Kopi oh kopi

nescafe gold blend

Sejak saya tinggal di Australia ni, saya dah jadi macam “coffee addicted”. Kalau tak minum kopi, tak larat nak buat kerja. Orang sini memang minum kopi, dah macam minuman ruji dah. Macam-macam jenis kopi ada kat sini.

Kalau kat Malaysia pergi kedai kopi, mintak air kopi pilihan yang ada kopi ‘o’, kopi susu, kopi ais je. Kat sini macam-macam pilihan, black, cappucino, lathe, smooth, mocha. Kalau nak beli kopi kena fikir dulu nak jenis apa. Biasanya saya mintak cappucino je. Dah yang tu je yang senang nak sebut. Lepas tu diorang tanya gula nak banyak mana. Orang sini minum kopi tak letak gula. Kalau letak pun sesudu teh je. Pahit “leppam” orang Terengganu panggil.

Kakak saya kat Malaysia pun peminat kopi jugak rupanya. Dia beli coffee machine NESCAFÉ Gold Barista macam gambar kat atas ni. Mesin NESCAFÉ Gold Barista ni hebat, boleh buat 5 jenis kopi pakai serbuk kopi sama. Latte, cappucino, americano, lungo, espresso. Dah ada mesin NESCAFÉ Gold Barista ni takyah pergi Starbuck lagi dah. Kopi yang keluar pun sedap sampai ayah saya pun beli jugak mesin NESCAFÉ Gold Barista ni. Yang bestnya beli mesin NESCAFÉ Gold Barista ni, dapat satu gold blend nescafe dalam botol 200g, satu dalam plastik 170g dan satu cawan espresso. Kiranya beli mesin NESCAFÉ Gold Barista ni, sampai je dah boleh buat kopi macam kat starbuck. Tak perlu pergi kursus barista. Kat sini nak jadi barista kena ada sijil beb. Masuk air, masuk serbuk kopi ON lepas tu tunggu air panas kejap tekan button kopi jenis apa nak buat, lepas tu tadah cawan je. Cawan tu letak dulu nanti tak sempat dah banjir pulak.

nescafe barista mach

Ni mesin kopi NESCAFÉ Gold Barista yang ayah saya beli, baru je sampai semalam. Dia beli kat online je. Klik sini kalau nak beli jugak. Direct ke pakej yang dapat barang-barang free tu. Kat lain tak tahulah dapat ke tak. Harganya tak mahal sangat. Kalau beli kopi starbuck hari-hari, untung lagi beli mesin NESCAFÉ Gold Barista ni buat kat umah. Sekarang ada offer, hampir 50% dari harga asal.

p/s: ini bukan post berbayar

Leave a Reply

%d bloggers like this: