Day trip to Blue Mountain

Ahad lepas kami ke Blue Mountain, kawasan pertanian dan ladang di negeri NSW (New South Wales). Jarak dari rumah kami di Eastlakes ke sana 131KM. Memandangkan keadaan kereta kami yang bajet-bajet untuk jalan dekat-dekat je dan bilangan kami yang ramai, kami sewa van 12-seater.

Van kami sewa dengan Koalabelang, syarikat milik rakyat Malaysia yang dah menetap di Sydney lame dah. Van kami ambik malam sebelum bertolak sebab kami cadang nak bertolak paling lewat jam 7 pagi. Kalau dengan syarikat kereta sewa besar-besar jangan haraplah boleh buat macam ni. Sebab tu kami prefer sewa dengan Koalabelang.

Van ni dia bagi sewa sekali dengan GPS, sebenarnya saya tak pernah pakai GPS, saya pakai Google Maps je. Jadi ini kali pertama (dan terakhir kot) saya guna GPS sebabnya, dah sampai kat daerah Blue Mountain, counter check dengan Google Maps bapak jauh GPS tu bagi jalan. Pusing-pusing tah ke mana-mana. Pakai Google Maps, siap masuk jalan rentas bukit yang agak sunyi dan siap ada signboardfalling road, proceed with caution“. Tawakkal jelah. Nasib baik jalan tu one way je. Dah x fikir incoming traffic.

Keluar je dari jalan seram tu, jalan lebih kurang 10km dah sampai ladang yang kitorang nak pergi kat Blue Mountain ni. Sampai kat ladang, bos ladang sambut kitorang lepas tu tengok kat signboard ada harga AUD4.00 sekilo. Alamak, kat Aldi baru 3-3.50 sekilo. Masing-masing dah macam takde mood. Tokeynya tanya nak berapa bakul? Asalnya kami cakap nak sebakul je, dia macam tak puas hati, siap tanya betul ke nak sebakul, datang ramai-ramai macam ni. Kami cakap ye, kami nak sebakul je. Dia pun angkat bahu macam kecewa, wife saya pun tanya dia kenapa, dia nak bagi kami berapa bakul sebenarnya, dia cakap dia meniaga jual buah bukan tempat orang melancong je. Kalau sebakul paling kurang nak penuhkan sampai membukit bakul tu. Kalau ambik 2 bakul, penuhkan jela tak sampai membukit. Akhirnya kami pun ambik 2 bakul tu. Barulah muka ada senyum sikit.

Masuk dalam ladang, diorang dah siap tanda row mana yang boleh petik epal hijau dan merah. Epal Granny Smith dia tanam kat Blue Mountain ni. Lepas bagi penerangan cara nak petik, apa boleh buat apa tak boleh buat dia tinggalkan kami dan bermulalah sesi memetik epal.

Kami kat sana dalam sejam, penuhlah 2 bakul kami petik epal. Kalau nak kerja petik epal ambik upah bakul ye. Senang je nak penuhkan sebakul. Tapi ni saya petik ikut suka je, kalau orang kerja tak tahulah takut ada buah yang boleh petik ada yang tak boleh.

Timbang-timbang buah tadi dalam 9 kilo lebih, harganya AUD48. Sebelum petik epal tadi saya dah tanya kat tokey tu bioleh tak kalau nak makan terus epal ni, dia ada guna racun tak. Dia cakap dia memang ada guna racun tapi biasanya kalau dia dah tanda boleh petik tu kesan racun dah habis tapi dia nasihatkan kalau boleh basuhlah sebelum makan.

Lepas basuh sebijik epal, saya pun nganga mulut dan ngapp.. Ermm rasanya memang betul-betul lain dengan yang beli kat pasar kat sini apatah lagi kat Malaysia. Tak tahu nak cakap macam-mana tapi memang lain dan 20 kali lebih sedap. Memang berbaloi-baloi walaupun AUD5 sekilo. Lepas kutip epal kami cari tempat untuk makan. Cari dalam google ada satu taman 5km ke atas dari ladang tu, 200meter dari ladang ada satu caravan park tapi macam takde apa-apa pun lat situ, ada tandas dengan tempat parking caravan je. Yang garden(bukan park) dalam google tu macam ada pokok bunga. Sampai-sampai tengok rupanya garden tu kebun bunga untuk orang petik bunga beli bawak balik rupanya. Takde tempat makan. Google sekali lagi ada satu tempat 5km lagi ke atas. Samapi-sampai ada pintu pagar, tutup pulak. Hampeh. Akhirnya kami turun balik ke tempat caravan tadi dan berkelah di situ. Ada tandas, taman permainan kanak-kanak dan meja kerusi batu tapi macam tak terjaga, tandas pulak busuk gila. nasib baik kencing sebelum makan. Kalau lepas makan mau muntah dibuatnya.

Perjalanan balik saya guna Google Maps, 2 jam dah sampai rumah. Perjalanan pergi tadi makan 3 jam. Kesimpulannya, gunakan Google Maps. Jangan guna GPS. Kalau datang Sydney pergilah ke Blue Mountain.

petik epal

 

petik epal sydney

 

ladang epal nsw

 

epal australia

Leave a Reply

%d bloggers like this: