Camping di Bonnie Vale, Sydney

camping at bonnie vale
Yang macam tunggul tu paip air bersih

Kat Malaysia tak pernah pergi camping, kat Australia kami pergi camping di Bonnie Vale Camp Ground, Australia awal February lepas. Kegilaan nak pergi camping ni sebab tengok banyak sangat barang-barang camping dijual dengan harga murah.

Lagipun waktu tu summer. Kami pergi hari jumaat first week sekolah dah bukak sebab campground tu nak kena tempah dulu kalau nak camping kat situ. Tarikh lain semua dah full. Tarikh tu je ade.

Perjalanan dari rumah kami ke tempat camping lebih kurang sejam walaupun sebenarnya jaraknya tak sampai 50KM. Kalau kat Malaysia setengah jam dah sampai. Campground ni terletak dalam kawasan Royal National Park (taman negara).

Sampai je kat tempat tu, kami terus carik campsite yang kami dah tempah, walaupun berbayar dan bertempah, takde pulak orang jaga kat pintu pagar. Waktu tengah pasang khemah tu barulah datang pegawai jabatan taman negara check nama kami dan nombor campsite.



Campsite kami terletak kat tempat yang dipanggil simpson bay. Tepi pantai macam kat teluk. Siap pasang khemah, solat Asar lepas tu terus terjun dalam air.

Kat sini disediakan paip air bersih yang boleh minum terus kat campsite(kami dapat betul-betul depan campsite kami), tandas dan bilik air siap ada tempat basuh pinggan mangkuk asing dan tempat basuh baju. Tandas dan bilik airnya memang bersih. Macam bukan kat dalam hutan. Lampu pun terang, takdelah rasa takut nak pergi toilet malam-malam.

Bercamping di australia
Solat. Surau jangan haraplah nak jumpa kat sini
simpson bay
Pemandangan pantai dari khemah



Inilah pantainya

Waktu kami dalam air petang tu, orang lain tak mandi pun. Cuak jugaklah sebab kami je dalam air. Orang lain duk main kayak, water boarding, jet ski. Tapi airnya tak dalam dan sangat sejuk.

Lepas puas berendam dalam air, kami naik balik ke khemah sementara wife saya siapkan anak-anak mandi dan salin pakaian, saya goreng ayam yang dah siap gaul dalam rempah menggunakan dapur yang pakai gas macam spray tu.

 

Dapur ni je boleh bawak kat campground ni sebab syarat kat sini tak boleh ada naked fire. Kalau ada total fire ban, dapur tu pun tak boleh guna. Nak masak kena pakai dapur BBQ elektrik yang disediakan kat situ. Kami dah bawak bekal nasi ayam siap-siap dari rumah jadi tak perlulah masak banyak-banyak kat sini.

Dapur kem
Dapur kem

Kalau ikutkan syarat kat camp ni, tak boleh bising lepas jam 10 malam tapi ada jugak budak-budak mat saleh buat parti kat belah sungai. Nasib baiklah geng-geng kat simpson bay ni semuanya jenis yang berbudi bahasa, jam 9 malam semua dah diam.

Kat campground ni takde powered site. Semuanya unpowered site. Ada campground lain yang sediakan powered site. Bateri telefon saya dah habis dari petang lagi. Power bank ada bawak dua bijik tapi kabel pulak terbawak yang dah tak okey.

Telefon saya kalau kabel tak okey memang tak masuk caj. Memang betul-betul getaway lah orang putih cakap. Sebab terputus terus dari dunia luar. Telefon wife saya je boleh caj. Itupun nak kena jimatkan bateri takut tiba-tiba kabel tu tak masuk caj langsung.

camping di sydney
Tidur

Pagi esoknya, saya dikejutkan untuk solat subuh oleh bunyi burung dan monyet yang amat bising seolah-olah memang ditugaskan untuk kejutkan orang solat subuh.

Habis je waktu subuh, terus diam bunyi-bunyi tu. Lepas sarapan kami pun turun ke pantai dan berendam sekali lagi. Awalnya kami je duk dalam air macam petang semalam leaps tu dalam lebih kurang jam 9 barulah ramai orang lain turun dalam air.

Rupanya air kat situ memang cetek. Kat seberang teluk tu ada macam pulau, ada yang boleh menyeberang ke sana jalan je, tak berenang pun. Tapi saya tak pergilah, sebab jauh jugak. Lagipun kami nak kena checkout jam 12 tengah hari.

camping breakfast
Sarapan pagi
kettle ikea
Cerek beli kat ikea
bonnie vale river
Sungai apalah macam ni. Macam paya je
 
bonnie vale caravan site
Orang sini memang suka caravan-caravan
radiosenyap
Muka frust sebab sungai macam paya
Sunshine
Sunrise
simpson bay
Dah jauh ke tengah pun takat pinggang je.

Naik dari pantai hari dah mula panas, matahari dah tegak atas kepala. Dari pagi tadi mendung je. Saya ambik masa dalam sejam packing semua khemah, tikar, kerusi barang-barang masuk dalam kereta. Saya buat sorang je semua sebab wife siapkan anak-anak salin baju semua.

Lepas ni insya Allah kami nak pergi berkhemah kat tempat yang jauh sikit yang lagi best dengan pantai macam pulau kat Jervis Bay atau dalam hutan kat Lane Cove.

Kat Lane Cove ada kabin kalau ada orang tua boleh duk dalam kabin takut sejuk sangat. Tapi pengalaman tidur dalam khemah teramatlah panas walaupun udara kat luar sejuk.

Leave a Reply