Boxing Day di Sydney, Australia

Boxing day bukanlah hari orang main boxing. Dulu-dulu saya pun ingat boxing day ni hari orang main boxing. Rupanya boxing day adalah hari selepas hari krismas (26/12).

Hari ni adalah hari perayaan khas untuk wanita. Sebab hari ni jualan besar-besaran sehingga 80%, 90% dibuat di kebanyakan outlet.

Tahun ni, kami sekeluarga ke Birkenhead Point Outlet Center, Sydney Australia. Kat sini banyak outlet-outlet barangan berjenama. Kami ke sana dengan menaiki bas sebab waktu ni kami takde kereta (ceritanya di sini) lagipun parking memang susah nak dapat.



Kami sampai kat sini lebih kurang jam 11 pagi. Waktu ni kereta dah mula beratur panjang nak masuk parking. Boxing day kan. Outlet pertama kami nampak Oakley, penuh orang kat dalam tu.

OAKLEY BOXING DAY
Saya tak masuk pun dalam ni sebab takde ape nak cari kat dalam ni.

Lepas tu kami ke outlet crocs. Ada promosi Boxing day beli 2 percuma satu, beli 3 percuma 2. Wife saya borong 2 pasang kasut percuma sepasang kasut. Waktu menunggu kat luar kedai, saya nampak kat tingkat bawah ada barisan panjang, tak tahulah kenapa orang beratur.

boxing day

Sementara menunggu, sempatlah snap beberapa keping gambar suasana di sini waktu Boxing Day ni

Lepas siap shopping kat crocs, kami ke beberapa outlet lain dan wife saya sempat memborong baju, seluar dan macam-macam lagi. Tapi harganya memang murah sangat waktu Boxing day ni berbanding harga biasa.

Pelik kan, kenapa diorang boleh bagi harga murah macam ni. Sampai 80%. Selepas diselidik, saya tahu rahsianya. Nanti saya bagitau apa rahsianya.

Sampai kat tingkat bawah, barulah nampak orang beratur panjang tadi nak masuk ke mana. Outlet Tommy Hilfiger rupanya.

Sampai 80% diskaun. Diorang beratur sebab outlet tu tak besar sangat jadi untuk mengelakkan kesesakan dalam outlet dan untuk tujuan keselamatan, mereka benarkan sejumlah pelanggan sahaja dalam outlet mereka. Itu yang jadi beratur panjang tu. Bergilir-gilir masuk dalam outlet.

line

Saya tengok barisan tu pun dah gerun. Tak sangguplah nak beratur panjang semata-mata nak habiskan duit.

Berbalik pada kenapa mereka boleh bagi diskaun gila-gila ni waktu Boxing day.

Rupanya apabila diselidiki, waktu Boxing day barangan yang diberi diskaun sehingga 70-80% ini biasanya made in negara Asia macam Vietnam, Thailand, Malaysia, Bangladesh, India, China. Original tapi dibuat di kilang yang mana kosnya lebih murah dari dibuat di negara asal jenama tersebut.

Tahun ni nak kena kumpul duit banyak-banyak sebelum balik ke Malaysia bolehlah borong dulu waktu Boxing Day 2017 pulak.

SELAMAT TAHUN BARU 2017 dari RadioSenyap.

Leave a Reply