Dobi Di Mana

Berita baik buat orang-orang yang kaki travel. Waku travel, nak bawak baju banyak-banyak takut lebih berat luggage. Kalau bawak baju sikit nak kena basuh pulak.

Macam mana nak basuh baju kalau travel duk kat hotel bajet takde mesin basuh. Jawapannya mesti ke dobi kan.

Kat mana nak cari dobi? Nak bukak google maps kang makan data banyak pulak. Susah pulak nak kena set location dulu, search dulu lepas tu nak tahu yang mana dekat, yang mana jauh nak kena tekan satu-satu.

Kalau tak travel pun, musim hujan tiap-tiap hari hujan. Nak basuh baju takut tak sempat kering sebab takde dryer. Nak jemur baju dalam rumah takut bau hapak. Nak bukak tingkap takut masuk pulak makhuk berkaki empat atau berkaki dua.

Jawapannya sama jugak laundromat atau dobi layan diri.

Dah sampai kat dobi tengok-tengok penuh yang amat ramai orangnya. Nak menunggu pulak ada banyak lagi kerja lain nak buat. Terpaksa cari dobi lain pulak. Tapi kat mana pulak letaknya dobi lain ni.

Jawapannya..

Apps Dobi Di Mana.. Apps ni akan detect location korang secara automatik kemudian bila korang tekan button search apps ni akan keluarkan senarai dobi yang berdekatan siap dengan nama, alamat, bukak atau tak dan jarak.

Kalau korang klik atas mana2 list dobi tu apps ni akan keluarkan detail pasal dobi tu termasuk gambar. Kalau nak pergi ke dobi tu tekan je button GO apps ni akan keluarkan navigation dari lokasi korang ke outlet tu.

Apps ni direkabentuk dan dibangunkan oleh admin radiosenyap.com menggunakan Android Studio. Buat masa sekarang apps ini hanya boleh digunakan dalam perkakasan Android sahaja.

Pada masa hadapan, jika mendapat sambutan dan permintaan tinggi, kami akan membangunkan apps ini untuk perkakasan IOS.

Boleh download di Google Play Store search “Dobi Di Mana” atau link bawah ni. Apps ini adalah percuma dan tidak ada iklan-iklan menyakitkan hati. Kalau ada pun dijamin tidak mengganggu dan tidak menyakitkan hati.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aler.dobidimana

Download NOW

Get it on Google Play

Leave a Reply