Anak angkasawan ini menggunakan 11 kereta untuk berkomunikasi dengan bapanya di angkasa

Stephanie, anak seorang angkasawan selalu berjauhan dengan bapanya setiap kali bapanya mempunyai misi di angkasa lepas. Bapanya, Terry Virts berkelulusan kejuruteraan aeronatik dan matematik merupakan seorang bekas tentera udara Amerika Syarikat. Kemampuan beliau mencatatkan lebih 3000 jam penerbangan mengemudi lebih 40 jenis pesawat ditambah dengan kepakaran beliau dalam bidang aeronatik menyebabkan pihak NASA berminat untuk mengambil beliau sebagai angkasawan dan saintis angkasa.

Kerjaya beliau di NASA merupakan satu kejayaan besar bagi beliau tetapi bagi Stephanie, anak perempuan beliau kejayaan itu membawa bersama perpisahan dengan bapanya selama beberapa bulan hingga ke beberapa tahun. Mereka masih boleh berhubung menggunakan internet tetapi Stephanie mahu melakukan lelbih dari itu supaya bapanya boleh menerima mesej yang dia ingin sampaikan dan merakamnya dengan kamera beliau dari angkasa.


Rintihan hati Stephanie mendapat perhatian Hyundai yang mengemukakan satu idea yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini. Selain memberikan khidmat ihsan kepada anak yang amat rindukan bapanya ini, idea Hyundai ini juga sebenarnya berfungsi sebagai satu usaha marketing yang sangat menakjubkan.

Mesej Stephanie berjaya dibaca oleh bapanya di angkasa. Bagi bapa-bapa yang selalu berjauhan dengan anak-anak mereka, video ini boleh menyebabkan mata anda basah. Saya hampir menitiskan air mata pertama kali menonton video ni. Bagaimanapun syabas diucapkan pada Hyundai kerana telah membuktikan kasih sayang seorang anak tiada batas sempadannya.



(Sumber : Wonderful Enginering)


Radio Senyap : Wow! teka-teki bernilai RM100,000.00?
Radio Senyap : Persediaan mengahadapi musim tengkujuh
Radio Senyap : Duduk rumah bujang? Baca pantang larang ni



4 thoughts on “Anak angkasawan ini menggunakan 11 kereta untuk berkomunikasi dengan bapanya di angkasa

    • September 18, 2015 at 2:02 am
      Permalink

      saya pun rase nak nangis je part ayah die hantar gambar dari angkase tu.

      Reply
  • September 13, 2015 at 1:58 pm
    Permalink

    Terbaiklah! sistem penghubungan yang baru, susah juga kalau ayah angkasawan ni

    Reply
    • September 13, 2015 at 4:21 pm
      Permalink

      gitulah .. ayah-ayah yang keje jauh memang terase lah tengok video ni

      Reply

Leave a Reply