16/2 Beli kereta di Merryland

Hari ni pengalaman pertama naik train kat sydney. Nak ke Merryland sebab nak pergi tengok kereta. Mulanye survey2 kat internet malam tadi kat gumtree lepas tu bro Latif dari sydney beritahu carsales.au and carguide.au pun ada banyak toyota tarago yang kitorang cari tu. 


Tarago ni kalau kat Malaysia namanya estima. Saya pun survey2 dan nampaklah satu ads tu menarik perhatian, tinggalkan nama dan nombor telefon. Pagi tadi, pagi2 lagi ada panggilan dari nombor Australia, saya pun macam “Alamak, macam mana nak cakap dengan mat salleh ni”, lidah tak berapa nak lembut lagi ni. Rupanye kedai tu yang call. Dia boleh pickup kami dari train station. Sebab itula kami naik train tu. Train sini bukan mcm lrt atau komuter kat Malaysia. Takde aircond, pakai natural air. Train 3 tingkat. Masuk dalam train ada satu bahagian untuk orang yang bawak stroller atau troli kemudian ada tempat duduk tingkat atas dan tingkat bawah. Kami naik train di Redfern Station, kematu jugaklah jalan kaki dari Chippendale.


Sampai kat Merryland train station, saya call dealer kereta tersebut, 3 kali “Pardon me, I can’t get you” barulah faham dia nak kami tunggu sebelah pintu keluar station. Dealer tu sampai dengan kereta yang kami nak tengok tu, lepas tu terus bagi saya test drive. Sampai kat kedai, bincang-bincang, tengok-tengok, akhirnya kami belilah kereta tu dengan harga AUD2800. Tarago tahun 1994. Okeylah kot. Service biasa tukar minyak hitam, oil filter kalau buat kat kedai dia $90 termasuk upah dan barang. Bayar je terus boleh bawak balik, dalam masa 14 hari kene bawak resit beli kereta dan 1 form yang diisi oleh dealer tadi ke RTA(macam JPJ), bayar 3% dari nilai kereta untuk tukar nama. Rego atau roadtax kereta ni sampai bulan 11 tahun ni. Tak perlulah nak fikir pasal tu.


Dealer tu, memang pure whiteman, cakap pun slang aussie. Kalau saya cakap slang Manglish kita laju-laju dia pulak tak faham apa kita cakap. 


Balik ke Sydney, kitorang lalu banyak suburb, jadi alang-alang kami pun tengok-tengok kawasan rumah kat kawasan yang kami plan nak menyewa, Lakemba. Di Sydney, bayi dan kanak-kanak wajib duduk atas car seat kalau dalam kereta. Sampai di lakemba, kami search kat gumtree, jumpalah satu ads nak jual 2 baby seat dengan harga $30. Terus call, hussein namanya. Orang Islam, keturunan Arab kot. Die suruh pergi rumah dia, dia bagi pelan nak ke rumah dia macamlah kami ni dah duduk 10 tahun kat sini. Last2 Google Map alamat rumah dia, sampailah kat rumah dia. Orang islam sini memang membantu sesama Islam. Dia siap bagi free hook untuk sangkut tali babyseat, siap tolong pasangkan  lagi. 


Kami teruskan perjalanan balik ke City berpandukan Google Maps. Yang jadi hairan dan pelik dan tak pernah terjadi di Malaysia, GPS signal selalu hilang. Langit cerah je, takde awan. Mungkin sebab Australia berada di bawah garisan Khatulistiwa kot. Kat NSW ni speed limit untuk jalan biasa 50 atau 60km/h je. Kalau kawasa perumahan automatik jadi 50, sekolah jadi 40kmh. Traffic light pulak banyak gila, dahlah dekat-dekat je. Kereta kami beli ni kereta manual, sebab tu harganya murah. Bayangkan macam mane bawak kereta manual tak sempat masuk gear 5 dah jumpa lagi traffic light. Dahlah tak boleh bawak laju. Boleh cramps kaki saya. Patutlah orang sini suka naik train atau jalan kaki je. Kereta pun tak banyak atas jalan. Nak pergi tengok rumoh ni tak tahu lagi nak naik train ke naik kereta.


Minyok tadi isi $50 kurang satu bar nak full tank, dari Merryland ke City macam tak turun-turun pun. Yelah, macam mana nak turun kalau bawak 50-60kmh je. Orang tua sesuailah bawak kereta kat sini. Memang tak boleh bawak laju, traffic light kalau lampu kuning kat sini maksudnya berhenti. Kalau waktu lampu kuning kita jalan, kat tengah-tengah simpang lampu tukar merah, tunggulah surat cinta dari pak polisi. Setiap traffic light ada kamera. 

 

Amaran: Bahasa Terengganu di bawah:

Hari ni pengalaman pertame naik train kat sydney. Nok g ke merryland sebab nok g tengok kete. Mulenye survey2 malam…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Tuesday, February 16, 2016

sydney train

 

sydney train station
Redfern station

 

sydney train station redfern

 

merryland

 

merryland
Merryland

 

Merryland

 

Merryland Station
Selfie dulu sementara tunggu dealer datang ambik
tarago
Yang putih tu kereta kami

 

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney .

Leave a Reply

%d bloggers like this: