Daftar sekolah di Australia, 26/2/2016

Sebelum kami ke Sydney, proses daftar sekolah di Australia bermula ketika kami masih di Malaysia lagi. Pendaftaran ini dibuat dengan kementerian pendidikan New South Wales untuk Mujahidah masuk ke sekolah kerajaan atau dipanggil public school.

Setelah kami dapat rumah sewa di Eastlakes ni, hari ni saya bawak borang untuk daftar sekolah di Australia yang diberikan oleh kementerian pendidikan NSW ke sekolah rendah di sini iaitu Eastlakes Public School. Belakang rumah je tapi takde jalan dekat, nak kena lalu ikut jalan utama jugak.

Sekolah di Australia takde bangunan bertingkat-tingkat, simple je. Mungkin sebab setiap suburb ada satu sekolah dan jarak antara satu suburb dengan suburb lain tidak terlalu jauh.

Sekolah di Australia ada pengetua yang juga merupakan pengurus sekolah. Segala urusan adalah melalui kaunter pentadbiran berdekatan pintu masuk utama. Saya berurusan dengan ketua pentadbir sekolah ni. Slang dia pelik ikit, mungkin orang Greek.



Tengok dalam Australian census dalam internet, penduduk Eastlakes paling ramai datang dari Greek. Dia yang tolong saya copkan borang tu, ambik sign pengetua dan isi satu borang yang perlu diisi di peringkat sekolah.

Selesai semua urusan tu, borang pendaftaran sekolah yang sudah dicop dan ditandatangani oleh pengetua perlu di hantar by email atau pos ke bahagian pelajar dari luar negara kementerian pendidikan nsw.

Proses seterusnya diorang akan bagi authority to enrol pada sekolah dan sekolah akan call saya, bagitau bila Mujahidah boleh start datang sekolah di Australia ni.

Manager tu cakap biasanya tak lama sangat. Kalau hantar hari ni(Jumaat), isnin atau Selasa dah dapat surat tu. Kalau isnin dapat surat, Selasa boleh masuk sekolah. Uniform sekolah takde jual kat sekolah tapi kena beli di kedai kat Anzac parade. Ada uniform summer, winter, sport dan topi.

Sekolah ada bagi satu handbook yang mengandungi maklumat pasal sekolah, kurikulum, peraturan dan yang paling menarik, ada diberitahu setiap Khamis ada kelas agama untuk student yang beragama Islam, protestant dan Catholic.

Kelas agama sekolah di Australia ni bagi pelajar yang isi ruangan agama dalam borang pendaftaran sekolah yang sekolah bagi kat saya pagi tadi. Cikgu yang mengajar ni adalah cikgu dari luar yang diiktiraf dan mempunyai Australian working with children check.

Islam sebenarnya agak berpengaruh di Australia. Sebab tu pasaraya besar di Australia macam Coles, WoolworthAldi memang banyak jual produk halal.

Kat city pun banyak restoran halal, siap ada sijil halal Australia, sijil halal jakim pun ada. Kalau jalan-jalan memang akan jumpa orang Islam, perempuan pakai tudung. Semoga Islam akan terus bersinar di bumi Australia.

Daftar sekolah di Australia
Form yg cop dan sign pengetua sekolah

Eastlakes ps office
Bangunan pentadbiran sekolah. Simple je kan

One thought on “Daftar sekolah di Australia, 26/2/2016

  • April 19, 2016 at 11:55 am
    Permalink

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply

Leave a Reply