Memandu di Australia dengan lesen memandu Malaysia

Lesen memandu Malaysia adalah sah untuk digunakan untuk memandu di Australia sekiranya anda mempunyai visa sementara bukannya visa bertaraf PR.

Lesen memandu Malaysia anda juga hendaklah dalam bahasa Inggeris. Kalau bukan dalam English wajib bawak translation yang disahkan.

Kalau ada visa PR Australia boleh memandu dengan lesen memandu Malaysia di Australia selama 3 bulan sahaja. Selepas 3 bulan anda perlu ambik lesen Australia.

Lesen memandu Malaysia tak boleh convert terus ke lesen memandu Australia, kena ambik test dulu. Lepas tu terus dapat lesen memandu Australia. Tak perlu masuk kelas, ambik lesen L, lesen P.



Undang-undang jalanraya di Australia ni agak ketat dan banyak kamera yang dipasang di jalan-jalan sekitar Australia.

Polis Australia pun selalu ronda-ronda. Memandu di Australia ni lain sikit dengan memandu di Malaysia.

Tolong jangan bawak gaya pemanduan “terlebih berhemat” ala-ala McLarren kat sini. Tak pasal-pasal kena saman.

Saman bukannya sikit-sikit. Maklumat dalam ni adalah untuk negeri NSW tapi tak jauh beza dengan negeri-negeri lain di Australia.

MEMANDU DI AUSTRALIA

1. Memandu di Australia : Lampu isyarat

Kat negeri NSW ni, lampu isyarat diorang pelik sikit. Ada nyala lampu merah, lampu kuning, lampu hijau dan tak nyala langsung.

Awal-awal datang sini dulu saya keliru, kenapa lampu isyarat ni tak nyala lampu langsung. Orang belakang pulak duk hon-hon pastu buat muka tak puas hati.

Rupanya kat simpang-simpang yang ada lampu isyarat macam ni, biasanya ada papan tanda “STOP” dengan 3 bulatan warna hitam dari atas ke bawah.

Maksudnya apabila lampu isyarat tidak berfungsi atau dimatikan, simpang itu dianggap simpang tanpa traffic light dan peraturan simpang tanpa lampu isyarat hendaklah digunakan.

Contohnya beri laluan pada kenderaan dari kanan, beri laluan pada pejalan kaki dan boleh belok kanan/kiri jika tiada kenderaan.

stop 3 dot

Di simpang-simpang kecik, biasanya lampu isyarat untuk belok ke kanan dan untuk jalan lurus hijau sekaligus dengan kereta dari depan.

Maknanya kalau kat simpang untuk kekanan, kalau takde lampu isyarat arrow ke kanan, jangan terus belok ke kanan, pastikan tidak ada kereta dari hadapan baru belok ke kanan.

Yang ada lampu arrow ke kanan pulak biasanya lampu merah nyala lepas tu lampu merah padam, lampu hijau untuk jalan lurus nyala lampu hijau arrow ke kanan padam jugak.

Maksudnya kalau korang memandu di Australia boleh belok ke kanan sekiranya takde kereta dari hadapan.

Waktu ni kalau ramai beratur belakang boleh dengarlah hon bersahutan kalau kita tak belok waktu takde kereta sebab hijau arrow ke kanan nyala sekejap sangat. Dalam 2 saat je. Lepas tu merah balik.

Kalau lampu dah kuning dan kita selamat untuk berhenti sila berhenti. Kalau keadaan tak selamat untuk berhenti boleh terus jalan tapi kalau tiba-tiba lampu merah kita kat tengah simpang nak kena masuk court dululah nak buktikan kita tak berhenti sebab keadaan tak selamat.

2. Memandu di Australia : Lampu isyarat

Lampu isyarat untuk belok ke kanan/kiri amat dititikberatkan sebab wujudnya simpang-simpang dan lampu isyarat macam kat atas ni.

Orang tak boleh marah kalau kita kat lorong kanan tapi tak jalan waktu lampu dah hijau kalau kita bagi signal ke kanan sebab orang tahu kita nak tunggu jalan clear untuk ke kanan.

Sama jugak kalau kita memandu kat lorong kiri tapi kat simpang tu lorong kiri tak wajib belok kiri orang tak marah kalau kita buat dono je waktu arrow ke kiri dah hijau.

Jadi kalau memandu kat sini, bagilah signal nak kekanan atau kiri walaupun kita kat simpang tiga dan lorong tu hanya untuk ke kanan sahaja.

Jangan pelik waktu memandu di Australia kalau semua orang bagi signal kat lorong ke kanan sahaja sambil tunggu lampu isyarat hijau

Kalau nak tukar lorong kat NSW, Australia wajib bagi signal. Kalau tak bagi signal, polis nampak terus kena saman.

Ada satu surat saman atas nama penyewa rumah saya yang dulu-dulu sampai kat rumah. Kesalahan tak bagi signal waktu tukar lorong saman AUD300++.

3. Memandu di Australia : Had laju

Had laju kebangsaan di Negeri NSW adalah 50km/jam melainkan dinyatakan sebaliknya. Kalau kat bandar 50km/jam ke bawah. Kalau tertangkap memandu bawak 50km/jam tepat-tepat pun kena saman.

Yang bestnya kat sini kalau tempat ada kamera speed trap atau red light diorang akan pasang papan tanda menyatakan situ ada kamera.

Yang mobile speed camera pun macam tu jugak, diorang akan pasang papan tanda sebelum kawasan speed trap.

Mobile speed camera pulak bukannya jenis pakai tripod duduk celah longkang tapi dalam hilux parking tepi jalan siap ada tulis mobile speed camera.

Setiap kereta peronda Polis Australia dilengkapi dengan speed camera.

Seperti yang saya cakap sebelum ni, polis selalu ronda-ronda jadi sila patuhi had laju waktu memandu di Australia walau di mana anda berada.

Setakat saya drive kat sini hadlaju paling tinggi saya jumpa 110km/j atas highway nak pergi ke Canberra. Biasanya 60-70km/j.

Speed limit di kawasan sekolah adalah 40km/j. Yang ni kalau kena tangkap lesen boleh kena tarik. Tapi ada waktunya, bukan sepanjang waktu.

Waktu kuatkuasa hadlaju di kawasan sekolah adalah 8.00am-9.30am dan 2.30pm-4.00pm waktu sesi persekolahn berjalan sahaja.

Waktu cuti sekolah speed limit biasa.

Sekiranya waktu speed limit sekolah berkuatkuasa, lampu kuning kat signboard kawasan sekolah bermula dan tamat flashing.

schoolzone sign

4. Memandu di Australia : Simpang

Beratur di tengah-tengah persimpangan waktu memandu adalah satu kesalahan berat di Australia. Kalau nampak lampu hijau tapi jalan kat depan tu dah tersumbat, sila berhenti dan tunggu hingga jalan kat depan clear.

Kalau jalan jugak tiba-tiba duk tengah-tengah simpang, kalau polis takde tunggulah surat saman sampai kat rumah.

Kalau memandu kat jalan besar, ada tulisan keep clear atas jalan jangan sekali-sekali berhenti atas tu. Biasanya marking ni diletakkan di simpang-simpang untuk memudahkan orang masuk/keluar simpang.

Disebabkan diorang dah dilatih dengan cara macam ni, kalau kat mana-mana simpang pun walaupun takde marking keep clear diorang akan clearkan kawasan masuk/keluar simpang tu.

Kalau kita berhenti sebelum simpang takde orang akan marah kita walaupun jem dah 3 kilometer.

Satu lagi nak puji kalau memandu di Australia, walaupun jalan belah kanan kita jem 10 km, tapi kalau kita nak masuk ke simpang kanan, bagi signal lepas tu berhenti tengah jalan kejap lagi akan ada orang yang bagi laluan kat kita nak masuk simpang tu.

Sama jugak kalau nak keluar dari simpang atau nak merge dari susur masuk, bagi je signal insya Allah akan ada orang yang bagi laluan.

Takdelah nampak orang nak masuk tekan minyak nak bagi rapat dengan kereta depan. Kalau ada pun biasanya Asian la. Orang putih jarang tak bagi laluan.

5. Memandu di Australia : Lampu

Sepanjang saya memandu di Australia, kalau cuaca gelap diorang akan pasang lampu kenderaan. Kalau masuk parking bawah tanah, terowong pun sama. Saya pun naik pelik kenapa diorang buat macam ni.

Rupanya adalah menjadi satu kesalahan kalau memandu tak pasang lampu kenderaan kalau keadaan gelap lagipun kat sini UV tinggi, kebanyakan pemandu pakai sunglasses. Kalau gelap sikit tak pasang lampu memang susah la nak cam kereta ke motor ke basikal ke.

6. Memandu di Australia : Santai

Kat Malaysia kalau memandu bawak kereta bukak tingkap tepi pantai memang best sambil keluarkan tangan main-main angin. Kat sini jangan buat, salah beb. Kalau kena saman melayang 3 ratus lebih.

7. Memandu di Australia : Zebra crossing

Di kawasan zebra crossing, pejalan kaki adalah raja segala raja. Walaupun kita memandu kereta bernilai RM1 juta sekalipun, kalau ada orang nak melintas di Zebra Crossing, kenderaan wajib berhenti dan memberi laluan pada pejalan kaki untuk melintas dengan selamat.

Juga peringatan keras, lintasan pejalan kaki adalah kawasan larangan meletak kenderaan. Jangan sesekali halang laluan pejalan kaki.

8. Memandu di Australia : Baby seat/booster

nsw child restrain law

Kanak-kanak dan bayi bawah umur 7 tahun wajib menggunakan baby seat/booster seat dan tidak dibenarkan berada di bahagian hadapan kereta(kelindan).

Bayi 6 bulan ke bawah wajib menggunakan baby seat rearward facing(menghadap ke belakang). 6 bulan ke 12 bulan boleh menggunakan baby seat rearward atau forward facing.

Kanak-kanak 12 bulan ke 4 tahun wajib menggunakan baby seat forward facing. Umur 4 hingga 7 tahun boleh menggunakan seat atau booster sahaja. Baby seat bermaksud baby seat yang ada harness (ada seat belt sendiri) yang diluluskan untuk digunakan di Australia.

Booster yang jenis takde seat belt sendiri, untuk tinggikan budak supaya selesa pakai seatbelt kereta. Booster seat hanya boleh dipakai dengan tali pinggang penuh bukan yang ikat pinggang sahaja.

Kanak-kanak umur 4 hingga 7 tahun hanya boleh duduk di tempat duduk hadapan sekiranya tempat duduk belakang sudah penuh dengan baby atau kanak-kanak lain yang lebih kecil. Dalam teksi pun undang-undang ini berkuatkuasa. Jadi sila maklumkan teksi/kereta sewa umur dan bilangan kanak-kanak yang ada.

9. Memandu di Australia : Parking/berhenti

Di bahu jalan terdapat beberapa jenis papan tanda

a. No stopping

Tidak boleh berhenti walaupun sesaat.

b. No parking

no parking sign

Tidak boleh parking. Kalau berhenti driver mesti berada dalam lingkungan 3 meter dari kenderaan dan tidak boleh berhenti lebih dari 2 minit.

c. Bus Zone

Tidak boleh berhenti/parking kecuali bas

d. Mail zone

Tidak boleh berhenti/parking melainkan kenderaan pejabat pos

e. Loading zone

Tidak boleh berhenti/parking melainkan untuk load-unload sahaja(kenderaan tertentu sahaja)

f. 1P/2P/3P

parking sign hourly

Boleh parking maksimum 1/2/3 jam. Ada yang 5minit, 1/4jam, 10 minit kalau ditulis ticket kat bawah tu nak kena bayar parking ticket $7.40 untuk 2 jam kalau kawasan Ultimo belakang UTS. Kalau bawah sekali ada tulis hari/masa maksudnya limit tu hanya untuk hari/masa tersebut je. Luar pada tu takde limit

g. Lambang No parking warna merah dengan hari/masa tertentu

Tak boleh parking pada waktu/masa yang ditulis

h. Clearzone

Tidak boleh berhenti/parking pada waktu yang ditulis

i. OKU sahaja

accessibility parking sign

Parking dikhaskan untuk OKU dengan permit OKU sahaja

Tidak boleh parking merentangi laluan pejalan kaki, atas Zebra crossing, atas road bumper dan merentangi driveway (laluan masuk/keluar).  Driveway biasanya ditanda dengan batu divider berbentuk curve. Kalau nak parking pastikan kenderaan dah lepas dari divider bentuk curve.

NSW general parking rules 1 NSW general parking rules 2 NSW general parking rules 3

Kesimpulan

Kesimpulannya, undang-undang jalan raya di Australia khususnya di negeri NSW ni lebih kurang je dengan undang-undang jalan raya di Malaysia. Bezanya di sini semua undang-undang dikuatkuasakan dan semua orang patuh pada undang-undang. Di Malaysia? Hrmm. Tanyalah diri masing-masing.

Kat bawah ni saya tempek senarai kesalahan trafik di NSW beserta denda dan demerit point berkaitan. Studylah dulu sebelum datang ke sini ye. Nanti tak pasal-pasal melayang duit bayar saman

P/S : Kalau nak memandu ke  Snowy Mountain, sila sewa snow chain untuk tayar sebelum masuk ke kawasan snowy Mountain. Snow Chain wajib disediakan dalam kenderaan di kawasan Snowy Mountain.

Jika perlu dipasang, diorang akan maklumkan melalui papan tanda/polis. Jika tertangkap tidak ada snow chain dalam kenderaan, kena halau dan kena saman.

NSW traffci offense page 1 NSW traffci offense page 2 NSW traffci offense page 3 NSW traffci offense page 4 NSW traffci offense page 5 NSW traffci offense page 6 NSW traffci offense page 7 NSW traffci offense page 8 NSW traffci offense page 9 NSW traffci offense page 10 NSW traffci offense page 11 NSW traffci offense page 12 NSW traffci offense page 13

RUJUKAN : 

http://www.rms.nsw.gov.au/documents/roads/safety-rules/demerits-general.pdf

NSW driver handbook : http://www.rms.nsw.gov.au/roads/licence/documents-forms.html

2 thoughts on “Memandu di Australia dengan lesen memandu Malaysia

  • August 4, 2017 at 4:40 am
    Permalink

    Tumpang tanya.. misal kata kalau kita ada Lesen Malaysia D, Pastu nk tukar ke lesen NSW, kena amik test dulu kan… TEST yg dimaksudkan tu mcm mana ye? adakah kita Kena amik ujian computer/memandu semula? And berapa kos untuk test tu? Harap dpt balas. Sbb tengah buntu ni tak tahu mcm mana nak dptkan lesen NSW. Harap dpt bantu…

    **Bg yg pakai visa prmnent resident.

    Reply

Leave a Reply