18/2 Punchbowl dan Lakemba

Hari ni jalan-jalan kat suburbs a.k.a kampung kat sebelah western tengok rumoh. Kami ada open inspection jam 3.15 dan jam 4.30 petang. Tapi kami turun awal, sampai situ sebelum jam 3 petang. Punchbowl nama tempat ni. Bawak kereta kali ni dah mula get used to the nature of driving di Sydney ni. Tapi kat kawasan tok Arab kena hon 3,4 kali. 


Trafik light kat sini pelik. Yang untuk ke kiri / kanan ada 3 jenis. Merah/hijau/padam terus. Saya ni tunggu jugaklah sampai lampu hijau nak masuk kiri, sini tak banyak simpang beri laluan. Orang belakang hon.. Rupanye kalau lampu tak nyala boleh jalan je kalau takde kereta/orang melintas. 


Mulanya kami tunggu kat simpang nak masuk ke rumoh yang mula-mula tu, lepas  tu dah hampir dengan masa inspection kami masuk dalam tengok takde orang pun. Ingatkan salah rumoh, rumah belah depan kami kat belakang. Rumah ni dipanggil granny house, rumah belakang rumah orang. Kami pusing balik, ada jalan one way, lalu depan sekolah, salah masuk jalan, pusing balik dah habis masa inspection. Try jugaklah masuk balik ikut belakang, tengok pagar terbuka, ade sorang lelaki muka macam Melayu, tapi pakai rantai. Orang asli sini kot. Aborigin memang muka iras-iras org Melayu. Rupanye yang inspect tu memang rumah belakang tu, dia sewa rumoh depan. Dalam iklan gambar rumah depan. Kongsi pagar dengan rumah depan.


Seterusnya kami pergi ke rumoh yang satu lagi, rumah apartment, ground floor. Kami masuk dalam, try nak intai, ada shutter door kat tingkap rumoh tu. Wife saye tengok-tengok lepas tu dia panggil, cakap ada satu tingkap tu boleh nampak bilik air. Saye pun pergi tengok, itu memang tingkap bilik air. Apa kes orang boleh intai dalam bilik air dari luar. Kami pun terus cabut. Open inspection takde hal cabut lari macm tu. 


Kami ke kawasan Lakemba, ada beberapa rumah yang jadual inspection hari Jumaat. Nak buat inspection  awal dulu, kot-kot tak berkenan tak payah bazir masa bazir tenaga datang sini. Rumah pertama kami pergi, terlalu teruk keadaannya, kotor dan tak terurus, pangkah. Rumah kedua , belakang sekolah , bersih terurus tapi takde parking pulak. Jauh ke dalam pulak tu. Pangkah jugak. Rumah ketiga sama macam rumah pertama tadi, kotor dan tak terurus. Pangkah lagi. Nampaknya Lakemba dah boleh buang terus dari list inspection kitorang. Waktu kat rumah terakhir ni saya rasa macam pening-pening, dah tak boleh fikir dengan baik. Tekak rasa kering je. Dah minum air pun macam air tu terus hilang. Ini yang dikatakan dehydrate agaknya. Panas kat sini memang panas betul. Saya dah tak berani nak drive, terus bagi kat wife drive. 


Lepas tu kami ke rumah Abang Zul yang jemput kami kat airport aritu. Rumah dia kat Eastlakes. Kat situ pun ade rumah. Eastlakes ramai orang Malaysia. Kat sini best sebab ada shopping complex kecik ada Aldi, Woolworth (sini ada beras), ada kedai daging, ayam halal. Sewa mahal sikit dari kat kawasan kampung tadi tapi dekat je dengan UTS. Dalam 6 km je. Kalau kat Malaysia 10 minit boleh sampai. Tapi kat sini 20 minit kot. Kalau ikut Google maps naik kereta lagi cepat dari naik tren. Sebab naik tren kena jalan kaki jauh. Yang kat sini hari Sabtu open inspection tapi kami nak try mintak esok dengan ejen. Harap-harap bolehlah.. Abang zul dan kak ros pun memang cadangkan kami menyewa di Eastlakes, kat komuniti Malaysia. Insya Allah kalau itu yang terbaik, semoga dipermudahkan.

Mareng g jalan2 kat suburbs a.k.a kapong kat beloh2 western tengok rumoh ag. Kami ade open inspection kul 3.15 dengan…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Thursday, February 18, 2016

 

ground floor
Terang tu dalam bilik air nampak dari luar

 

yarrick
Ni rumah yang agak bersih kat Lakemba

 

clean
Bersih dan terurus, sayang takde parking
untidy
Tengok, ada sampah depan pintu

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: