Resepi homemade carbonara

Resepi homemade carbonara ini saya hasilkan daripada campuran dan penambahbaikan dari resepi sedia ada.

Terjebak dengan carbonara

Saya mencari resepi homemade carbonara ni sebab anak-anak suka sangat makan spaghetti carbonara dan Mac and Cheese. Menariknya resepi homemade carbonara ni juga boleh diubah menjadi sos Mac and Cheese.

Bahan-bahan resepi sos carbonara

  1. Selabu bawang putih dicincang halus
  2. Separuh bawang holland dicincang halus
  3. Secawan tepung gandum
  4. 2 sudu besar mentega (saya guna buttercup)
  5. 2 cawan susu full cream / fresh milk
  6. 1 kiub ayam
  7. Keju secukup rasa
  8. Sedikit oregano

Cara memasak homemade carbonara

  1. Panaskan kuali dengan api perlahan dan masukkan mentega
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah goreng hingga baik bau
  3. Masukkan 2 cawan susu dan kacau perlahan-lahan
  4. Larutkan tepung gandum dalam air dan masukkan perlahan-lahan sambil mengacau
  5. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi likat
  6. Masukkan 2 cawan air dan kacau
  7. Masukkan kiub ayam dan kacau
  8. Sekiranya adunan menjadi terlalu likat masukkan air
  9. Masukkan keju secukup Rasa. Untuk Mac and cheese gunakan keju mozzarella.
  10. Masukkan oregano
  11. Kacau sehingga mendapat kelikatan atas kegemaran masing-masing dan biarkan menggelegak seketika.
  12. Tutup air dan hidang

Resepi di atas boleh digunakan untuk lebih kurang 10-12 hidangan.

Rasa sos carbonara homemade

Tak tahu nak cakap macam mana tapi yang pasti anak-anak saya lebih suka sos yang dibuat sendiri ni daripada yang beli kat kedai.

Selamat mencuba

P/s: Resepi ini di sediakan mengikut selera saya. Kalau tak kena selera anda jangan marah ye.

Leave a Reply