Selamat kembali radio senyap

Dah berape kurun ek blog ni tak update.. sedikit update mengenai saya di Australia:

1) Kerja di Australia

Bermula bulan 3 lepas saya dah dapat kerja sebagai cleaner di satu kompleks sukan kat Pagewood, Sydney. Klik link untuk cerita panjang lebar pasal kerja ni

2) Rumah Sewa di Sydney

Sekarang kami dah berpindah ke rumah lain di Eastlakes jugak tapi blok lain. Rumah ni lagi besar dan lagi murah dari rumah yang kami tinggal sebelum ni. Klik tajuk untuk cerita pasal rumah ni, sebab apa saya pindah dan sebab apa saya macam dah serik nak berjiran dengan mat saleh.

3) Jalan-jalan Sydney/ Canberra

Kami dah banyak berjalan-jalan kat Sydney dan Canberra. Antaranya Kurnell Observation Center, La Perouse, Snowy Mountain, Corin Forest dan Canberra Floriade. Klik untuk cerita pasal tempat-tempat ni

4) Jual beli kereta di Australia

Kereta kami yang dulu kami dah jual sebab dah tak boleh sambung rego(roadtax) kerana tak lepas safety inspection. Klik tajuk untuk tengok sebab apa tak lepas inspection dan tips-tips jual beli kereta kat negara ‘maju’ ni

5) Corelle Australia

Ini salah satu tarikan utama kalau mak-mak dan nenek-nenek datang kat Australia. Kami suami isteri sekarang jadi ejen untuk pakatan bersama adik saya(mek supirah), suaminya dan Pak Kob(best friend diorang) menjalankan perniagaan Corelle di Malaysia. Klik tajuk untuk tengok gambar-gambar sepanjang kami menjalankan urusan import eksport Corelle kat sini. Kalau nak beli Corelle boleh ke page Corelle Ganu . Mention kat diorang korang datang dari blog Radio Senyap, mana tahu dapat diskaun ke free gift ke. Waktu post ni ditulis saya baru habis packing 1 CBM Corelle untuk shipment bulan ni.

Leave a Reply

%d bloggers like this: