Webhosting kurang dari RM150 setahun

Jika ada yang perasan, blog ni dulu menggunakan hosting hostgator.com waktu saya tinggal di Australia sebab masa tu duit gaji saya dapat dalam AUD yang mana kadar tukarannya berbanding dollar menghampir 1AUD:1USD. Jadi tidak terasa sangat perbezaan bila dah convert ke AUD. Lagipun saya dapat diskaun istimewa sebab menjadi pelanggan mereka buat pertama kali.

Bila dah cukup setahun bulan 11 lepas, bila dah terpaksa convert ke RM terasa banyaknya sampai RM600 lebih saya pun carilah webhosting tempatan yang lebih berbaloi dengan nilai dan perkhidmatan yang hampir sama dengan hostgator.

Selepas membuat perbandingan dan kajian mendalam, saya terjumpa satu promosi dari Exabytes.com iaitu promosi Switchhhh yang mana mereka menawarkan sehingga 50% diskaun untuk bertukar ke perkhidmatan webhosting mereka. Pakej yang menarik perhatian saya adalah pakej Ebiz Plus yang mana harga asalnya adalah RM 287.88 untuk setahun. Tambahan pula saya dapati antara website penyedia khidmat hosting yang ada di Malaysia, exabytes pada pandangan saya adalah yang paling laju loadingnya.

 

 

Saya terus mengisi borang yang disediakan di website mereka dan salah seorang wakil khidmat pelanggan exabytes menghubungi saya. Selepas mereka meneliti akaun saya di hostgator, mereka menawarkan dua pilihan pakej untuk saya iaitu Ebiz Plus Linux dan Ebiz Plus Pro Linux.

Ebiz Plus 

  • 50GB Disk Space
  • 100GB Monthly Data Transfer
  • Unlimited Email Accounts
  • FREE SSL (HTTPS)
  • Host 10 Websites

Harga asal

  • 1 year/s: RM  407.88  (RM 33.99/mo)
  • 2 year/s: RM  767.76  (RM 31.99/mo)
  • 3 year/s: RM 1079.64 (RM29.99/mo)

Harga selepas diskaun

  • 1 year/s: RM 143.94
  • 2 year/s: RM 275.88
  • 3 year/s: RM 359.82

Ebiz Plus Pro

  •  50GB SSD Disk Space
  • Unlimited Monthly Data Transfer
  • Unlimited Email Accounts
  • Host 10 Website/Domains
  • 2GB Memory
  • FREE Enterprise Email Anti-spam
  • FREE Website Security (Patchman)
  • 30 days Backup Remote Server
  • 1000 Email per hour

Harga asal

  • 1 year/s: RM 539.88 (RM 44.99/mo)
  • 2 year/s: RM 1166.26 (RM 48.59/mo)
  • 3 year/s: RM 1706.18 (RM 47.39/mo)

Harga selepas diskaun

  • 12 Months @ RM 378.00
  • 24 Months @ RM  743.76
  • 36 Months @ RM 1062.00

Selepas membuat pertimbangan dan melihat kepada prestasi dan trafik laman web radiosenyap, saya mengambil keputusan untuk melanggan pakej Ebiz Pro Linux dengan harga RM143.94. Mereka juga menawarkan servis untuk migrate dari server hosting lama ke server hosting baru dengan caj RM100.00. Saya terpaksa ambil pakej yang ada lebih dari 1 website untuk satu akaun hosting sebab saya ada satu lagi domain yang saya pegang iaitu dendangperantau.com.

Selesai semua pembayaran, saya pun memulakan proses migration dari server lama ke server baru dengan berpandukan rujukan dari google dan pengetahuan serta pengalaman saya mengendalikan laman web.

Tak sampai sejam, semuanya selesai. Dengan UNIFI 100Mbps memang berdesuplah. Jimatlah Rm100.00.

Sesiapa yang nak bertukar ke exabytes boleh klik sini atau klik gambar di bawah , kemudian klik pada menu hosting-web solution-hosting transfer. Kalau nak saya migratekan boleh jugak, tapi saya caj Rm50 jelah. Saya sarankan anda cuba dahulu menggunakan FileZilla atau apa-apa FTP client yang ada. Senang je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *