21/2 Hari minggu di Sydney

Hari ni hari ahad, takde inspection sebab orang Sydney dan Australia amat mementingkan work life balance. Time kerja, kerja sungguh-sungguh, time cuti, time habis waktu kerja, rehat, enjoy betul-betul. Kat sini rata orang kerja 5 hari seminggu, ada yang half day je hari Jumaat. Jam 5-5.30 petang kedai-kedai biasa dah tutup. Supermarket je bukak sampai tengah malam.

Kalau hari Sabtu/Ahad, kedai-kedai biasa tutup, kedai dalam shopping complex je bukak. Semalam pergi inspection rumah kat Eastlakes, keluar pagi bahagia je sebab kereta tak banyak. Hari Sabtu memang ramai yang buat inspection, asalnya kami nak inspect sebuah je rumah tapi lepas tengok persaingan tinggi sangat kami pergi jugak inspect rumah-rumah lain tak kira top floor ke ground floor ke. Sampaikan rumah yang $480 seminggu pun kami pergi. Macam hotel tu rumah $480. Kalau takde pilihan lain, terpaksalah ambik je rumah tu. Insya Allah, sempat lagi nak survive kalau sewa rumah tu pun. Rumah cantik, ada wardrobe, dapur gas, oven, microwave, ground floor. Esoklah tengok keputusannya macam mana, harap-harap adalah yang sangkut.

Jalan-jalan kat shopping complex hari ni sebelah petang, ramainya orang. Jumpa macam-macam jenis orang hari ni. Masuk kat Coles, Nutella botol besar yang 750g $6.49 je. Kalau ikutkan hati nak je sambar sebotol tapi mengenangkan dah ada dua botol yang 325g kat rumah, tahankan aje. Petang-petang macam ni ramai orang bawak anjing jalan-jalan. Lepas shopping keluar dari lif tengok-tengok ada Mat Saleh ni sorang bukannya bawak anjing biasa-biasa. Serigala terus. Yang jenis heret kereta salji, yang besar gedabak tu. Menghala ke arah kami. Apa lagi, cepat-cepat tolak stroller, lepas je kereta sebijik, terus lintas jalan laju-laju.

Kat sini kalau kita melintas kat zebra crossing kereta kena berhenti. Sebab tu speed limit dalam bandar 40-50kmh je. Serigala tu beb. Kalau setakat anjing kaki pendek tu takpe lagi. Serigala terus, kitorang ni pulak bawak banyak makanan. Hari ni Alhamdulillah rasa dah sihat sikit tubuh ni. Actually dari kelmarin tubuh saya tak berapa sihat. Mungkin sebab perubahan suhu ekstrem. Sejuk ke panas, panas ke sejuk. Ambik masa jugakla nak serasi. Mohon sahabat-sahabat doakan semoga kami dapat berita baik, permohonan rumah sewa kami ada yang lulus esok. Terime kasih



 

Hari ni hari ahad, xdok inspection harini sebab orang Sydney dan Australia amat mementingkan work life balance. Time…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Sunday, February 21, 2016

Broadway shopping center
Broadway shopping center

 

Broadway shopping center
Broadway Shopping Center

 

asian food
Ade Maggi kat COLES

 

COLES asean food
INDOMEE memang famous kat sini

 

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply