Migrate ke wordpress

Blog Radio Senyap sebelum ni guna platform blogger, sekarang saya dah migrate ke WordPress. Mulanya macam ragu-ragu, takut hilang semua SEO, post, page sebelum-sebelum ni. Lepas buat research kat internet, rupanya ada cara untuk migrate tanpa hilang semua tu.

Sebelum ni saya ada akaun hosting dengan GoDaddy, saya register sebab dapat voucher diskaun murah. Windows hosting pakai plesk. Saya install Joomla dalam tu. Nak masuk plugin selalu problem. Dahlah merayap je nak loading portal, webpage. Sampailah minggu lepas saya nak install Adserver dalam tu, tak boleh. Contact customer service (satu-satunya cara nak contact ialah by phone), tunggu dekat 20 minit sytem diorang pun tak keluar-keluar lagi. Diorang suruh saya hang up phone lepas tu dia akan e-mail. Saya tanya dia boleh tak nak tukar jadi Linux sebab wordpress, joomla, php semuanya asal untuk Linux. Bila masuk dalam windows memang banyak problem. Nak tukar boleh tapi kena register akaun baru lepas tu cancel akaun lama. Dalam hati saya cakap, baik carik yang lain kot ada yang murah lagi.

Search punya search jumpalah satu blog ni, dia cerita pasal migrate blogger ke wordpress lepas tu dia bagi voucher 50% untuk semua akaun baru kat HostGator. Compare dengan GoDaddy punya harga memang murah yang ni lagi. Pakej nombor 2, semua unlimited. Kalau nombor 1 ada limit 1 domain , 1 email je. Registerlah dengan HostGator.

Lepas dah register akaun kat HostGator, saya install wordpress lepas tu bermulalah proses migrate blogger ke wordpress

  1. Backup kat bloggerSetting-Other- Back Up Content

backup blogger

File backup akan didownload ke komputer.

2. Login WordPress, download plugin Blogger Importer Extended dan activate lepas tu klik Start!

blogger importer extended

Authorize untuk plugin ni control akaun google yang ada blog kita lepas tu pilih blog mana nak import. Check “Keep Slug” dan Uncheck “Convert Formatting”

Proses import bermula.

3. Pastikan permalink kat wordpress sama dengan blogger

Setting-Permalink, pilih custom structure: /%year%/%monthnum%/%postname%.html

permalink

4. Test link, gambar 

5. Disable custom domain kat blogger (jika berkenaan)

6. Setup redirect

Jika orang pergi ke blog.blogspot.com dia akan pindahkan ke blog wordpress.

Install plugin Blogger 301 Redirect – activate

Setting – Blogger 301 Redirect

301 redirect setting

Pastikan korang check seperti dalam gambar. Yang last sekali untuk elakkan ada masalah kalau orang masuk dari link kat google search dari mobile phone sebab google akan automatik letak query string m=1 kat belakang url.

Copy dan paste kod yang diberi kat template blogger

Template-Edit Template – Save

Untuk template baru:

code new

Template classic :

code classic

Dah siap. 

Kalau tukar nama domain lain dengan yang sedia ada dalam blogspot atau tak gunakan custom domain gunakan plugin Better Search Replace untuk tukar semua link dalam post ke address baru (biasanya hosting baru bagi domain free)

Install-activate lepas tu Tools-Better Search Replace

better search replace

Check “Run as Dry Run” untuk tengok dulu result search macam mane, lepas tu klik Button “Run Search Replace”. Bila dah puas hati , uncheck dry run lepas tu klik button tu balik.

Step ni akan selesaikan masalah broken link dalam post kalau ada buat interlinking dalam post.

Kalau ada masalah sila isi dalam form kat bawah. 

Saya buat ada step lain lagi sebab asalnya saya migrate ke addon domain., waktu tu tak tahu addon domain rupanya macam subdomain cuma boleh pakai nama domain kat homepage je. Interlinking semua jadi subdomain. Macam tak kena pulak lepas tu saya pindahkan ke top level, gambar semua broken. Kalau sape-sape ada masalah sama, pakai browser chrome, inspect element tengok link gambar tu jadi macam mana. Kalau www.domain.comwp-wpcontent/… Gunakan Better Search Replace tu replace www.domain.comwpcontent jadi www.domain.com/wp-content (domain tu tukarla jadi domain korang).

Kompleks ke? Takdelah, baca memang macam kompleks je, tapi bila dah buat takdelah kompleks sangat. Kalau nak saya buatkan pun boleh. Saya caj RM100 je untuk satu blog dengan technical support sebulan. Isi form kat bawah kalau nak saya buatkan.

Kalau nak try wordpress, nak tengok best ke tak pakai wordpress ni, isi borang kat bawah ni saya akan create satu akaun temporary bawah naungan Radio Senyap. Trial selama 2 hari lepas tu kalau nak teruskan boleh decide nak masuk PAKEJ mana. Kalau nak host kat hosting, domain sendiri, saya akan bantu sampai siap(khidmat nasihat percuma, kalau saya buatkan ada caj sikit). Kalau tak berminat, nak teruskan dengan blogger, pun takde masalah.

Kalau nak beli domain sahaja dulu, lepas tu nak buat wordpress bawah radiosenyap tapi pakai domain korang pun boleh tapi dia akan jadi parked domain, interlinking semua jadi subdomain. Nanti dah ada hosting sendiri boleh transfer je, guna better search and replace tukar link.

Kesimpulannya Radio Senyap sekarang ada servis :

Migrate dari blogger ke wordpress (KOMBO)
Khidmat nasihat untuk register domain dan hosting
Install WordPress
Import blog dari blogger
Setting Permalink
Setting Redirect
Technical support selama sebulan
(RM100.00)

Transfer wordpress dari subdomain ke top level dalam domain sama
Full backup
Setting DNS zone
Betulkan interlinking
(RM150.00)

Transfer wordpress dari akaun hosting lama ke akaun hosting baru
Full backup
Remap Domain Name
Setting DNS zone
Betulkan interlinking (kalau domain tak sama)
(RM200.00)

Tukar alamat wordpress dalam hosting sama 
Full backup
Remap Domain Name
Setting DNS Zone
Betulkan interlinking
(RM150.00)

Managed wordpress site 
KLIK UNTUK DETAIL

HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT KESESUAIAN DAN SAIZ BLOG

2 thoughts on “Migrate ke wordpress

  • November 29, 2016 at 1:59 pm
    Permalink

    kemah mie pakai wordpress ah senang sikit..hoooo banyok plugin best2 support…hehehe..

    Reply
    • November 29, 2016 at 5:10 pm
      Permalink

      tulah pasal.. baru sedar..huhu

      Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: