17/2/ First house inspection

Hari ni kami start cari rumah sewa di sydney. Survey dulu kat online portal lepas tu isi form untuk inspection rumah. Ada satu rumah tu kat wiley park, harganya $350/week. Dekat dengan sekolah, dekat dengan train station kalau tengok kat dalam google maps la. Lepas isi form dalam 5 minit ada orang call, inspection jam 5 petang. 


Waktu tu dah jam 2 lebih. Kami cari lagi, ejen yang sama ada satu lagi rumah seberang jalan besar dengan rumah tadi. Kami beritahu  kat die, kami nak inspect rumah tu sekali, die cakap boleh je, Jam 4.30 jumpa kat rumah tu. Waktu tu dah jam 3 lebih. Alamak, terus kitorang siap-siap. Jam 4 lebih bertolak. Jaraknye tak sampai 30km. Kalu kat Malaysia, makan angin bawak kereta 80kmh pun sempat je sampai jam 4.30. Tapi hakikatnya di negara kangaroo ni, kangaroo je boleh jalan laju-laju sambil melompat. Kereta, paling laju 60kmh. Kebanyakannya hadlaju 50kmh je. Dahlah trafik light banyak gilerr, jalan tak sampai 500meter jumpa lagi traffic light. Tapi orang sini waktu saya nak keluar dari simpang kat tengah bandar tadi, jalan sibuk ada trafik light sebelah kiri diorang bagi jalan. Diorang tak berhenti tengah-tengah simpang. Saya pulak mcam “boleh pergi ke tak ni”.


Jam 4.30 baru sampai separuh perjalanan. Telefon ejen, dia cakap dia tak boleh tunggu. Jam 5.30 ada appointment lain. Dia nak tunjuk rumoh yang dekat dengan sekolah tu je. Tepat-tepat jam 5 kami sampai depan rumah. Telefon ejen dlm 5 minit dia sampai. Dalam iklan rumah ground floor. Tapi rupanye elevated ground floor. Maksudnye naik tangge sikit sebelum  masuk dalam rumah. Rumah agak uzur, pijak lantai siap ada bunyi krekk krekk. Tanya ejen, apa bawah karpet ni, kayu ke. Dia pun tak tahu. Lampu ada yang tak boleh bukak, curtain shower dlm bilik mandi takde. Air panas takde. Cooking hub tak function. Mosquito net koyak selapis kat dapur. 


Tempat mesin basuh kat luar, kat garaj kereta. Garaj bertutup, nak jemur baju pun kat luar, bawah belah belakang. Tu yang tak berapa berkenan tu. Laundry kat luar. Jalan-jalan lagi kat luar nampak ada kayu frame tingkap macam berlubang, dah reput. Nak buat macam mana kan, saya pernah ikut kursus welding inspector, lubang 3mm pun boleh detect, inikan pula lubang sebesar tu.Lepas tu kami jalan depan sikit nek tengok sekolah. Agak kotorlah kawasan tu, tak  macam kat lakemba semalam. Jumpa dengan orang dari Indonesia, wife saya sembang-sembang dengan dia, kawasan tu memang kotor sikit. Rumah yang kami inspect tu paling kotor. Nak ke train station pulak kena lalu shortcut tepi sekolah lepas tu lalu tepi jalan besor. Jadi jauh jugaklah sebenarnye. Balik rumah, fikir-fikir balik cuba mintak kurang sikit dengan ejen, dia cakap waktu kerja dia sampai jam 5.30 je. Harga tu memang dah habis murah. Tadi cakap ada appointment rumah lain jam 5.30. 


Bila kami survey balik, kat kawasan tu, kawasan Lakemba banyak lagi rumah $350, murah lagi pun ada. Tambah sikit boleh dapat yang baru renovate. Jauh sikit pun rasanye ok je sebab kami dah ada kereta. Setakat jalan dalam tu rasanye tak habis 1 tank sebulan. Masa hantar, ambik anak sekolah kat Terengganu aritu pun sebulan 1 bar pun tak habis minyak. Jadi I’m sorry, we have to turn down the house. Enjin dah panas, dah tak takut nak speaking. Dia pulok tak faham slang Amerika saya. Hihi. 


Okay. Nanti ada lagi 2,3 buah rumah nak inspect. Semoga dapat rumah yang terbaik. Adios. Gambar tak sempat nak ambik sebab rushing sikit hari ni.

Mareng kami start cari rumah sewe. Survey2 dulu kat portal online lepas tu isi form untuk inspection rumah. Adelah satu…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Wednesday, February 17, 2016

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: