Iflix + Chromecast

Sebenarnya dah lama saya nak buat post ni tapi masa selalu mencemburui saya. Saya beli chromecast awal tahun lepas di Maxis Center Kuala Terengganu. Masa tu iFlix tak wujud lagi. Saya gunakan chromecast untuk layan youtube kat TV dalam bilik. Smart TV Sony model lama, sebelum tahun lepas ada apps youTube dalam TV tu tapi awal tahun lepas youTube dah tak support apps dalam TV tu. Saya dah usha chromecast ni sejak ianya mula-mula dikeluarkan di US, bila Maxis dah mula bawak masuk chromecast saya tak tunggu lama, terus beli.

iflix
Control kat phone dengan apps iFlix
iflix + chromecast
Layan kat TV

Minggu lepas saya register 30 hari langganan percuma iFlix. Movie dalam tu kebanyakannya movie-movie lama. Yelah kan, barang free kalau bayar pun murah je iFlix ni tapi saya tak bercadang nak langgan sebab saya biasa pakai Kodi. Lagipun saya ni bukannya layan sangat pun movie.

Yang bestnya iFlix ni, kalau TV series atau kartun ada banyak dalam ni. Tak payah nak search episode by episode dalam YouTube. Boleh layan je dari episod 1 sampai episod last. Contohnya kartun Winx Club kesukaan anak saya dalam gambar kat atas ni. Kalau nak try iFlix, just register je kat www.iflix.com atau download kat google play dan register kat situ. Tak perlu nak masukkan maklumat kad kredit macam netflix. Lepas tu boleh layan kat phone, cast ke chromecast atau layan kat laptop/PC.

Kalau dah ada chromecast, download apps iFlix kat Google Play/Apple Store lepas tu register dan cast ke chromecast. Kalau takde lagi chromecast, boleh beli kat Maxis Center. Pelan langganan iFlix ada dua jenis, RM8 sebulan bayar terus untuk setahun RM96 atau RM10 sebulan bayar bulan-bulan. Boleh pakai kat 5 devices dan takde iklan.



Kalau nak dapatkan chromecast sekali dengan langganan iFlix selama setahun, boleh beli kat Lazada. Ada diskaun lagi. Detailnya, klik gambar kat bawah :

2 thoughts on “Iflix + Chromecast

  • December 28, 2016 at 3:15 am
    Permalink

    Bro tumpang tanya, kenapa video yang saya download dkt iflix tak boleh nak cast guna Cc tu eh.

    Ke chromecast memang boleh cast video iflix yg kita online stream je ? Kalau nk tgk guna online stream je habis la quota internet 😭 Kalau download boleh jimat sbb download guna wifi office.
    Mohon bantu.

    Reply
    • December 28, 2016 at 5:28 am
      Permalink

      Cc untuk subtitle la bro. Pakai screen cast kalau x boleh. App untuk Chromecast ni konsep die sebenarnya dari phone kite bagi address kat Chromecast untuk streaming dari mana. Bukannya dia ambik dari Phone kita. Kalau nak tunjuk dari Screen kita, pakai screen cast.

      Reply

Leave a Reply