22/2/2016.. Menanti keputusan permohonan sewa rumah

 

Orientasi isteri saya start hari ni, jadi hari ni saya memulakan kerjaya sebagai Mr. mama. Nasib baiklah anak-anak ni tak meragam. Cuma yang kecik tu je masih tak biasa minum susu kambing Australia. Kat Malaysia dia minum susu kambing Mummylicious, rasanya memang lain dengan yang ada kat sini. Kalau tak kena sukatan, memang dia tak minum susu tu.
Hari ni jugak merupakan hari yang mendebarkan pada kami sebab permohonan untuk menyewa rumah yang kami buat inspection semalam di Eastlakes diproses hari ni , ada 2 buah rumah tingkat bawah yang menjadi idaman kami di Eastlakes. Satu akan mula diproses hari ni, dan keputusannya akan diberitahu esok, satu lagi ejennya janji nak bagi keputusan hari ni. Jam 12 tengah hari, ejen masih lagi tak call saya atau isteri saya, saya pun dengan memberanikan diri dan melembutkan lidah, terus menelefon ejen tersebut. Jawapan beliau, permohonan kami dalam proses.

Jam 2 petang, ejen tersebut telefon, saya ingatkan dah nak bagi result, rupanya dia nak nombor telefon reference. Kuss semangat. Kami memang bercadang nak keluar tengah hari ni sebab jadual isteri saya hari ni hanya sampai jam 1 petang je. Kami cadang nak pergi ambik barang-barang yang diberikan secara tulus ikhlas pada kami oleh seorang senior yang baru je balik ke Malaysia. Barang tu disimpan dalam stor di Randwick. Dekat je dengan office ejen tu. Jadi kami pergi ke Randwick dengan berbekalkan segala dokumen yang mungkin diperlukan oleh ejen tadi kot-kot kami dapat rumah tu.
Sampai di Randwick, ejen tu telefon lagi. Dia tak nak nombor telefon reference lain, dia nak nombor telefon kawan yang kami tulis dalam borang tu kami tumpang rumah dia. Banyak cekadak la pulak ejen ni. Cara dia check tu macam dah nak bagi rumah tu kat kami. Jam 6.30 petang baru dia call kawan tu, dia tanya macam mana kami ni, bersih ke pengotor, ada rosakkan barang ke tak. Macam dah nak bagi je. Tapi takde pun dia call kitorang lepas tu. Mungkin waktu kerja die dah habis kot.
Penantian terus berjalan..

Orientasi isteri saya start hari ni, jadi hari ni saya memulakan kerjaya sebagai Mr. mama. Nasib baiklah anak-anak ni…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Monday, February 22, 2016

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.



Leave a Reply