Kotak misteri di tepi jalan di Australia

post box

 

Perhatikan kotak kat atas ni. Kotak macam ni ada banyak kat tepi-tepi jalan kat Australia ni. Kat kawasan Eastlakes ni saya dah jumpa 2 bijik kotak ni. Mula-mula hairan jugak, duk pikir-pikir kotak apa ni.

Rupa-rupanya setiap pagi, awal-awal pagi ada van StarTrack (kontraktor AustPost) hantar surat-surat simpan dalam kotak ni lepas tu posmen-posmen berjalan kaki (posmen sini jalan kaki je) ambil surat-surat dalam ni letak dalam beg troli diorang untuk hantar ke rumah-rumah kat kawasan yang diorang cover. Coverage tak besar biasanya, memang boleh hantar jalan kaki je.

Elok jugak kalau Pos Malaysia boleh ambik idea ni buat kat Malaysia, kurang sikit kos nak hantar surat, tak perlu beli motosikal banyak-banyak. Peluang kerja pun tambah banyak sebab nak ramai posmen jalan kaki. Jangan letak 2 hari kotak ni kena pecah dah le.

Leave a Reply

%d bloggers like this: