Solat Jumaat di Eastlakes

jumaat eastlakes

dewan jumaat eastlakes

Kat Eastlakes ni ramai orang Islam, majoriti orang Islam kat sini adalah dari Bangladesh. Seperti yang kita semua maklum, Bangladesh adalah negara Islam dan merupakan salah satu pusat bagi jemaah Tabligh. Yang bagusnya diorang ni, walau kat mana pun diorang berada, nilai keIslaman diorang tetap tak hilang. Kat Malaysia kalau ada projek besar-besar biasanya surau/masjid yang kosong je selama ni jadi penuh sebab ramai pekerja dari Bangladesh kat situ. Waktu saya kerja di Paka pun macam tu jugak. Diorang sanggup jalan kaki nak solat berjemaah di surau. Malulah pulak, saya ada kereta, motor tapi tak ke surau solat berjemaah.

Kat sini, komuniti Bangladesh mintak dengan council untuk gunakan dewan dalam gambar kat atas tu waktu tengahari hari Jumaat jam 1230-2.30(rasa-rasa) untuk buat solat Jumaat. Kebenaran untuk buat Jumaat ni bukanlah diberi selama-lamanya tapi perlu dimohon setiap tahun. Jadi macam ada AJK yang jaga parking, jaga waktu, jaga kebersihan sebab takut permit untuk solat jumaat tahun seterusnya ditolak.

Waktu solat Jumaat kat Sydney ni tak sama setiap surau/musalla/masjid. Ada yang buat awal ada yang buat lewat ada yang buat banyak sesi. Kat Eastlakes ni khutbah start jam 1.15, solat biasanya jam 1.30. 1.45 dah selesai. Walaupun masa bukan DST, yang jam dilewatkan sejam (Zohor jam 11 lebih) waktu solat Jumaat tetap kekal sebab nak bagi ruang kat orang-orang yang bekerja untuk solat Jumaat waktu rehat 1.00-2.00 petang. Sini bukan macam kat negara kita, boleh keluar untuk solat Jumaat jam 12.00 tengah hari masuk jam 2.30 atau 3.00 petang. Tu pun ada yang ponteng pergi lepak kedai mamak.

Waktu musim cuti sekolah biasanya solat kat sini sampai kat luar dewan sebab budak-budak sekolah semua datang solat Jumaat. Waktu sekolah diorang tak boleh keluar. Kat universiti yang ada surau contohnya UTS, UNSW, UNISYD diorang biasanya buat solat Jumaat kat surau masing-masing. Sini nak solat jumaat tak perlu tauliah, tak perlu ada mimbar pun(tak masuk rukun pun) dan tak perlu kira cukup 40 orang mastatutin atau tak. Mazhab Syafi’i je yang nak kena cukup 40 orang. Tinggal kat negara orang ni nak kena belajar jugak mazhab-mazhab lain, tak boleh nak ikut mazhab Syafi’i je.

Komuniti Bangladesh kat sini bukan komuniti yang dipandang hina walaupun mereka berada di negara bukan Islam. Kat sekolah siap ada kelas kebudayaan Bangladesh. Kedai makanan halal pun diorang bukak untuk senang orang Islam nak beli daging, ayam halal. Kalau jumpa sesama Islam, diorang panggil brother atau sister. Sedih jugak bila fikir kat negara yang sama Islam tapi ada yang pandang hina Bangladeshi sedangkan dalam Islam, kita semua bersaudara dan Allah dah ingatkan dalam Al-Quran bahawasanya manusia ini dicipta lelaki dan wanita berbilang kaum untuk berkenal-kenalan dan yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling berTaqwa bukanlah yang paling hensem atau paling cantik atau paling cerdik atau paling ramai. WaAllahua’lam.

0 thoughts on “Solat Jumaat di Eastlakes

  • November 26, 2016 at 11:55 pm
    Permalink

    Visitor Rating: 5 Stars

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: