Tonsil, Rokok dan Darah Tinggi

Disember 2013, saya telah menjalani kedaan dan pengalaman yang cukup menginsafkan. Selepas 30 tahun demam setiap 2 bulan, saya telah membuat keputusan untuk membuang tonsil.

Tonsil yang bermasalah selalu menjadi tempat kuman bertenggek dan menyebabkan saya demam yang susah untuk sembuh selagi tak makan antibiotik.

Yang lebih teruk lagi, kawan serumah, wife saya sendiri cakap kalau saya tido dengkuran saya terlalu kronik sampai saya sendiri terkejut disebabkan kuatnya dengkuran tu.

Berhenti bernafas sebab tonsil bengkak

Tambah bahaya lagi, kadang-kadang pernafasan saya terhenti dalam tidur sebab ruang dalam tengkuk menjadi sempit disebabkan tonsil yang terlalu besar.



Mase ni saya selalu alami lucid dream.Keadaan di mana saya sedar saya sedang bermimpi, seolah-olah berada di alam lain dan saya akan berusaha untuk keluar dari mimpi dan bangun dari tidur.

Sebab itulah dulu selalu pergi sekolah opis lambat. Sori ye boss.. Bukan sengaja tak nak bangun tapi mimpi tu betul-betul real seolah-olah saya dah bangun, masuk opis.

Sampailah satu masa, biasanya masa tu saya baru bernafas secara normal barulah saya betul-betul sedar dan dapat keluar dari mimpi yang panjang.

Nekad untuk buang tonsil

Terime kasih pada wife tercinta yang berikan semangat dan paksaan untuk buat operation tu. Alhamdulillah sekarang rasa lebih sihat. Tidur pun dah tak terganggu.

Selepas operation tu berat badan naik sikit sebab sebelum operate saluran tu sempit, sekarang dah jadi luas. Makan memang kene control sekarang ni. Makan lebih sikit alamatnya naiklah berat badan.

Operation tu saya buat di hospital kerajaan (HSNZ). Wife kerja kerajaan, jadi FOC la. Wad kelas 1 lagi. Sebelum operation, diorang akan pastikan keadaan jantung dan tekanan darah dalam keadaan stabil barulah boleh proceed untuk operation.

Masuk wad sebelum operate tonsil

Masa admit ke wad, waktu tu pagi saya macam orang tak sakit, boleh happy-happy , suka-suki, selfie-selfie. Petangnya, doktor panggil untuk check jantung, jantung OK.

Kemudian dia cucuk jarum kat tangan untuk masuk ubat. Pehhh.. Masa tu baru rasa macam orang sakit. Jarum tu masuk dalam urat, dekat je dengan kulit, rasanya macam kulit ni disiat-siat dengan pisau.

pengalaman buang tonsil
Selepas kene masuk jarum

Setiap 2 jam , nurse datang ambil tekanan darah. Cukup 3 kali, diorang suruh makan ubat darah tinggi. Lepas tu barulah tekanan darah turun sikit. Tapi still tinggi.

Esoknya, sebelum masuk dewan bedah, nurse datang ambil tekanan darah, still tinggi, tapi tekanan belah atas je tinggi. Lepas tu dia suruh tidur mengiring, barulah tekanan normal dan boleh proceed untuk operation.

Pembedahan buang tonsil

Masuk je bilik operation nampak 2,3 orang surgeon datang sambut, tanya nama, nombor i.c. Then diorang pasang wayar-wayar monitor tekanan darah, jantung dan macam-macam lagi.

Siap je semua tu diorang ambil gas mask tekup kat mulut, doktor tu bagitau ini oksigen, bernafas macam biasa, then kali kedua diorang masukkan ubat bius, sorang doktor tu suruh mengucap .. lepas mengucap saya cuba untuk tahan dari terlelap, tapi terus padam.

Sedar-sedar je saya tak ingat saya kat mana, buat apa, rasa macam ada banyak wayar kat tubuh, rasa macam ada orang pegang, saya meronta-ronta rupanya.

Sampai diorg terpaksa buang wayar IV drip. Saya betul-betul sedar balik bila ada sorang doktor tu panggil nama saya dan bagitau dah siap, dah selesai then barulah saya nampak wife saye kat sebelah.

Selepas pembedahan buang tonsil

Hari pertama selepas operate tonsil memang menyeksakan, nak telan air liur pun rasa pedih, makan ubat tahan sakit pun tak hilang sakit.

Sakit tu hilang lepas makan paracetamol je, tu pun nak kene kunyah. Jadi macam morfin dalam cerita perang Amerika. Yang paling seksa masa diorang masukkan antibiotik ikut jarum kat tangan. Rasa macam nak buang je jarum tu. Pedih yang teramat sangat.

Lepas semalaman tidur di hospital, esoknya saye dibenarkan untuk discharge. Masa doktor datang, dia cakap saya ni ada darah tinggi, muda lagi ada darah tinggi.

Die tanya awak ni smoker ke? Saya diam je. Doktor tu prescribe ubat darah tinggi then suruh pergi jumpa doktor yang bahagian darah tinggi.

Balik rumah, minggu pertama selepas pembedahan buang tonsil memang azab derita, tak boleh makan makanan pejal, yang boleh makan bubur dan aiskrim vanilla je. Air pulak kena minum air sejuk.Air suam pun tak boleh minum.

Setiap kali telan bubur ke air ke macam nak keluar air mata menahan kepedihan. Sakit hilang lepas kunyah paracetamol setiap 4 jam dan kumur dengan gargle. Masa ni atas nasihat dan paksaan saya consume VIVIX(Shaklee).

Memang cepat sembuhnya. Selepas 2 minggu, follow up dengan doktor, doktor cakap saya dah boleh pergi kerja, tapi tak boleh makan pedas, tak boleh makan makanan tajam.

Darah tinggi

Masa ni saye start makan ubat darah tinggi yang hospital bagi. Lepas 2 hari makan, saya terus stop sebabnye kalau makan ubat tu, pening sampai berpusing-pusing.. Stop makan ubat tu dan gantikan dengan minyak ikan Shaklee, OmegaGuard. Tekanan darah pun Alhamdulillah dah stabil balik .

Ramai yang tertanya-tanya bila betul-betul recover lepas operate tonsil? Jawapannya, takkan betul-betul recover. Mesti ada kesannya contohnya saya sendiri selepas hampir 2 tahun operate kalau makan makanan yang terlalu pedas, terasa pedih kat tempat yang kene operate tu.

Kalau saya terdedah pada asap rokok atau asap orang bakar sampah atau jerebu saya akan jadi pening dan cepat lemas. Yang positifnya banyaklah antaranya dah takde demam 2 bulan sekali. Kalau demam pun makan Paracetamol je dah boleh baik, tidur dah tak terganggu dan macam-macam lagi.

Berhenti Merokok

Sebenarnya sebelum pembedahan, saya perlu menjalani saringan untuk menjalani pembedahan tonsil secara day care. Day care ni maksudnya saya tak perlu bermalam di hospital sebelum dan selepas pembedahan buang tonsil.

Dalam saringan tersebut, saya gagal kerana dikategorikan sebagai berisiko disebabkan tekanan darah yang tidak stabil. Tambahan pula bmi saya ketika itu dah kategori obes.

Waktu berjumpa dengan doktor ketika saringan tersebut saya ada bertanya doktor berapa lama saya perlu berhenti merokok selepas pembedahan buang tonsil.

Jawapan yang diberi doktor tersebut adalah dua bulan. Jadi saya nekad dan mengambil keputusan untuk terus berhenti merokok. Selepas dua bulan, saya dah tak rasa ketagih merokok lagi dan rasa lebih sihat dan segar.

Kepada yang ada masalah sama macam saya sebelum operate tonsil, teruskan niat anda. Sakitnya hanya sekejap, benefitnya sampai bila-bila.

Baca kisah seram di LPT 2

Leave a Reply