Polis rasis suruh orang ni balik ke negara asalnya

Australia adalah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Rata-rata mereka sudah berasimilasi dan berjaya mencapai keharmonian dalam hidup dengan masyarakat majmuk

Di mana-mana negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, tidak dapat tidak, ada sebilangan manusia yang mempunyai sifat rasis dan tidak berfikir.

Mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman serta cuba untuk menggangu gugat keharmonian kaum.

Semalam, dalam portal berita Australia dan di media sosial, seorang pengguna Facebook telah menjadi saksi akan berlakunya satu perlakuan biadab dan rasis oleh seorang anggota polis berangsa India terhadap seoang pemandu kereta berbangsa Cina.



Dalam video tersebut, dapat didengari dengan jelas anggota polis tersebut menyebut perkataan rasis berbunyi “Go back to China” , “Pergi balik ke China”. Tidak cukup dengan perkataan rasis tersebut, dia kelihatan mengasari pemandu tersebut.

Kantoi

Dalam satu lagi video, pengguna Facebook tersebut telah memuatnaik video di mana beliau telah berdepan dengan polis rasis tersebut dan menegur perbuatan polis tersebut di samping mengingatkan polis tersebut bahawa perbuatannya sudah dirakam.

Di Australia, anda berhak untuk merakam perbuatan anggota polis tetapi anda perlu memaklumkan kepada polis tersebut bahawa anda sedang merakamnya.

Dalam video kedua, kelihatan seorang lagi anggota polis wanita yang bertugas bersama-sama dengan polis rasis dari India tersebut bercakap dengan pengguna Facebook tersebut.

Polis wanita tersebut terkejut apabila diberitahu perbuatan mereka sudah dirakam. Dia memaklumkan dia tidak sedar rakan setugasnya mengeluarkan kata-kata rasis kepada pemandu Cina berkenaan dan tidak sedar rakannya telah mengasari pemandu tersebut secara fizikal.

Insiden ini kemugkinannya berlaku di kawasan Sydney West Suburb di mana di kawasan ini mempunyai ramai penduduk dari Asia Barat dan Asia Tenggara. Kat Australia ni kalau muka macam Asia dipanggil Asian tak kiralah dari Cina ke Korea ke Indonesia ke Malaysia ke.

Saya pernah masuk ke kedai runcit di kawasan Eastlake, pemilik kedai tersebut tanya saya dari mana, saya jawab dari Malaysia. Terus dicop sebagai Asian.

Sehingga hari ini, tidak ada lagi kenyataan bertulis dari pihak Polis Australia berkenaan perkara ini.

Saya berharap perkara sebegini tidak berlaku di Malaysia. Keharmonian dan keamanan hidup berbilang kaum tidak patut digugat oleh sebilangan orang yang tidak berfikir sebelum bercakap.

Leave a Reply