26/2/2016 Daftar sekolah

Sebelum kami ke sydney, di Malaysia kami sudah mendaftarkan anak kami, Mujahidah dengan kementerian pendidikan New South Wales untuk masuk ke sekolah kerajaan atau dipanggil public school.

Setelah kami dapat rumah sewa di Eastlakes ni, hari ni saya bawak borang yang diberi oleh kementerian pendidikan nsw ke sekolah rendah di sini iaitu Eastlakes Public School. Belakang rumah je tapi takde jalan dekat, nak kena lalu ikut jalan jugak.

Sekolah di sini takde bangunan bertingkat-tingkat, simple je sekolahnya. Mungkin sebab setiap suburb ada satu sekolah dan jarak antara satu suburb dengan suburb lain tidak terlalu jauh.

Di sini ada pengetua dan ada pengurus sekolah. Tadi saya saya berurusan dengan pengurus sekolah. Slang dia lagi pelik, mungkin orang Greek. Tengok dalam census dalam internet, penduduk eastlakes paling ramai dari Greek. Dia yang tolong saya copkan borang tu, ambik sign pengetua dan isi satu borang yang perlu diisi di peringkat sekolah. Selesai semua urusan tu, borang yang sudah dicop dan ditandatangani oleh pengetua perlu di hantar by email atau pos ke bahagian pelajar dari luar negara kementerian pendidikan nsw. Lepas tu diorang akan bagi authority to enrol pada sekolah dan sekolah akan call saya, bagitau bila Mujahidah boleh start datang sekolah. Manager tu cakap biasanya tak lama sangat. Kalau hantar hari ni isnin atau Selasa dah dapat surat tu. Kalau isnin dapat surat, Selasa boleh masuk sekolah. Uniform sekolah takde jual kat sekolah tapi kena beli di kedai kat Anzac parade. Ada uniform summer, winter, sport dan topi.

Sekolah ada bagi satu handbook yang mengandungi maklumat pasal sekolah, kurikulum, peraturan dan yang paling menarik, ada diberitahu setiap Khamis ada kelas agama untuk student yang beragama Islam, protestant dan Catholic bagi yang isi ruangan agama dalam borang yang sekolah bagi kat saya pagi tadi. Cikgu yang mengajar ni adalah cikgu dari luar yang diiktiraf dan mempunyai working with children check.

Islam sebenarnya agak berpengaruh di Australia. Sebab tu pasaraya besar macam coles, Woolworth,  aldi memang banyak jual produk halal. Kat city pun banyak restoran halal, siap ada sijil halal Australia, sijil halal jakim pun ada. Kalau jalan-jalan memang akan jumpa orang Islam, perempuan pakai tudung. Semoga Islam akan terus bersinar di bumi Australia.

Coa nsw
Form yg cop dan sign pengetua sekolah

 

Eastlakes ps office
Bangunan pentadbiran sekolah. Simple je kan

 

One thought on “26/2/2016 Daftar sekolah

  • April 19, 2016 at 11:55 am
    Permalink

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: