kalau kita dah disahkan sebagai anggota. ROTU, wataniah, SUKSIS semuanya ada elaun. Jadi pada mahasiswa-mahasiswa yang mengeluh tak cukup makan, bolehlah apply untuk jadi anggota kadet-kadet ni ye. Usahalah sikit, jangan harap duit datang melayang je.

Sebagai anggota JPAM, kami diwajibkan mengikut latihan seperti jadual yang ditetapkan, isnin dan rabu malam di UTM, Ahad pagi di JPAM JB. Kadang-kadang Sabtu dan Ahad. Di JPAM JB, kami diberi pendedahan yang lebih lanjut dalam setiap modul yang ada sehingga kami boleh bertindak sendiri tanpa panduan dari orang lain.

Lepas grad di UTM, sepatutnya saya perlu lapor diri di mana-mana cawangan JPAM yang terdekat tetapi disebabkan pekerjaan saya yang memerlukan saya travel setiap minggu saya tidak melapor diri. Sampai satu masa, keanggotaan dalam JPAM terbatal dengan sendiri selepas saya tidak melapor diri dan tidak hadir latihan.

Gambar-gambar ni asalnya dari hard disk yang saya gunakan waktu di UTM, dah corrupt. Banyak ni je yang dapat direcover menggunakan aplikasi Stellar Pheonix. Sebab tulah gambar-gambar ni ada belang-belang.

Saya juga dah lost contact dengan anggota-anggota kadet JPAM UTM satu batch dengan saya. Kalau adalah antara korang yang terbaca blog ni, tolong tinggalkan emel atau fb kat komen ye. Atau ada yang kenal sape-sape dalam gambar-gambar ni, tolong beritahu dia untuk contact saya ye.

Turun tali selimut
Di JPAM JB, belajar turun pakai selimut semasa kecemasan
JPA3 UTM
Kursus asas junior, ini namanya darling carry
JPA3 UTM

JPA3 UTM
OTW ke gunung senyum
JPA3 UTM
Kursus asas untuk junior
JPA3 UTM
Majlis penutup kursus asas untuk junior
JPA3 UTM
Gunung Senyum
jpa3 utm
Gunung Senyum
JPA3 UTM
Gunung Senyum

One thought on “Kadet JPAM UTM

  • January 14, 2016 at 1:51 pm
    Permalink

    Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://www.kumpulbagi.com atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: