Pekerja pos laju dihalau tanpa belas kasihan

Dari FB Malaysia Respond Team, saya mendapat info terdapat satu kejadian yang sepatutnya tidak berlaku di dalam negara Malaysia yang boleh dikatakan agak maju dan mempunyai penduduk yang bertamadun tinggi.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah bank di Jalan Yap Kwan Seng di mana seorang staff serahan poslaju telah diamanahkan untuk menyerahkan kurier personal pekerja-pekerja bank tersebut. Namun begitu pihak pengurusan telah mengeluarkan arahan kepada pengawal keselamatan untuk tidak membenarkan serahan dibuat atas alasan kurier peribadi.

Menurut pengawal tersebut, pihak pengurusan telah mengeluarkan arahan untuk tidak menggunakan alamat bank tersebut bagi urusan kurier peribadi bermula minggu lepas. Pekerja serahan tadi menerima keputusan pihak pengurusan dan pengawal keselamatan tersebut. Beliau menggunakan sedikit ruang di lobi bank tersebut untuk mengasingkan barangan pelanggan di bank tersebut dan membuat panggilan telefon kepada semua pelanggan yang menggunakan alamat bank tersebut satu – persatu. Namun pengawal keselamatan bank telah menghalau beliau keluar dari lobi dengan kata-kata yang agak kurang sopan dan tidak sepatutnya dituturkan oleh seorang yang bekerja di premis tumpuan awam.


Pekerja serahan tersebut akur dan menyambung tugas beliau di luar lobi di kaki lima bank tersebut. Beliau menelefon 40 orang pelanggan untuk memaklumkan hal tersebut dan membincangkan kaedah serahan berikutnya dengan bantuan seorang kawan dan seorang hamba Allah yang mempunyai akal dan budi.



Pekerja tersebut layak untuk menerima apa sahaja anugerah yang terdapat dalam syarikat majikan beliau atas kesungguhan beliau untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada beliau. Kepada pekerja bank yang terlibat, sila ambil perhatian untuk menggunakan kaedah alternatif yang lain untuk berurusan dengan kurier. Kepada pihak pengurusan bank, di zaman sekarang majoriti rakyat Malaysia terpaksa bekerja suami isteri dan tiada orang yang berada di rumah di waktu kerja. Berilah belas ihsan pada pekerja korang untuk menggunakan alamat bank bagi urusan kurier ni. Diorang hantar setakat lobi je pun. Bukannya sampai masuk dalam cubicle pun.

FB Malaysia Respond Team : Pekerja poslaju dihalau tanpa belas kasihan

GUARD tue patot di ajar cara sopan. Jangan nak lahanat sangat! macam kerja ko mulia sesangatttttt!! (di tujukan pada…
Posted by Malaysian Respond Team on Tuesday, September 15, 2015

Kebanyakan komen yang diberikan memuji kesungguhan pekerja serahan tersebut dan mengeji perbuatan biadab pengawal keselamatan yang terlibat. Tak kurang juga yang meminta pihak pengurusan bank untuk menimbang balik arahan yang diberikan atas dasar kemanusiaan dan timbang rasa. Bagaimanapun mungkin ada cerita lain di pihak bank dan pengawal keselamatan tersebut. Harap jangan ada yang mudah melenting.

Apa pun, Malaysia adalah sebuah negara membangun. Kita bakal mencapai status negara maju satu hari nanti. Itu pun kalau kita sanggup ubah mentaliti dari mentaliti kelas ketiga ke mentaliti negara maju. Selamat hari Malaysia.

Radio Senyap : Berniaga biar ikhlas, bekerja biar amanah
Radio Senyap : Lihat apa anak angkasawan ini buat untuk menyampaikan rindu pada bapanya
Radio Senyap : Tonsil, Rokok dan Darah Tinggi

10 thoughts on “Pekerja pos laju dihalau tanpa belas kasihan

  • September 18, 2015 at 10:50 am
    Permalink

    Tapi pebgurusan bank pun satu , ambil lah dulu untuk last time baru cakap lain kali tak boleh, memang tak dak hati perut betoi mereka ini

    Reply
    • September 18, 2015 at 12:24 pm
      Permalink

      name pun bos..kalau yang jnis menindas tu mmg penindas la

      Reply
  • September 18, 2015 at 8:30 am
    Permalink

    Subhanallah, jangan la buat posmen macam tu..mereka hanya menjalankan tugas..kalau ya pun bagi la tempat yang sesuai untuk dia asingkan barang tu…

    Reply
    • September 18, 2015 at 12:20 pm
      Permalink

      kat tempat die bolehla berlagak kan. nanti esok luse macamlah die takkan pegi post office

      Reply
  • September 17, 2015 at 1:18 pm
    Permalink

    alahai kesiannya hai kena buat keje macam tu sekali luar lobi..
    kadang kalau pk balik kesian dorang yang buat keje sebegini ada masa kena marah tak tentu pasal.

    jemput baca entri baru part 3 belum selesai hello kitty town

    Reply

Leave a Reply