23/2 Permohonan sewa rumah diluluskan, tukar nama kereta di RTA

Ingat tak minggu lepas saya cakap saye beli kereta kat sini. Kat sini kalau beli kereta, dalam mase 14 hari perlu tukar name kat RTA Office. Tak perlu terus pergi waktu beli tu. Hari ni kami ke ofis RTA lepas dah confirm rumah kat Mascot Drive, Eastlakes diluluskan. Alhamdulillah, rumah yg ground floor kat Mascot Drive, yang $480 tu kami dah dapat. Khamis ni sign agreement lepas tu boleh terus masuk rumah. Api, air, gas semua ejen yang uruskan.
Tengok dalam website diorang, kat Broadway Shopping Center yang kami dah biasa pergi tu ada satu kiosk utk RTA. Maka kami pun menapak dengan 2 stroller ke sana. Sampai kat sana, pergi kat kiosk, diorang cakap tak boleh buat kat situ sebab kami takde lesen NSW, kena buat kat ofis besar diorang. Yang paling dekat kat Haymarket, depan sikit dari Central Station. Tengok dalam Google Maps jaraknya dalam 1.4km. Selepas berbincang dan berkira-kira kami nekad untuk selesaikan urusan kereta dan satu lagi urusan yang boleh dibuat di RTA juga iaitu working with children check. Penting untuk clinical placement isteri saye. Maka bermulalah pengembaraan kami di tengah kotaraya sydney.
Berjalan di tengah kotaraya ni sebenarnya tak terasa pun jauhnya sebab ramai yang jalan kaki. Lepas 20 minit berjalan kami sampai di pejabat NSW Service. Masuk je kat dalam si mujahid cakap nak makan nasik. Sebabnya diorang susun tempat menunggu ni macam kat cafeteria. Ada meja bulat depan kerusi. Kerusi pun bukan kerusi plastik/besi. Sofa beb. Ada kiosk self service yang boleh digunakan untuk print bank statement, siap boleh print. Free je. Kaunter yang bukak 6 daripada 9 kaunter. Kami buat 2 urusan jadi ambik 2 nombor. Yang working with children check panggil dulu, diorang nak bank statement dengan alamat tetap, alamat Mascot tu. Jadi diorang suruh tukar dulu kat portal comm bank di self service kiosk. Tak lama lepas tu nombor untuk tukar nama kereta pulak dipanggil. Kereta tu beli atas nama saye, staf tu cakap dia perlukan passport dan lesen NSW atau bank statement sebab die nak proof of identity dan proof of address. Saya hanya ada passport je. Jadi saya tanya die, boleh tak kalau nak register atas nama wife saya. Wife saya ade bank statement yang kena tukar alamat tadi. Boleh je, buat surat sikit, sign dia cakap (dalam bahasa Inggeris la). Dia pun terbalikkan kertas agreement jual beli kereta yang dealer bagi aritu, dia suruh tulis kat situ je “I Khairul Hilmi Sidek would like to register this vehicle on the name of my wife…” Lepas tu sign. Settle terus.
Wife saye tukar alamat bank statement kat self service kiosk, ada sorang customer service tolong dia buat. Lepas tu pergi balik kat kaunter RTA tadi, selesaikan registration, bayar stamp duty dan caj tukar nama (3% value beli kereta + $32)  lepas tu dia bagi certificate register kereta. Selesai. Sini takde stiker roadtax tampal kat cermin kereta. Semuanya online. Lepas tu staf tu tolong selesaikan yang urusan satu lagi. Nak keluar dari ofis tu, pintunya yang jenis berpusing-pusing tu tapi pintunye pusing sendiri, tak perlu tolak. Saye duk tunggu je nak masuk dalam pusingan pintu, security guard situ cakap die nak bukakkan pintu tepi untuk kami. Die pun tak faham kenapa selalunya orang dengan stroller nak masuk senang tapi nak keluar memang susah ikut pintu pusing-pusing tu. Huhu. Memang susah sikit. Dia bukakkan pintu dan kami terus keluar.
On the way balik, kami singgah di Central Station beli opal card dan singgah di Central Park Shopping Center, masuk dalam Woolworth beli beras dan beberapa keperluan lain. Bangunan ni memang eco punya building. Dalam bangunan ada pokok. Atas bangunan pun ada pokok. Masuk bangunan ni barulah rasa mcm duk kat oversea, bukan kat Malaysia.
Kami balik through Central Park, taman tengah bandar, jalan ikut jalan dalam. Rupanye dekat je dengan Chippendale Central Park Shopping Center ni kalau nak compare dengan Broadway Shopping Center. Tapi Woolworth macam mahal sikit berbanding Coles dan Aldi.

Selesai 2 episod, kereta dan rumah sewa. Khamis atau Jumaat ni insya Allah kami akan masuk rumah sewa tetap kami di sini. Episod seterusnya, cari kerja part time
NSW service haymarket
Ambik nombor giliran

 

NSW service haymarket
Self service KIOSK

 

NSW service Haymarket
Kaunter
sydney city
city
Tempat belajar jadi Barista

 



shopping center
Ade pokok tepi eskalator

 

central park shopping center
Kat dinding ade tv besar

 

central park
Central park

 

red light speed camera
Kat traffic light ada speed trap

 

central park
Central Park

Ingat tak minggu lepas saye cakap saye beli kereta kat sini. Kat sini kalau beli kereta dalam mase 14 hari perlu tukar…
Posted by Khairul Hilmi Sidek on Tuesday, February 23, 2016

Untuk cerita lain tentang kehidupan kami di Sydney sila klik pada kategori Sydney di atas.

Leave a Reply